BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

December 28, 2008

Pernah tengok cerita Nancy Drew...?


korang pernah tengok cerita nancy drew tak..?alah cerita budak perempuan yang suka sangat menyiasat perkara-perkara yang misteri tu...
buku ni anak aku yang pinjam.Adam...suka dengan buku penyiasatan ini.tukang baca...aku lah.sebab dia masih merangkak lagi membaca.aku pun tumpang jugak lah sekaki baca buku ni.
teringat pulak aku masa aku sekolah rendah dulu. buku ni lah yang selalu aku pinjam dekat lab.sampai kan ke toilet pun aku dok usung buku ni. sebenarnya sejak dulu lagi aku minat novel-neovel macam ni,sejak dari mula nak hidup. dah lah tu di tambah pulak..dengan adventure aku dan pak sedara aku yang gemar bawak aku naik pajero dia gi masuk hutan....cari akar kayu untuk research dia....memang aku ni adventure orang nya.setakat gi panjat hutan gunung aku biasa lah pergi masa zaman anak dara dulu.setakat tengok orang histeria,aku dah biasa sangat. nanti-nanti aku cerita lah kat korang adventure aku...minggu depan aku nak pergi adventure aku dengan kelab belia tempat aku ni...pergi mana erk...tungguuuu...

10 ulasan:

Sulela said...

panjat gunung??? huhuhu

aku lebih suka duduk kat rumah...hehehe

IdaAnuar said...

aku pun dulu suka gak duk kt umah...tp tak trill lah duk umah je la..aku suka berjalan-jalan.makan angin.adventure.pernah g tasik chini tak

Sulela said...

Tasik Chini? huhuhuuuu. Tempat aku ni pon tak habis jelajah lagi, Da. Aku dan suami kongsi tabiat yang sama. Suka duduk kat rumah...hahaha

IdaAnuar said...

nanti aku g pantai remis ye..eh la..nak tanya ko lah,mcm mana boleh dapat bnih ikan puyu.kolam aku dah siap....ikan nyer aje blum lagi.ko tau tak mcm mana nak buat loan ni

Sulela said...

Da, benih ikan puyu ni supplier dia memang ada kat tempat aku ni. Tapi jauh la dari tempat ko. Cemana lak nak hantar. Kat tempat ko tak mustahil ada. Cuma kene rajin bertanya dan carik. Kalau dah ada orang yang buat projek bela ikan puyu kat tempat ko, ko try tanya dia kot2 buleh supply benih.

Nak buat loan senang je. Ko try pegi Bank Agro. Kalau cukup syaratnya, dapat la loan...hehehe. Tak banyak syarat yang dorang nak, Da. Cubalah, insyaAllah...

Ko nak datang Pantai Remis bila tu? Inform aku awal2. Buleh jumpa ko...hehehe

IdaAnuar said...

aku boleh gi servey...aku gi reramai.bukan jauh pun pantai remis tu...nanti bila dah on.bawak jer lori ke van ke.tak ada hal nyer,boleh di atur.kat sini lintah banyak lah.ikan keli...ikan puyu tak ada lagi.pasaran kat sana berapa erk..sekilo ikan puyu

Sulela said...

Harga pasaran aku tatau la Da. Kat sini takde lagi yang buat projek ikan puyu. Lebih banyak ikan keli sebab pasaran kat sini tak cukup. Nanti aku try survey info tentang ikan puyu neh. Tak pon ko google je Da.

Ko buat kolam tanah ke atau simen?

IdaAnuar said...

aku ni bukan pesan suka hadap komputer selalu.aku suka tanya orang jer...kolam tanah.kat dusun and kebun getah ayah aku.dah siap tiga kolam sederhana besar

Sulela said...

Kalo camtu, takde hal la. Tapak dah ada. Nak carik benih ngan pasaran je la...

IdaAnuar said...

aku dah jumpa la..kat PJ..harga boleh tahan tapi puyu siam betina...sekilo dalam 3 ke 4 ekor jer...saiz besar