BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

January 22, 2009

Ulit Mayang


weh! aku jumpa buku ni di antara rak-rak buku yang berlambak kat lab tempat aku bekerja ni....kumpulan mentera melayu karya haron Daud.korang mesti tertanya-tanya apa hal pulak aku nak baca buku macam ni.aku tak kisah...apa pun boleh baca.apa yang menyebab kan aku tersuka dengan buku ini adalah kerana gaya bahasa mentera itu sendiri.salah satu nye...berbunyi begini
kun nut ta...kun nut ti
aku cuca mata...aku cuca hati
aku cuca asal sama jadi
ak...ik...uk...ah..!tiada boleh lawan kepada aku sampai mati.
mentera ini bertujuan sebagai penunduk.berasal dari negeri penang. mentera orang dulu-dulu.ada yang kelakar jugak...ada lagi satu yang menarik hati ku terus membaca buku ni mentera pemanis weh....!macam ni bunyi dia....
BAJU SETAYAM YAM(BANYAK)
AKU NAK PAKAI DIPAGI HARI
TUBUH AKU MACAM DIBAYANG
MUKA AKU MACAM BIDADARI..(ASAL MENTERA KEDAH)
Yang menarik nye jugak ada mentera bercucuk tanam,selusuh,menangkap binatang dan banyak lagi.semua mentera berasal dari keseluruhan negeri di malaysia termasuk sabah dan serawak.....mentera ni memang selalu di amal kan oleh orang tua dahulukala. aku mengaku kadang-kadang aku pun guna jugak mentera karut...macam kalau anak aku jatuh dia tunjuk luka dia sambil menangis nak buat dia diam aku baca lah mentera ni...
"FUH!SIKU LASAK SIKU LASAI"
"ORANG LASAK MEMANG MERASAI".....bukan apa pun sebenar nye...bila dah baca jampi tu...dia ingat luka dia pun baik lah..padahal tak ada apapun...menjadi jugak auta aku....macam masa kecik-kecik ayah aku selalu auta aku dengan jampi tu....dulu aku terkena sekarang anak aku plak...huhuhu

4 ulasan:

Sulela said...

Ayah aku lak suka cakap camni bila aku adik beradik luka...

Tutaka balik pintu
Orang nakal aje gitu...huhuhu

Yang bestnya, lepas ayah aku baca camtu, orang yang dijampi akan terus diam daripada menangis...hahaha

cerana said...

salam....tentu best buku ni kalau dibaca..

IdaAnuar said...

serapah tu memang aku pernah dengar...tahu tak aku membaca sambil gelak dengan kengkawan aku.ada gak seram nyer buku ni...bab serapah orang sabah dan serawak...huh!takut nak baca.Sir nik...gi lah pinjam kat perpustakaan desa.gi lah perpustakaan sg layang...mesti ada

Sulela said...

Kat perpustakaan desa kat tempat aku takde buku2 camni, Da. Last aku pegi last year hanya banyak novels, majalah, buku2 rujukan pelajar, tentang tokoh2...huhuhu. Jeles aku kat ko...ngahaha

p/s: bila la aku nak pegi renew kad aku neh...huhuhu