BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

March 15, 2009

Yang mana satu...?

TANAH DAN RUMAH atau RUMAH TERES TIGA BILIK?

TANAH DAN RUMAH...di jual pada harga RM30K..rumah satu bilik sederhana besar,dengan tanah 1 ekar(bukan hektar)...dalam suasana kampung,agak terpencil tetapi ada kemudahan..aku suka tanah ni tapi suami aku dan keluarga nye tak mahu kami duduk jauh terpencil dari mereka..kalau boleh nak duduk bandar macam mereka jugak.aku tak suka sebab aku memang suka kesunyian dan kedamaian...

RUMAH TERES TIGA BILIK...suami aku memang suka sesangat..di daerah Nilai.Berharga RM50K tapi tak ada tanah hanya rumah(dapat murah sebab pak sedara yang nak jual)..esok (isnin)nak gi tengok rumah.Entah lah aku tak tahu nak buat pilihan...aku buntu,buntu...tolong aku bagi cadangan? sudah nye aku beli jer apartment...orang susah nak datang sebab tinggi.privacy gak aku dengan keluarga aku..amacam?...

4 ulasan:

Anonymous said...

asslmkm mak long,
sorry, alang baru balik dari Casablanca semalam. seminggu x de umah.
Rumah? kalau alang, alang kan pilih rumah mana yang boleh diduduki dengan selesa satu keluarga. Dan bergantung jugak dgn kerjaya kita.
Satu lagi, rumah dengan persekitaran yang membenarkan anak² membesar dengan persekitaran yang sihat dan tidak terlalu terkesan dengan pengaruh globalisasi.

Sulela said...

Da, aku suka pilihan yang pertama. Macam ko aku suka kesunyian dan kedamaian, asalkan ada kemudahan. Tapi ko kene bincang ngan suami ko jugak. Dia pun nak tinggal kat dalam rumah yang akan korang beli tu nanti.

Aku penah hadapi situasi cam ko neh. Tak boleh gak nak ikut pendapat orang luar. Janji kita sekeluarga rasa selesa...

IdaAnuar said...

alang..kalau nak ikut selesa,mana lah nak selesa duk kat umah teres tu.kalau nak ikut kerjaya sekarang ni maklong rasa nak jadi petani moden.rumah yang ada tanah tu maklong ingat nak perbesarkan lagi selesa...dan yg penting maklong nak suasana damai tu mampu memberi ruang pada anak2 nak belajar dan ibunye berkarya...

lela...aku nak suasana mcm tu tanpa prejudis tapi ye lah kata orang ikan emas susah nak duduk dengan keli...ikan emas sesuai dalam aquarium..keli kat kolam jer..masaalah ni lebih complicated sebenarnye..entah lah

Atan said...

teres 3 bilik.. dekat nilai senang atan datang makan free