BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

April 17, 2009

Aku tertarik

aku tertarik dengan entry sulela tentang suara yang mengejutkan dia daripada tidur. ini menyebab kan aku teringat pada sesuatu yang hingga kini sering mengejutkan aku bila tiba waktu sembahyang subuh...
kalau korang masih ingat dengan entry aku tentang gangguan yang aku alami sewaktu mengandung baby no.2..makluk ini juga lah yang sering menguis ibu jari kaki aku setiap kali aku terlajak,tak dengar azan subuh(tidur mati lah tu...hehehehe.)...waktu nya mesti 6.30 pagi.mula-mula ia terjadi aku hanya mendengar suara di dalam mimpi yang mengatakan..."DAH MASUK WAKTU SUBUH"..itu sahaja sudah membuat kan aku terjaga...belum lagi,aku melihat kelibat orangnya kebilik air,lalu depan aku dengan muka basah berwuduk.itu belum lagi suara nya mengaji sayup aku dengar pukul 1 pagi...tak lagi dengan cakaran di dinding yang memberi petanda-petanda salah laku individu yang rapat dengan aku. juga bukan lagi suara halus yang memberitahu bersedia atas apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi....
istimewa sangat kah aku hingga aku di beri keistimewaan yang begini....yang menakutkan aku pernah melihat wajah orang lain di sebalik wajah seorang pesakit yang di rasuk hantu...sangat menakutkan....sulela..alangkah baik nya kalau kau juga boleh menjadi seperti aku boleh melihat bukan sekadar mendengar.lela..kita boleh belajar bersama dengan chiddan. dia lebih arif bab yang begini...itu lah sebab nya aku nak sangat pergi kursus rawatan secara islam itu...hehehe..jeng!jeng!jeng!..gasak lah,dak lela dah termasuk di dalam kumpulan mata dan telinga yang terbuka hijab nya....chidan dan aku dah ada geng!

3 ulasan:

Sulela said...

Da, meremang bulu roma aku la. Aku tanak la ada kelebihan camni. Aku janji tanak tido mahupun tertido siang lagi...waaarrrrgghhhhh!!!!

Cakar2 dinding segala bagai tu...ko tak takut ke Da? huhuhu

IdaAnuar said...

sebenarnya bila kita dah selalu alami,benda tu bukan apa pun biasa aje.masa dinding di cakar aku bangun dengan selmba dan jengah keluar bilik.aku chek apa yang patut..dan aku terjumpa satu bukti pembohongan...tanda kesalahan orang lain terhadap aku.

Sulela said...

Huhuhu...takot lak aku baca. Hidup ko penuh ngan misteri ye Da. Da, ko tulis la pengalaman ko banyak2. Aku suka baca pengalaman orang dalam hal camni...:)