BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

April 29, 2009

kursus rawatan islam

di sebab kan hp aku masih masuk air..aku terkilan jugak lah tak dapat nak upload gambar masa aku gi kursus tempoh hari.bertarikh 25hb april 2009 bertempat di dewan kuliah kolej komuniti jempol.aku dengan group aku seramai 6 orang sebenar nya dah terlewat sampai..bukan sebab jem tapi sebab kitaorang kena gi bank kuarkan duit yuran..sebanyak RM20.
penceramah hari itu adalah ustaz hj abdul malek ladzim.beliau seorang pengasas pusat rawatan terapi al-quran darul hikmah.sesapa penah tengok expose mistik tahu lah ustaz ni..memang best dan dia masih muda trang tang tang tang...tapi dah beristeri.
apa yang aku belajar?...wah! bab ni yang bez nya.belajar bagaimana mengetahui tanda-tanda manusia itu di ganggu oleh jin.
antara tanda-tanda nya ialah
sakit di sebelah rusuk kanan tanpa apa-apa sebab
sakit di bahagian abdomen juga tanpa apa-apa sebab
mendengar suara halus berbisik di telinga
muntah tanpa sebab yang munasabah
terasa seperti di tolak ketika di dalam tandas
bermimpi binatang berbisa
anak kecil menangis tanpa sebab munasabah
ibu jari kaki terasa seperti di tarik orang
ternampak kelibat -kelibat

itu lah di antara nya.kalau nak senarai kan panjang pulak.cara mengatasi nya adalah dengan membaca
ayat kursi
surah alfatihah
surah alfalaq dan surah an nas dengan memegang kepala si pesakit dengan tangan kanan.baca berulang kali.
lepas tu kami diajar berdialog dengan jin ini...cara nya harus lah tegas,jangan mudah goyah.

sesi kedua kami bermula dengan bacaan ayat-ayat alquran dari surah-surah tertentu..nanti aku buat entry lain ye.
dan apabila ayat-ayat ini bergema kami di minta melelapkan mata dan kusyuk mendengar ayat-ayat tersebut. apabila di minta membuka mata...aku dapat melihat kawan sebelah aku dah menangis.ah!sudah..mari kita tengok siapa yang kena....tunggu lah aku dapat kan gambar dia jugak.tak puas lah kalau tak ada bukti..hehhhehee

5 ulasan:

Syahiddmilikku said...

bagus jugak kursus camnih..
pendekatan yang amat bagus..

p/s: yup, x puas kalo x de gambar. citer dah best dah..huhu...

IdaAnuar said...

nak wat cam no alang.hp masuk air..gambar sume ada kat situ ada video sekali tau..

Sulela said...

Alaaaa...tak elok lagi ek hp ko Da. Betul kata Chidan, cite dah sedap dah. Kusyuk aku baca...hehehe

Kalau perempuan period, buleh buat tak rawatan untuk pesakit camni Da?

IdaAnuar said...

tak boleh sebab memang 100%kena baca ayat alquran..nanti aku ajar.paling bagus tuk diri sendiri.aku teringat cerita ko dengar suara sruh bangun tido tu kan..itu lah gangguan.awas lela kita akan terus di ganggu

Sulela said...

Takutnya Da...nanti ko ajar aku ek...