BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 12, 2009

Bukit Repah

sebelum aku menulis..sory lah gambar tak ada.sebab ini cerita yang aku dengar dari mulut seorang pakcik yang memang berasal dari sini.

pernah ikut jalan senaling kepis rompin? masuk dari pekan Kuala Pilah ke pekan senaling setrusnya menghala ke kepis anda akan melalui sebuah bukit yang agak curam berhampiran dengan felcra kepis sebelum simpang ke rembang panas,jika anda dari Kuala Pilah.Nak tahu apa yang misteri kat bukit tu?...begini cerita nya.
Riwayat penduduk asal kepis itu sendiri menceritakan kepada aku..sesiapa yang berhajat melalui jalan itu hendak lah bersikap baik.jangan takbur.di katakan di atas bukit itu terdapat sebuah keramat.terjadi satu kejadian...beberapa individu dari melaka datang lah ke daerah itu untuk menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangsung. entah dimana silapnya..ada lah di antara mereka terlepas bahasa.you now...orang melaka.selepas majlis ringkas tersebut mereka pun bergerak pulang menaiki sebuah kereta.sampai di bukit tersebut..tiba-tiba enjin kereta berhenti tanpa sebab.puas lah mereka mencari punca masaalah tersebut tetapi hampa. salah seorang penumpang tersebut adalah penduduk asal kawasan itu..hanya diam tanpa kata. sehingga lah lalu seorang pemuda yang agak pandai hal ehwal kereta menolong mereka.puas juga mencari punca kerosakan tetapi hampa sekali..hingga lah dia berkata."macam ni lah pakcik.kita tolak ..pakcik terus masuk gear". dengan kehendak allah...enjin yang mati hidup semula.
mereka pun meneruskan perjalanan pulang ke melaka. jam sudah menunjukan ke angka 1 pagi.
dalam perjalanan itu...penduduk asal kepis itu bertanya." maaf cik nak tanya...macam mana majlis perbincangan tadi ada masaalah ke?...maka bercerita lah mereka,memang ada yang terlepas cakap.
di dalam hati pakcik tadi berkata...patut lah.kebetulan semasa kereta itu berhenti beliau telah turun sekali dan mendengar seperti suara orang tua mengeluh keletihan seperti mencungap diatas bukit tersebut...sah lah memang kerja ORANG TUA tersebut...kadang-kadang ia akan melintas merupai seekor ular melintas dan besar nya bukan kepalang....bukit tu memang sunyi di waktu malam...aku pernah lalu kat situ.tapi alhamdullilah..segalanya lancar.

J

6 ulasan:

mamai said...

sebaiknya kita harus selalu bersangka baik...orang melaka mmg cakap ikut sedap mulut jer..hehehehe
tapi hati baik

IdaAnuar said...

mamai..orang melaka ye...

zairi said...

ada misteri ek kat situ.tu memang jalan favorite sy tu.stakat ni x da hal sebab memang x penah sangat nak beborak time kat area situ.sibuk ke arah perati jalan.maka,x sempat nak takbur2 ni.hehee..

IdaAnuar said...

zairi..akak saja buat kaji selidik pasal jalan ni.ada lagi cerita pasal jalan senaling rompin ni..ada lagi dua tempat terutama selepas kilang simen menghala ke rompin.tunggu aje lah entry akak...akak pun suka lalu kat situ sebab dekat dengan k.pilah.lepas ni hati-hati lah.bukan percaya sangat tapi cerita orang tua mungkin benar juga.sapa tahu...

Sulela said...

Nasib baik dia kacau camtu je. Kalau dia menyerupai benda2 tak hensem...cemana...huhuhu

IdaAnuar said...

takut gak aku...nasib baik tak pernah kena lagi setiap kali lalu kat situ melainkan terkena tahi lembu..hehehehe