BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 23, 2009

Cerita Masa Sekolah

Terima kasih pada cikgu Hanafi yang aku jumpa secara tak sengaja masa aku jalan-jalan dekat mr.google.Ternyata cikgu ini mengingatkan aku kembali nostalgia zaman sekolah aku dulu.Murid yang biasa-biasa sahaja..tak terkenal di kalangan pelajar lain.Mana kan tidak aku ni kecik.kurus kering pulak..mana lah nak top...ehehehe..
Sekolah aku Sek.Men.(F) Palong4...aku hanya bersekolah di situ apabila aku masuk tingkatan dua.masa tingkatan 1 aku bersekolah di lenggeng....
Teringat aku pada kawan baik aku..Ramlah Burok,adik pada Zaidi Burok(scubajeff.blogspot.com),dari sehari ke sehari aku nak contact tapi tak ada masa yang mencukupi.Teringat juga kawan-kawan yang lain...mona(kali terakhir aku jumpa masa aku kerja di Desa Pandan.),aspalela,roslan mulup,norimyazmi,norazlina...dan ramai lagi.Termasuk lah Guru-guru kesayangan aku dulu...Cikgu Sabariah,cikgu Wan Adnan,cikgu Amran,cikguHanafi,cikgu kay(kamariah) dan semua yang pernah mengajar aku...
Kenapa aku teringat mereka semua..sebab sebentar tadi aku baru sahaja menonton cerita Petai untuk cikgu..yang menyebab kan airmata aku mengalir tiba-tiba...pagi-pagi aku dah mengalirkan airmata.Bila aku menjadi pendidik walaupun bukan cikgu formal..sebagai Cikgu IT aku tahu memang susah nak mengajar orang jadi pandai.Murid aku pulak bukan yang kecik-kecik tetapi yang dah tua dan tak kenal apa itu IT..cabaran yang maha besar bagi aku...bagaimana cikgu aku dulu menghadapi kerenah anak murid mereka agaknya..?Tak dapat aku bayangkan...kenakalan kami terutama nya.Pantang cikgu tak ada..macam ayam terlepas dari sangkar sahaja layaknya.Bila nampak cikgu datang dari jauh..semua dah senyap.Apapun 5PK4...tetap dalam ingatan aku

5 ulasan:

mamai said...

aku tak suka guru muzik pasal aku tak suka belajar muzik dan aku selalu menyorok dalam almari bila subject muzik......

Naz said...

aku suka time PJK. best dpt turun padang. x payah bukak buku... hehehe...

IdaAnuar said...

mamai..aku suka sastera dan sejarah...tak baca buku pun aku boleh score markah tinggi...sebab ingat dalam kepala je..

naz..aku tak minat PJK sebab tak suka nak bawak beban baju PJK tu apatah lagi aku terpaksa berebut bas

zairi said...

suma cekgu tu saya kenal.tapi cekgu kay tu memang ajar saya smpi abis spm.dia ok.kengkadang bengang gak ngan kepoyo'an dia tu kalau masuk bab KL dia.penah dia kondem orang peneroka felda ni.tapi akhir nya berjodoh jugak ngan orang felda.2nd wife kalo x silap.penah datang kat kedai kek dia kat pasir besar oder untuk kawen saya.skang dah x tau ke mana.kedai kek tu pun da tutup.

IdaAnuar said...

zairi..cikgu kay tu orang keramat.masa dgn akak dulu pun dia memang poyo pasal KL..dgn akak dia memang anti sebab selalu tak bawak buku sains terutama nya kalau masuk LAB.bukan tak minat tapi malas..alhamdullillah cikgu K jugak yang kol akak masa result kuar sebab murid yang dia kureng suka score A1 dalam sains..hehehehe.gred 1 satu lagi walaupun malas belajar