BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 17, 2009

Aku letih....

Letih betul aku hari ni....semalam balik rumah tengok kain dah sebakul bertimbun nak di lipat(suami aku lah ni rajin sangat basuh kain hari-hari)...anak dara kecik aku pulak meragam seharian .itu tak kena ini nak kena...sudah nya kena selepuk.yang si abang pulak...balik sekolah tak reti-reti nak buka baju sekolah...tahu-tahu dah hilang dengan basikal dia. Yang si debab pulak sibuk mengajak aku ke taman permainan...adoi! letih aku,letih....itu baru tiga orang.itu pun ada hajat nak tambah sorang lagi..bagi cukup quato 4.aduh!..nanti-nanti lah.

antara keluhan seorang ibu bekerja...aku sangat sedar bahawa suami ku itulah surga bagi aku dan anak-anak itu jugalah nyawa aku tetapi sebagai insan biasa aku memang tak reti nak berkata..alhamdullilah di atas kepenatan yang di beri...jadi bagaimana kah aku harus iklas menjadi seorang isteri , ibu dan perempuan?mampu kah aku melangkah ke surga kelak sedangkan aku tak iklas dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai manusia ni...

ada ke perempuan zaman sekarang bukan macam aku?maksud nya menerima sahaja tanpa tercuit sikit pun hatinya...ada?ada ke..?Selain dari wanita zaman rasullullahs.a.w aku rasa spesis wanita macam itu telah lama pupus...contoh nya aku jugak lah.macam aku nak iklas,tak mengeluh penat ni...? cuba korang bagi petua kat aku..?setiap hari aku berdoa...Ya!Allah engkau berikan lah aku kekuatan dalam menghadapi rutin hidup seharian ku..berikan kan lah aku kesabaran,berikan lah aku keiklasan.tapi aku tersasul juga...macam mana?

8 ulasan:

Mak Jemah said...

manusia kan x lepas dari kesilapan
susah la dalam zaman sekarang ni nak cari yang betul2 macam akak maksudkan tu.
xpe la sekurang2nya hari2 akak dah berusaha berdoa untuk dapat kekuatan.
chaiyyok akak..

AiNeRzA said...

memang penat...memang penat...x boleh nak cerita penat tu macam maner...

IdaAnuar said...

oren...jangan lak fobia na tawen erk!penat ooo...jaga hubby,jaga anak..time anak merenggek,bapak dia pun merenggek sekali..hahaha

ainerza..kita jer yang tahu kan?...alangkag bagus nya kalau setiap minggu kita di beri cuti oleh hubby kita

Mak Jemah said...

btul kak..agak fobia gak nak tawen..dengar citer yg sama je dari semua org..x mampu lagi rasanya buat masa ini..hihi

mamai said...

sabar ajer lah...huh lipat kain tu kerja aku...wife aku cuma basuh ajer...

Sulela said...

Da, setiap pengorbanan yang ko buat untuk kuarga ko tu ada pahalanya. Sedangkan masa ko masak dan minyak panas terkene kulit ko pun ko dah dapat pahala. Inikan pula benda2 seharian yang ko buat tu. Janji ko besabar sahabatku... Semua perempuan zaman sekarang mengalami benda yang sama cuma situasi sahaja yang berbeza. Apa2 pun, kita tawakkal je dan buat yang terbaik...hehehe

zai said...

Rungutan dan keluhan srg isteri tntg perkara2 mcm ni mmg perkara biasa jer, don't worry semua org pun macam tu...kadang2 kita kena luahkan jgk tekanan tu agar x menjadi lebih kusut kat dalam tu kan...

IdaAnuar said...

mamai...ko sama lah mcm sepupu aku .bini dia basuh baju.dia lipat kain..bagus!suami mithali

lela..aku letih lah.betul2 letih sebab ye lah semua benda aku handle.memang betul-betul sains rumahtangga aku ambik

zai...zai pun macam tu jugak ke?letih menjadi perempuan ni kan