BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 24, 2009

bayangan!

Nasriha melajukan gerak langkah kakinya.Ketakutan lebih menguasai diri. Seolah-olah di kejar bayangan yang dia sendiri tidak nampak. Dada nya berdegup kencang. Jantung nya mengepam darah dengan laju bagaikan ada sesuatu yang menyekat perjalanan darahnya.
Sekejap dia menoleh ke belakang. Semakin laju dia menghayun langkah semakin dekat bayangan itu mengejar nya. Seolah-olah bayangan itu seiringan dengan nya. Hati Nasriha rawan. Terasa ingin di menjerit tetapi tekak nya seperti kehilangan suara. Dia nanar tiba-tiba di hambat ketakutan yang amat sangat.
Nasriha tidak menoleh lagi. Kali ini dia berlari-lari anak. Degup jantung nya semakin laju dan laju. Di dalam hati dia berdoa jangan lah dia di timpa musibah. Mana tahu entah-entah itu lelaki gila seks yang dia jumpa masa menunggu bas tadi. Siapa tahu bayangan itu mungkin juga Hussin gila yang baru-baru ini terlepas dari pasungan Makcik Limah emak Hussin.
Segala kemungkinan berkecamuk di dalam minda Nasriha. Di dalamhati dia berdoa,jangan lah dia di duga dengan benda-benda yang tak termasuk di dalam otaknya saat itu. Dia resah sambil berlari. Kepala nya terasa berat dengan persoalan siapakah?atau apakah bayangan itu.

Nasriha menyesal kerana tidak mendengar cakap ibunya yang berpesan supaya pulang sebelum jam 6 petang. Tetapi kerana asyik menelaah di perpustakaan desa dia terlupa pesan ibunya. Dia hanya tersedar apabila penjaga perpustakaan itu memberitahu jam sudah menunjukan ke angka 7 petang.

Nasriha tidak sesekali menyangka,ke alpaan nya itu mengundang bahaya pada dirinya sendiri. Sedangkan dia hanya berada di dalam kawasan kampong nya sendiri.
Sedang dia asyik berfikir tentang banyangan yang mengekori nya tadi,dia di sergah oleh satu suara yang sengau
“ha..hana hi hu..hah halam-halam haru halik.hanak hara hah halu…huhah hak huhang hak hahi halam-halam ni..”
La…..peah sengau rupa nya kawan baik nasriha.dia mencari nasriha yang terlambat pulang
(apa korang ingat ni cerita hantu ke..?...boring lah asyik cite hantu je.)

7 ulasan:

mamai said...

wahahaha aku terkena dengan nen nak hehehe

zai said...

fuyoo..suspen giler hehehe, ingat cite apa tadi..

Mak Jemah said...

adoi...terkena la plak

Sulela said...

Ni yang aku nak betukar jadi hulk neh...kekekeke

Da, translate la apa yang Peah sengau tu cakap. Aku tak faham la...kekekekeke

IdaAnuar said...

mamai...aku cantik sikit ye dari itu orang

zai....hehehe.malam tadi tulis

oren..hehehehe

lela..peah cakap anak dara apa ni,merayau malam-malam susah kan orang nak cari..hehehe.malamtadi aku tulis kat word..ingat nak wat cerpen tercopy lak kat blog..hehehe

Sulela said...

Ayat ko memang bagus la Da. Slalu ko tulis kat blog ko guna ayat biasa...tapi yang ni luar biasa...kekekeke

IdaAnuar said...

lela...jiwa sastera aku telah kembali.sebab aku dah ada banyak masa nak berjiwang karat termasuk lah bersms dgn ko dan sekutu aku yang lain hehehe