BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 15, 2009

dia tunggu aku ke?.....

Aku terpaksa meminta adik ipar aku menghantar nasi ke tempat kerja aku malam itu...sebab aku tak sempat nak makan sebelum pergi kerja petang tadi...sementara nak tunggu nasi aku gi beli teh tarik kat atas pasar.jam 11 lebih baru adik ipar aku hantar nasi...bawak kereta hubby aku dia parking kat sebelah tol...tempat aku bekerja.
lepas dia hantar nasi dia minta aku menemankan dia ke kereta sebab dia rasa takut dan seram sejuk...aku pun hantar lah dia dengan selambanya menghantar dia pergi.
"orang seram lah kak ida..macam ada benda yang perhati je..."
"tak ada apa pun...dah gi lah balik..."
sedangkan hati aku memang tidak mampu menafikan...bahawa kami memang sedang di perhatikan oleh sesuatu....
selepas adik ipar aku pergi aku pun berpusing...menghadap pokok besar di hadapan aku. entah bagaimana aku terasa ingin sangat memandang ke atas pokok tersebut...aku mengangkat wajah ku mendongak sedikit...
"patut lah...ish.ko ni menakut kan aku aje.." aku berkata-kata begitu di dalam hati.
dengan hati yang bengkak aku berlalu ke tempat kerja aku...
aduh!....ko memang saja cari nahas.
ko memang nak kena....
siap lah kau kejap lagi...aku berdialog sendiri...

"nape kak..macam saspen jer aku tengok ko kak..."
"tu kau pandang kat pokok tu bergayut...cam hampeh!
"apa kak..."
" hantu...."
" ha..akak nampak hantu ke...ish..akak ni."
"cuba ko tengok....ENTAH MAMAT MANA LETAK BAJU BUSUK DIA KAT ATAS POKOK..."
sengaja aku kuat kan suara...bagi sesiapa malaun yang buat kerja tu

5 ulasan:

mamai said...

dah tak ada tempat lain ker nak jemur baju tu...kaler apa baju tu yer

Naz said...

misteri sungguh... saper atau aper yg letak baju kat situ ha??

zairi said...

makna nya bukan antu la ni kan?dah serupa blog horror plak dah ni.best2.hehee...

Mak Jemah said...

hehe
suspen betul tadik

IdaAnuar said...

mamai...mat bangla kat pasar borong tu lah kot..dia jadikan baju tu macam orang-orang.sangkut kat situ

naz...budak-budak tu memang suka buat kitaorang cam hampes

zairi...bukan hantu.baju hantu...

oren...akak lagi saspen masa tu.kembang kempis hidung ketakutan