BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 16, 2009

dia tunggu aku ke...?

usia kandungan aku sudah pun mencecah ke angka tujuh.dalam keadaan aku yang sarat ni aku memang tak akan pernah reti duduk diam.ada saja kerja aku nak buat..termasuk lah menolong mak mertua aku menjaga suami nya yang sakit terkedang.sudah berbulan beliau sakit...kata doktor strok...tapi entah lah.susah nak cakap sebab aku selalu nampak benda tak elok berhampiran arwah ketika sakit itu...
selesai sembahyang maghrib aku bercadang mahu menjenguk bapa mertua aku.so aku pun buka pintu hadapan..kebetulan memang rumah aku melangkah sikit je dah sampai umah mak mertua aku tu...aku terpaku di garaj kereta...bulu roma aku berdiri.baby didalam juga tak berdiam diri.aku rasa gelisah.dada berdebar-debar...aku pejam kan mata seketika.di dalam hati aku beristifar. aku buka mata...masyaallah,bila pula bapa mertua aku boleh berjalan?bukan kah dia tidak boleh langsung bangun...
aku teringat..mustahil bapa mertua aku boleh berjalan.dalam keadaan berbalut pula dengan kain putih seperti mayat sahaja.aku melihat lagi...mata nya bulat merenung aku.merah...seperti marah.aku teringat lagi..kata-kata abang nazri tentang benda ini...ia memang akan menganggu selagi ia tidak berjaya diperturun kan kepada anak yang terpilih...
telinga aku berdesing...pekak tiba-tiba.aku berdiri tercegat di muka pintu..seolah-olah kaki aku bergantungan benda yang sangat berat.aku di halang masuk...seolah-olah dia memang menanti aku...kemudian aku melihat ia hilang di sebalik dinding wajah nya kelihatan sayu...tidak garang seperti tadi...apa bila ia telah pergi baru lah aku mampu bergerak..selepas dua minggu arwah pergi menyahut panggilan ilahi...dan selepas 44 hari genap baby aku yang kedua lahir kedunia...sesuatu yang sangat kebetulan yang orang lain perasan dan aku sendiri perasan.anak aku mirip dengan arwah datuknya.dan anak aku itu...selalu sangat mendapat gangguan.

setiap kejadian pasti ada sebab nya,dan segalanya adalah kehendak Allah jua..

5 ulasan:

mamai said...

kau nie mmg terror la....nie citer betul atau kau nak perkena macam yang lepas tu...

IdaAnuar said...

mamai...yang ni memang betul.aku tak pekena.memang benar-benar terjadi pada penghujung tahun 2005.aku nampak benda ni macam bayangan yang tetiba menjelma.adalah hamba allah mengajar aku.sebab kesian dgn aku...yang selalu di ganggu tanpa dapat aku melihat

Mak Jemah said...

akak dah kire bertuah dapat tengo benda2 macam tu..
ye.. x dapat dinafikan setiap kejadian dan anugerah dari allah tu satu anugerah dan juga amanah untuk kite

IdaAnuar said...

oren...anugerah yang sangat bernilai tapi menakutkan

Sulela said...

Benda tu tunggu ko watpe Da? huhuhu
Seram jek...