BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

July 7, 2009

batu ular....

hari ni aku nak ke semenyih atas urusan perniagaan aku...mintak-mintak semuanya berjalan lancar lah. susah nak dapat ofer macam ni...so aku tak kisah lah nak berletih-letihan macam ni.untuk masa depan anak-anak aku juga...korang doa kan lah ye.usaha aku ni berbaloi.
hari ni aku nak cerita tentang batu geliga ular...
aku ingat lagi masa tu aku mengikut ayah aku mengutip getah buku..(sekerap)...aku duduk berehat bila semua kerja selesai.matahari sudah terpacak di atas kepala...dari jauh aku melihat ayah aku menghalau sesuatu dengan kayu. aku biarkan sahaja...aku tak lah menyangka yang bukan-bukan.sehingga lah ayah aaku datang kepadaku dan menunjukan sebiji batu berwarna hitam..bulat.
"tengok ni long..."sambil ayah aku menunjukan batu tersebut.
"tadi ada dua ekor ular macam berebut kan batu ni...bergaduh,bergumpal"
"itu yang ayah halau...batu ni pula ada di antara ular tu..."
"ular apa yah.."
"tedung hitam...ada dua ekor."
ayah aku menyimpan batu tersebut...sehinggalah satu hari dia di datangi mimpi. seorang tua memberi tahu..batu ini ada penjaganya...kalau terkena bisa letak kan batu tersebut di tempat yang sakit..."
memang ayah aku mencubanya...sewaktu dia terkena sengat ikan keli. terasa sejuk menyerap. dan rasa sakit hilang..
agak lama batu itu berada di dalam simpanan ayah aku apabila batu itu tiba-tiba menghilang.tak tahu kemana.sudah puas ayah aku mencari tetapi tidak berjumpa.

7 ulasan:

mamai said...

aku pernah dengar citer pasal batu ini tapi tak tau pulak ianya benar wujud

Mak Jemah said...

batu macam ni boleh buat berubat ke?ruginye da ilang..or da kembali kepada pemiliknye or ke tempat asalnye..

Sulela said...

Aku penah dengar cite camni, da. Bukan takat ular je, batu geliga ayam pun ada. Serai wangi pun ada. Ramai yang dah jumpa. Tapi kegunaan dia hanya untuk tujuan perubatan...

IdaAnuar said...

mamai...ia memang wujud.

oren..ada kemungkinan ia telah kembali kepada pemilik asal nya

sulela...penah tengok telur ayam jantan.ia boleh tegak sendiri.ada kat umah aku ni tapi tu lah aku tak ada hp kamera.bluetooh aku pulak meragam..nanti aku cerita pasal batu serai

nuyuljana said...

kenalan sy ade batu geliga lipan.

IdaAnuar said...

nuyul...itu lagi susah nak cari

Redynne™ said...

salam kenal tuan rumah..

sy ada batu ular@geliga ular.. ntahla..x tau dimana bezanya..
mmg betul, klu kena sengatan binatang b'bisa, selawat nabi 3x, batu tu dibasahkan dgn air sedikit dan ditekapkan ditempat yg kena sengatan td.. insyaallah.. x smpai beberapa minit, bisa x terasa lagi..