BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

July 28, 2009

Kisah suami isteri dan kekasih

Cuba korang fikir…aku pun sama gak berfikir. Sebab bab macam ni aku tak tahu sangat. Aku bukan terer macam mamai,atau pandai macam oren yang ada gula-gula hati…
Ada sorang kawan ….ada isteri cemburu nauzubillah. Suami keluar pergi bekerja dia kata suami ada perempuan lain..sampai dekat rumah pun suami ini off Hp..yang kesian nya dia dengan kengkawan pun tak ada peluang nak beremah mesra. Paling habis pun duit gaji isteri control. Sampai nak bagi kat mak dia pun tak ada duit….
Cuba korang fikir….sebelum kawen si suami dah tertipu dek isteri yang mengaku mengandung padahal usik pun tak pernah. Satu hal…dah lah macam tu isteri ini tadi suka sangat berbomoh sana sini…bila suami merajuk dia kata suami pergi main perempuan lain.
Pada pendapat korang….macam mana nak tangani isteri yang begini?..nak di tinggalkan tak sanggup.nak naik tangan lagi lah tak sanggup.habis cam no….? di ajar tak makan saman……ini kisah suami.
Ada satu lagi kisah…isteri punya lah baik perfect sebagai seorang isteri.tetapi suami nya pulak..kaki rentung walaupun bukan gian tahap gaban. Duit habis kat situ.lalok sana sini…korang ingat patut ke isteri ni minta cerai..sebab dah 10 tahun dia bersabar dengan harapan suami berubah. Yang kesian tu suami ni selamba jer bawak balik segala macam jenis dadah kat rumah . boleh buat kerja depan bini lagi…
Kisah ketiga….suami malang dengan isteri malang ini telah bertemu kembali.dulu diaorang pernah bercinta. Bila masing-masing ada masaalah. Cerita sedih masing-masing menjadi topic.lelama jadi suka pulak kembali. Kira cinta lama berputik kembali…tapi mereka ingat dosa..Cuma berharap ada jodoh mereka.

Bab macam ni aku tak faham nak bagi pendapat. Cuba korang bagi pendapat korang…boleh aku guna kan sebagai pedoman untuk kawan-kawan aku yang malang itu.

6 ulasan:

Orkid Edyliyne said...

kita nak cakap pun kita tak tahulah Kak Ida...
Macam mana tu eh??? [garu kepala sambil berfikir]
selalunya bukannya yang kalau suami dia tak betul tu orang boleh tuntut fasakh ke??
yang pasal bini dia tu pulak...
dulu ustaz pernah cakap...
banyak-banyakkan baca ayat pelembut hati...
ayat yang mana kita lupa...
kena rujuk buku balik...
tapi kita nak cakap pun susah...
kesian juga sebenarnya cerita kak Ida ni...
kita pun nak tahu juga macam mana nak buat...
manalah tahu nanti kita berhadapan dengan orang yang macam ni...
boleh kita tolong walaupun tak banyak...

Mak Jemah said...

actly kan kak..ada satu je yang bermain kat fikiran saya..untuk kes 1 tu..seorang lelaki xboleh la bersifat agak kedayusan..nampak 100% hidup dicontrol isteri..kalau ada manusia yg waras sekalipun xkan dibiarnya isteri pijak kepala..melainkan die kene mandrem..2 no komen..

kes kedua tu..bagi saya baik si isteri tu berpisah je dengan laki dia..lama2 nanti takut mati disebabkan makan hati je..nk diikutkan skrg ni bkknye wanita x bleh idup pn tanpa suami..

no komen..sekian terima kasih

mamai said...

ida pandai la kau cakap aku nie terror yer...anyway ini pandangan aku

kes pertama:
kalau dah libatkan bomoh tu makanya itu isteri durhaka..selagi suamai mampu jalankan tanggungjawab harus la dihormati dan bersabar dengan apa yang berlaku dan jika bersabar dengan kerenah suami maka syurga lah jawabnya..

pada aku suami itu perlu menasihati isteri dengan apa yang dilakukan. jika tidak maka dayus la suami itu dan benci la dia dengan orang lelaki yang dayus....
memang patut lelaki bersabar tapi ada hadnya.

kes kedua:
well pada kau isteri itu selagi dia bersabar dengan kerenah suaminya dan masih mampu menuruti dan dia redha maka allah telah menjanjikan syurga buat isteri yang taat pada suami itu.

biar isteri berhak meminta fasakh tapi itu rasanya jalan terakhir seandainya perbuatan suami mengancam keselamatan dan nyawa dia. dari sudut manusia okay.

kes ketiga:
hahahahaha ini adalah alasan semata-mata untuk bersama semula bila dah ada perasaan terhadap si dia.

okay pada aku hal rumahtangga tidak perlu di cerita pada pihak ketiga kerana kebiasaanya pihak ketiga sering ambil kesempatan.

selesaikan dengan cara berbincang jika tidak selesai maka rujuk kepada ibu dan bapa dan jika tidak selesai juga maka bawalah ke mahkamah syariah biar diselesaikan di sana.

well aku bukan pandai dalam hal ini cuma pandang sempit aku sahaja...

Guru said...

ini bab memang berat

masalah hati & perasaan... silap2 gaya, kita ada habuan meruntuhkan rumah tangga orang dan memalapkan masa depan anak orang
itu yang takut tu

Dj Epoi said...

Salam....

walaweeeeeeeeee....nih kes berat siut!!!!!

Gua tak tau nak cakap menda...arrrr TAKUT siut!!!

Mintak2 jangan jadik kat Gua
Jangan jadik kat BIni Gua...

Fuuuuuuuh!!!!!!!

IdaAnuar said...

orkid......kesian kat dua-dua mereka kan orkid

oren...sanggup ke agaknya pompuan tu menerima title janda

mamai..aku dah agak nasihat engkau memang power. nanti aku cakap kat kawan-kawan aku itu.

a kl...ye lah kak.tapi kalau bermasaalah kena jugak ada tempat rujukan nya.kesian makan hati berulam jantung

Dj epoi...mintak-mintak kita semua bahagia dengan hidup kita ni.tapi segalanya di tangan Allah juga