BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

July 29, 2009

MADU...OR BERMADU!

Aku suka madu yang baru turun dari sarang nya...buat cecah roti atau makan dengan telur separuh masak..huh!memang menjilat jari lah pulak.sedap gila..manis.okey...habis bab madu.sikit jer kan.

errrrr...yang ni bab bermadu.korang mestilah boleh bezakan antara madu dan bermadu.Perbualan aku dengan hubby aku yang tak balik-balik.sebab dia kena kuarantin. adik dia yang baru balik dari bangkok itu telah di sah kan positif H1N1. Jadi dia dah terkandas kat sana.
"ayah ni tak balik-balik..macam balik rumah madu ibu aje.."(masa tu aku tak tahu adik dia kena penyakit babi tu.
"eh ibu ni nak sangat ke bermadu?..."
"tak adalah...ayah tak ingat nak balik.tak rindu ke kat ibu,kat anak-anak"(sebenarnya aku rindu gak nih)
"bu...kalau ayah kawen lagi ibu marah tak...?" cis!
"tak yah...tak ada ibu marah deh!" padahal hidung aku dah kembang kempis tahan marah ni.cis!
"ibu tak kisah ke bu...?"
"tak yah...ada calon ke?boleh ibu pinang kan..."Korang ingat aku iklas tak?
"ayah bawak balik borang ibu sain boleh...?"
" boleh yah....bawak lah ibu tak kisah..."
"bagus lah ibu ni....ni yang buat ayah sayang ni kat ibu..."cis!cis!cis!

kalau korang lah jadi aku.macam mana lah agak nya ye.marah ke...? nak bunuh aje ke? atau nak lari ke?...kat aku lah kan.marah! yelah ada hati dia nak madukan aku. aku tahu aku suka madu tapi bukan madu yang berbisa itu.
hehehehe...sebenarnya hubby aku gurau aje. sebab dia suruh aku gi KL aku tak pergi nasib baik lah jugak tak pergi kalau tak aku pun kena kurantin sekali macam diaorang semua.
pendapat aku tentang bermadu ni....aku tak kisah sangat pun.sebab..atuk aku ada nenek tua dan nenak mude. pak usu aku ada maksu tua dan maksu mude. mamak aku ada acik tua,acik ngah(tengah..no 2) dan acik su(no 3)...poligami ni biasa lah dalam family kitaorang. dan kitaorang semua berbaik dengan mereka-mereka yang bermadu ini. madu diantara madu ini semua nya boleh join...no hal nye. jadi aku pun berfikiran terbuka lah juga...aku nak payung emas!..kalau suami aku mampu aku tak kisah pun.
"ayah kalau ada calon..bawak jer balik borang ibu tolong sain. ibu tolong gi pinang sekali.." Iklas nye aku berkata-kata untuk hubby ku itu..

7 ulasan:

Orkid Edyliyne said...

kawan kita dulu masa matrik pernah tanya juga soalan ni pada kita...
masa tu kita tengah couple dengan chinise...
dia tanya, kalau contohnya kita kahwin dengan that chinise boy and suami kita tu nak ada yang lain lepas kahwin dengan kita, macam mana reaksi kita sebab masa tu pakwe kawan kita ni ada yang lain selain dia...
kita pun jawablah kita tak kisah...
yelah kalau jodoh ni kan bukan boleh kita halang...
tapi nak cakap pun belum ada pengalaman...
tapi atas apa yang kita tengok, orang yang poligami alam realiti ni lain dari yang dalam cerita dekat tv tu...
atok kita boleh je...
nampak dia masih sayangkan nenek yang lama walaupun dia ada yang baru...
kita pun kira open minded jugak ke???
sebab kita ni jenis tak kisah...
yang penting bahagia...
kita bahagia, dia bahagia, semua bahagia...
kan senang...
dah kalau itu yang dia nak, bagi jelah biar dia rasa macam mana nak jaga dua tiga...

Sulela said...

Aku tak suka, tak suka, tak suka...huhuhuuuu. Aku lebih rela bercerai dari bermadu...

mamai said...

terpulang pada kau Ida...seandainya kau rasa hubby kau mampu dari segi zahir dan batin malah boleh berlaku adil antara kau dan bakal aku tak nampak salahnya. macam aku kata kita cari titik keseimbangan antara dunia dan akhirat.

apa pun aku tak rasa hubby kau buat macam tu kot

Mak Jemah said...

akak sportinglah...hahaha

mamai said...

ida kau kena kuarantin juga ker atau kau pun kena cekup masa demo lama tak nampak

IdaAnuar said...

mamai...kau lah kawan yang paling rajin mencari bila aku ilang. ko sama cam lela jugak. aku busy sikit lah.

dina said...

ida, kalau isteri ckp macam tu sure ada insan2 yg mengata "eleh belum kena buleh ckp" tapi bagi aku, apasalahnya kalau suami tu mampu, kita hidup bukan nak menongkat dunia kan. aku sendiri ada mak tiri, dan aku tengok mak aku redha jek. takde la merungut ke hapa, walaupun bapak aku jarang2 nampak muka. sebab bapak aku orang yang sibuk. dia tinggal di penang dan mak aku di perak, so,aku rasa takde masalah kalau kita bertolak ansur... semoga dapat payung emas kerana keikhlasan.