BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

July 12, 2009

Pedang...

puas aku cari pedang tu..nak ambik gambar.mungkin ayah aku simpan kat tempat tersorok dalam bilik dia..beberapa minggu ni aku tengok ayah aku berjaga malam...adalah sebab nya tu.kadang-kadang pedang itu bergetar di dalam sarungnya jika terjadi sesuatu yang kurang baik..
aku pernah tengok pedang ini di keluarkan dari sarungnya masa aku kecil dulu. ada sedikit kesan seperti darah di hujung mata nya yang tajam berkilat. pedang berwarna maron itu tak ubah seperti pedang samurai tentera jepun yang selalu di guna kan untuk memancung kepala orang yang tidak berdosa. pedang itu memang sudah kelihatan lama..di lilit tali yang sudah kusam.
pedang itu menurut ayah aku adalah peninggalan arwah atuk yang berasal dari indonesia. sumatera barat. pedang itu di bawa dari sana..memang tajam berkilat.sekali zass...memang kepala tergolek macam buah kelapa...aku pun takut nak pegang pedang tersebut.
pernah sewaktu aku saja tidur di dalam bilik ayah aku...aku mendengar bunyi seperti getaran halus..puas aku cari apa yang bergetar...sehinggalah aku menghampiri pedang yang tersangkut di dinding...memang getaran itu datang dari arah pedang tersebut...tidak berapa lama kemudian datang dua orang lelaki berjumpa ayah aku...aku tak tahu apa hal..yang aku tahu tiba-tiba ayah mencapai pedang tersebut dan memekik ke arah lelaki tersebut sambil mengeluarkan pedang itu dari sarung nya..masa tu aku ingat ayah aku kata...dah berpuluh tahun tak makan darah ni...
aku pun seram gila masa tu takut ayah aku jadi pembunuh pulak...nasib baik lelaki tu pergi.
aku dengar ayah aku berbual dengan mak bila mak tanya kenapa takut kan mereka dengan pedang berkilat tu...ayah aku kata dia tak sedar pun apa yang dia buat.yang dia tahu..dah seminggu berturut-turut dia dengar pedang tu bergetar.mungkin mahu keluar dari sarung nya...dan ia memang berjaya keluar dari sarung nya dengan bantuan ayah aku...
sekian.....

entry seterusnya...hantu perut/penanggal

7 ulasan:

mamai said...

arwah atuk aku juga ada tinggalkan pedang pada arwah ayah aku...tapi pedang tu dah di serahkan pada bapa saudara aku sebelum dian meninggal. katanya anak2 dia tak mampu jaga pedang tu. yang aku tau pedang tu amat berat pernah aku cuba angkat tapi tak berjaya

IdaAnuar said...

mamai...pedang ni memang ringan.mata pedang tu sangat tajam dari pangkal sampai kehujungnya..ia memang sangat misteri.dan ada satu lagi keris pendek..yang pernah hilang dari simpanan tetapi jumpa balik

Dj Epoi said...

Salam...

Gua tgh mencari Pedang KONTOT Gua..yang dah lama Hilang....hehehehh

Selamat Berkarya....

Citer HANTU kom-kom malam ini satu ? hahahahahhaha

nuyuljana said...

fuh.

seram gak.

kalau aku datang ke jb,

jangan lupa singgah di balai nusantara.

berdekatan danga bay.

kat situ ada beratus2 pedang.

ada sy jumpa 1 pedang besar.

dari madura kot.

IdaAnuar said...

epoi...ko kalau pedang kontot ko tu hilang..mengamuk lah bini ko tu..

nuyul..ye ke.dah lama tak ke bay.selalu lepak kat edengarden..boleh nampak laut

Mak Jemah said...

x sabar tunggu entri hantu penanggal tu..cepat skit tulis

IdaAnuar said...

oren....nanti akak tulis lah.hari ni lewat sikit