BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

July 8, 2009

Raja kayu...


pernah korang tengok raja kayu..?begini lah rupanya raja kayu..apabila ia di rendam kan dalam air ia akan tenggelam.
ayah aku sudah lama menyimpan kayu ini...pada mula nya aku tak tahu kegunaan nya untuk apa...sehinggalah suatu hari sewaktu aku di dalam pantang anak aku meragam semalaman.ayah aku kikis kayu ini dan bakar...asapkan seperti kemeyan.oh...! untuk tujuan perubatan rupanya.aku pernah juga memberi sebahagian kayu ini kepada seorang warga indonesia atas tujuan perubatan..aku tak tahu untuk apa...tetapi ibu mengandung di larang samasekali minum air rendaman kayu ini kerana menurut ayah aku ia agak panas...dan boleh menyebab kan keguguran kandungan...banyak lagi lah khasiat kayu ini...aku tak pula interview ayah aku untuk apa kegunaan kayu ini...sayangnya sejak aku tiada hp kamera aku dah tak boleh nak ambil gambar pelik-pelik yang ada kat rumah aku ini...macam telur ayam jantan,cincin batu serai yang sering bertukar warna,batu delima merah yang kalau di masuk kan ke dalam air boleh menyebab kan air menjadi merah seperti darah atau buluh bertemu ruas yang berpenunggu...nanti-nanti aku akan kupas cerita-cerita ini.aku kat dalam kereta ni....on the away ke semenyih..huhuhu.terer aku kat dalam kete pun boleh hupdate blog.

5 ulasan:

mamai said...

yang ini aku tau pasal arwah ayah aku pernah simpan dulu dan aku tak ingat mana pie raja kayu nie

nuyuljana said...

hehe.

menarik.

sy ade simpan raja kayu dalam beg.

dan juga sy jual batu serai itu.

:)

Ariff Budiman said...

Saya pernah ikut sepupu mengubat dan pernah lihat batu delima bila direndam dalam air bertukar menjadi merah. Kini setelah kematian sepupu entah kemana perginya batu itu. Dekat saya ada juga batu kilat bewarna hitam. Ayah saya dapat ketika dalam pelayaran

IdaAnuar said...

mamai...cari lah banyak khasiatnya tu

nuyul...wah!sama lah kita.saya satu batu serai saya buat cincin.cantik..kilauan nya lain macam lah

abang arif...orang mencari batu delima itu sampai ada yang sanggup beli pada harga yang mahal

Unknown said...

Khurafat dan syirik tu sahabat. Tinggalkanlah