BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

August 6, 2009

Bahagia kah Aku....?

sukar untuk aku menyatakan sama ada aku bahagia atau tidak..perjalanan yang telah aku tempuhi ada kalanya sangat menggembira kan...tetapi lebih banyak pahit nya dari kemanisan.
aku gembira dengan kelahiran anak-anak aku...walaupun perit sakit melahirkan tetapi aku gembira bila menatap wajah mereka buat pertama kalinya...aku gembira membesar kan mereka dengan tulang empat kerat aku walaupun aku tidak di bantu oleh seorang lelaki bernama suami itu. aku tidak pernah kisah kerana aku tahu...baik atau buruk nya suami itu...itu lah jodoh yang telah di tetapkan dalam hidup aku.
aku bahagia kah teman-teman....? aku tidak mampu menyatakan apa sahaja yang kini memberat kan kehidupan aku. membeban kepala aku tetapi aku gagahi jua. aku panjat kan doa saban malam...aku mengadu kepada cinta ku yang satu...sempurna kan lah hari ku nanti. berilah aku kekuatan untuk menghadapi apa pun jua cabaran yang mendatang selepas ini...sama ada aku mampu melayari bahtera kehidupan aku atau tidak...sama ada aku mampu menerima setiap hukuman atau tidak aku pasrah...aku hanya berserah kini kepada NYA...hanya dia yang mengerti betapa hati aku kini sangat terluka. walaupun pahit aku terpaksa telan juga....
aku ingin membuat satu keputusan yang akan mengubah keseluruhan hidup aku tetapi aku sangat tidak berdaya melihat mereka-mereka yang aku sayangi dan cintai sepenuh hati...aku keliru dengan diri ku sendiri. hati mahu kan begini...tetapi dalam masa yang sama jiwa aku meronta-ronta. aku sangat terseksa...walaupun aku tidak pernah mempamerkan segalanya pada sesiapa pun jua. dugaan paling berat yang pernah aku lalui hari ini....hingga aku rasa sangat berputus asa...sangat kecewa dan sangat terluka.Ya ALLah kau tetap kan lah iman hamba mu ini dalam melayari kehidupan ku kini...amin.

6 ulasan:

Mak Jemah said...

semoga akak dapat menjalani hidup dengan tabah..

mamai said...

kau seorang yang bahagia sebenarnya..lebih bahagia dari aku

Sulela said...

Da, aku tahu masalah kau berat. Kalau aku sendiri pun, belum tentu aku dapat lalui macam yang telah kau lalui. Call atau sms aku kalau kau perlukan teman berbicara, okay...
Bagi aku, orang luar tak boleh campur masalah yang kau tengah hadapi sekarang ni tapi percayalah...ramai yang sudi memberi nasihat kalau kau sudi bersikap terbuka dengan mereka...

Tawakkal, Da...sebagai kawan kau, aku sudi membantu jika kau perlukan pertolongan...

zai said...

Sabarlah Ida..

Ujian dari Allah akan datang dalam pelbagai bentuk..kita harus redha dan tabah..Yang penting jangan takut utk menghadapinya kerana tiada srg insan pun didunia ini yang akan terlepas dari ujian..Yang terbaik adalah mengadu pada Yang Esa kerana Ujian itu datang dariNYA dan pastinya jalan keluar juga akan datang dariNYA..

Semoga terus tabah..

Orkid Edyliyne said...

Akak Ida...
Kawan kita pernah cakap, ALLAH takkan uji hamba DIA kalau DIA tak sayangkan hamba DIA tu...
Setiap kali kita ada masalah kita ingat ayat tu buat kita kuat dan bersyukur sebab jadi hamba yang diuji walaupun payah dan perit...
Sebab kadang2 kita pun rasa terputus asa sebab banyak perkara...
Kak Ida janganlah putus asa...
Kita doakan akak Ida bahagia...

IdaAnuar said...

kawan-kawan yang sangat baik hati....mempamerkan bahagia itu sangat senang dengan berpura-pura bahagia.tetapi hati yang menanggung kadang kala tak mampu di tampung-tampung...terima kasih kerana kalian sudi membaca luahan rasa hati yang sangat terluka...