BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

August 5, 2009

BIDADARI CINTA......

entah kenapa hari ini perkataan bidadari dan cinta itu bermain di dalam kepala otak aku...pertama kali aku cuba ingin menyatakan satu-satu nya perasaan yang tak pernah wujud dalam hati aku untuk sesiapa pun(aku kawen mak bapak pilih)..
erm...aku selalu membaca kisah cinta yang indah , unik dan bahagia. aku juga selalu membaca kisah cinta yang tragis dan penuh dengan emo sampai kadang-kadang aku menangis membaca nya. wah! cinta memang berjaya mengucar ngacir kan jiwa aku...
aku nak jadi bidadari di surga nanti...insya allah kalau amal ibadat aku berjaya mengalahkan hasutan syaitan yang sentiasa menghasut hatta sewaktu nyawa berada di rengkung sekali pun.
aku ingin miliki cinta...tetapi bab macam ni terus terang aku kata kan aku masih failed. aku tidak berjaya meraih cinta sesiapa...walau pun aku rasa satu ketika dulu aku pernah rasa hidup aku penuh dengan bunga-bunga cinta. dan sekarang di saat aku sudah ada anak tiga aku masih tercari-cari di manakah letak nya cinta ku itu.
aku di landa masaalah yang membenam kan otak aku ke tengah sawah(umpama macam tu lah aku letak kepala aku dalam lumpur...sesak nafas).aku di awangan...berdiri di tengah-tengah.main tarik tali. entah lah...susah hendak aku nyatakan kehidupan aku yang nampak sempurna tapi terdera jiwa dan rasa. aku cuba lah selesaikan masaalah aku dengan berhemah...ibarat menarik rambut dari tepung.rambut tak putus tepung tak berselerak. aku tak tahu di mana silap nya aku dalam menjalani kehidupan cinta aku ini...andai aku salah memang aku sedia mengalah. tapi jika pihak lain yang salah aku tak reti lagi nak berdolak dalih.aku hanya tahu aku mahu yang terbaik dalam hidup aku...memikirkan impak dari segala perbuatan aku. kesan pada anak-anak aku.pada diri aku...tapi aku benar-benar tak berdaya lagi menjalin kan cinta yang memunah kan diri aku. ..aku benar-benar berharap ada bidadari cinta yang membantu aku selesai kan masalah aku...pada siapa lagi aku harus bercerita...jiwa aku sarat dengan rasa kecewa(tapi aku tak kan bunuh diri okey)...hampa dan aku sangat terluka kerana cinta yang tak mampu aku semai menjadi bunga-bunga cinta ini. entah lah kawan...aku rasa sempit sekarang ini....aku tak mampu lagi nak sorok rasa terluka nya hati aku dari orang lain...

8 ulasan:

mamai said...

ida kau sudah pun mempunyai cinta itu dan kau bahagia bukan...mungkin kau harus ke jar cinta yang satu waktu ini

Mak Jemah said...

setuju ngan mamai..

Orkid Edyliyne said...

tiba2 tersedih pula kita baca...
dah tak tahu nak comment panjang2 macam selalu...

IdaAnuar said...

mamai....aku sebenar nya di landa masaalah yang sangat besar.aku tak tahu nak cakap apa

oren..pun sama akak ada masaalah sekarang

orkid...beban yang di galas akhirnya meruntuh kan bahu sendiri

A.K.U.D.O said...

asalamualaikum..
berat mindaku membaca berat lagi jiwa mu yg merasa..
cinta..masih boleh dicipta,bukan memberi dan menerima ,bukan dicari atau dijumpa shj.

Orkid Edyliyne said...

akak Ida...
kita baca lagi sekali apa yang akak tulis ni...
terus menangis dah tak dapat nak bendung tiba2 je mengalir air mata kita...
semalam2 sedih je...
kita baru paham...
terloding lambat sikit...
dah baca dua kali baru masuk dan proses...

IdaAnuar said...

akudo.....cinta di hati ini sangat sukar untuk di tembusi..

orkid...ia memang memberat kan otak

dina said...

Ini pendapat aku pula ida, bagi aku cinta ni memang kompleks. Kadang2 sebenarnya kita keliru samada kita benar2 cinta atau sekadar simpati dan menerima. aku kurang faham tentang masalah kau. Tapi aku tahu perit untuk kita semai cinta yang tak pernah wujud. Aku tak pernah rasa begitu, sebab sepanjang hidup aku cinta aku datang dan pergi. Kemudian datang semula dan aku terima ketentuan. Alhamdulillah aku bahagia.

Dalam hal kau, aku rasa segalanya kau kena berserah, mungkin kau boleh buat istikharah minta Allah berikan petunjuk untuk kau lengkapi cinta kau. Itu perkara yang terbaik yang perlu kau lakukan jika keliru.

Semoga Allah tunjukkan jalan untuk kau permudahkan urusan hati kau itu sahabatku!