BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

September 11, 2009

nostalgia meriam buluh

meriam buluh...? korang penah main?aku penah...ni aku nak cerita perangai jantan aku dengan sepupu yang dah pun arwah tahun lepas..arwah ijam.
...arwah ni sangat kreatif. dia ambil daun kelapa dengan pelepah nya sekali dan jadikan pondok dekat hujung pagar rumah nenek aku..malam-malam lepas berbuka puasa dalam pondok tu lah kitaorang lepak sebelum dia memula kan operasi mencucuh meriam buluh nya.bunyi memang power beb..satu kampung dengar....memang terer arwah tu dengan meriam buluh nya.

selalu nya dia akan menggunakan buluh aur..sebab buluh ni memang tahan..buluh ni bukan buluh lemang.buluh ni selalu ada kat tepi sungai nya.aku tengok dia akan modified buluh tu bagi sama macam meriam...selalu dia akan guna kabaid yang busuk tu sebagai peluru(aku tak tahu nak cakap apa)kalau dah bunyi meletup tu mesti lah peluru kot.lepas tu dia akan buat stand dari besi bagi muncung meriam tu ke atas sikit...

dan kerana meriam buluh jugak...masa ayah aku bujang-bujang pernah dia beraya di hospital gara-gara meriam buluh. kisah nya...arwah pakteh aku sibuk nak ikut ayah aku main meriam buluh tapi ayah aku tak bagi sebab kecik sangat lagi pakteh aku tu. pakteh aku ni pulak bila orang dah takbagi punya lah dia dengki..dia gi letak air kat dalam tin kabaid ayah aku. malam nya bila ayah aku suluh dengan lampu minyak tanah apa lagi menyambar lah kat ayah aku yang tengah pegang pelita tu...apa lagi.sebelah tangan dia melecur.kena lah ke hospital dan confirm lah raya kat hospital ayah aku tahun tu...pakteh aku plak boleh selamba cakap padan muka!

seronok kan...entah kenapa bila dengar lagu raya tahun ni hati aku sangat sayu.untuk tidak melayan jiwa kacau aku , aku layan bola sampai pagi..aku gi memancing.bila penat aku tido lah..huhuhu

3 ulasan:

mamai said...

weh kau meriam buluh lagi ker sekarang nie ....aku main meriam besi

Beruwang said...

he he he dulu dulu memang selalu raya kat sipital sebab meriam buluh pecah...

IdaAnuar said...

mamai....kat sini masih meriam buluh lagi.tiap malam aku dengar.aku cerita zaman kecik aku tu...

ber_wang...ko pun main gak?hehehe..seronok ke raye kat sepital?