BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

December 30, 2009

Apabila Januari menjelma

Januari datang lagi...bermakna semua orang akan membuka lembaran diari yang baru. dan akan bermula sebuah lagi catatan perjalanan hidup setiap insan. belek-belek diari 2009..pasti ada banyak kisah suka dan duka. kehidupan,kelahiran,kematian,kesenangan juga kesusahan. bunga-bunga kehidupan yang unik bagi setiap manusia yang rajin menulis diari dan tahu menilai diari kehidupan....

aku? ada diari tak?..ada.diari yang aku catatkan dengan dakwat hitam dan merah. kenapa dua warna? merah bermaksud aku tidak gemarkan hari tersebut..mungkin kerana beberapa sebab yang aku sendiri tidak mampu hadapi nya..bermakna mood aku sangat tidak bagus. bila aku belek..argh! 2009 lebih banyak merah dari hitam..jadi aku mahu tahun ini diari aku berwarna dengan dakwat hitam.tetapi boleh kah..belum lagi habis tahun ini aku sudah jatuh terduduk!huh! sangat-sangat tidak ku sangka. sekali lagi aku rasa duduk di atas bara api...

januari....korang tahu 13 januari ini genap lah usia aku 34 tahun. wah!aku sudah tua dan beruban (akan datang)jadi sesiapa yang ada jual tonic anti uban jual lah kat aku..hehehehe.happy birtday to me..apa hadiah istimewa untuk aku agak nya. aku menanti seseorang yang mahu memberi aku ros merah macam ros yang ada kat backround blog aku ni. siapa ye nak bagi aku ros merah..suami aku?jauh lah dia tu.tak sempat lah sampai ros merah jadi hitam nanti.aku menanti seseorang belanja aku makan sempena harijadi aku ni.agak-agaknya lah kalau insan tu tak busy tahap gaban dia...okey guys and girl...selamat tahun baru!

December 19, 2009

hantu di sangka kucing...

induk rajin ke surau yang agak jauh dari rumah nya bersendirian. selalu dia hanya berjalan kaki sahaja ke surau.zaman dulu mana ada kenderaan lain selain basikal atau berjalan kaki. apa sangat lah berjalan kaki itu bagi zaman nenek-nenek kita dahulu.
induk memang seorang yang sangat penyayang dengan haiwan tak kira yang dipelihara nya atau yang di jumpai nya...terutama nya kucing.
di jadikan kisah pulang dari surau usai mahgrib induk terpaksa pulang bersendirian tanpa teman seperti selalu. dia memberani kan hari kerana hari belum lewat sangat. kecut juga perut induk sebab terpaksa melalui kubur panjang(..aku pun dulu kalau lalu kubur panjang gerenti berlari sekuat hati...kubur tu dah tak ada lagi.dah di robohkan sebab khabarnya ia di jadikan tempat memuja nombor ekor)
sampai di kubur tersebut..induk melihat seekor kucing berwarna putih yang sangat cantik dalam remang cahaya bulan.jinak sungguh dan induk terus mendukung kucing tersebut dengan harapan boleh menambah bilangan kucing yang dah ada.
tetapi semakin jauh induk dari kubur panjang...induk merasa kucing itu terlalu berat. wah!apa lagi induk pun melepaskan kucing tersebut dan berlari sambil sempat lagi memandang kebelakang..alamak kucing cmel tadi telah bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan...hantu bungkus!elok tergolek di tepi jalan..apa lagi demam lah induk seminggu. sejak itu induk cukup takut ke surau..syaitan begitu lah suka merupai apa sahaja....

kisah ni di cerita kan oleh mak aku.masa aku kecik-kecik dulu

December 17, 2009

selamat tahun baru...

orang yang tak tahu kalendar islam memang tak kan tunggu kedatangan tahun baru ini melainkan tahun baru yang datang setiap januari...bila baca blog kengkawan rata-rata berazam sakan.nak buat tu nak buat ni...aku percaya mereka berazam bukan sekadar berazam kosong.ada juga yang berjaya menyempurna kan azam mereka itu.

aku?...aku tak pernah ada azam.aku hanya ada kawan bernama azam yang dah lama tak aku temui.kenapa aku tak pernah berazam nak buat itu ini? sebab aku tahu sangat diri aku nih...gerenti tak pernah menjadi. sebab nya masa aku berusia 17 tahun aku berazam nak jadi budak baik kat sekolah.bawa buku gi sekolah...ikut kelas tusyen cikgu. azam aku nak dapat A pada semua mata pelajaran.tetapi malang nya...januari lagi aku dah kena duduk kat luar kelas sebab tak bawa buku. dah lah tu nakal aku tak habis kat situ pun...bertambah-tambah lagi ada lah.tusyen selalu jer malas sebab aku rasa sekolah aku tu punye lah jauh aku rasa. yang sebenar aku malas sebab aku memang pemalas bab nak belajar ni tapi aku terlebih rajin bila dah kawin)
sejak itu aku tak pernah lagi berazam....yang aku tahu.kalau nak aku buat aje.tak kira bila masa..cuma kalau nak beli apa-apa aku berazam lah simpan duit.

yang best nya..ada kawan aku berazam tak nak kawin.hehehe
dan ada pulak yang berazam nak tambah lagi bini tahun ni...hehehe.gud luck lah kat kawan-kawan aku tu.

seri wajah...awas

Aku dapat cerita ni dari brother zul yang aku jumpa di ampang baru-baru ni...kisah masa dia mahu berumahtangga..belasan tahun dahulu.
lazim nya pengantin msti nak seri wajah yang asli dari tukang-tukang andam yang di tempah.ada banyak lah cara andaman ni..bacaan ayat suci ,ada juga yang menggunakan syaitan.kakak ni telah mencari satu alternatif yang biasa di buat orang..dan aku pun biasa gak buat benda ni.mandi bunga tujuh jenis..selalu nya bunga-bunga ini akan di embun semalaman sebelum di bawa mandi subuh nya nanti...di jadikan kisah kakak ini pergi bertemu seorang mak andam khas untuk mandi bunga sahaja.bukan untuk makeup kan dia sebaliknya tukang andam yang lain telah di tempah untuk makeup kan dia di hari bersandingnya nanti.selepas mandi bunga dan dinaikkan seri wajah kakak ini menanti mak andam yang seorang lagi untuk makeup kan dia tetapi sesuatu telah terjadi...
mak andam tersebut tidak dapat menyentuh wajah kakak tersebut,beliau tiba-tiba menggigil dan berpeluh seperti berlaku sesuatu pada dirinya di mana kita tidak melihat apa yang telah di lihat oleh mak andam tadi...sehingga lah pengantin lelaki datang ,pengantin prempuan masih tak siap-siap lagi..sudahnya adik beradik juga yang menyiap kan pengantin..
malang nya pengantin itu..tetapi majlis berjalan lancar juga akhirnya..
kesimpulan nya....mandi bunga,menaik kan seri wajah ni memang lah agak bagus tetapi kita kena lah lihat di mana dan dengan siapa kita melakukan nya.begitu juga andam ni.kadang-kadang ada juga yang tak elok...macam-macam yang di gunakan khasnya andam veteran dulu-dulu..(tak ahu lah kesahihan nya kerana aku pun dengar cerita orang aje...)

December 14, 2009

selamat dah...!







selamat dah anak aku di potong..hahahaha..tengok lah gambar ni. meriah sungguh jadi pengantin kecil.mandi air bomba...dan yang aku respek dia tak nangis pun.

December 9, 2009

Dunia aku....buluh tumpat

Aku kembali..dengan dunia aku
Yang indah
Yang cantik
Yang bagus
walaupun hakikatnya
bukan semua realiti itu sempurna.....

korang tahu tak.sejak kebelakangan ini aku cepat benar di hambat emosi. salah sikit mula lah terasa betapa murahnya si air mata. kalau lah mata mampu berkata-kata pasti dia akan berkata...aku terlalu penat untuk menangis.

entah lah..aku agak bosan. tetapi aku tidak tahu apa yang aku bosan kan. bukan bosan pada sesiapa tapi aku bosan pada hidup aku pada diri aku...aku sendiri tidak tahu apa pula yang merasuk aku kali ini.

satu tabiat yang aku rasa baru sahaja terbina dalam diri aku..suka sangat menonton senetron indonesia..sakaratulmaut. sarat dengan pengajaran.sarat dengan ilmu. terasa macam banyak aje dosa yang aku buat didalam sedar dan di dalam ketidak sedaran aku...aku jadi tidak mudah tidur sekarang ni. agaknya perempuan di dalam usia macam aku ni memang stress je memanjang. aku terasa ingin memula kan satu perjalanan yang panjang. round malaysia cari cerita. dah lama sangat aku tidak menulis cerita-cerita misteri yang menjadi indentiti aku selama ini...cerita itu ada tetapi aku tidak punya idea untuk menulis...blur sangat-sangat.tetapi aku idea pulak nak menulis cerita lain.aku tengah cuba menyiapkan sesuatu yang aku paling suka dan dah aku usaha kan 4 ke 5 bulan lepas

tetapi...baru-baru ini sekitar bulan lepas aku memang sentiasa sahaja pulang melawat nenek yang agak uzur di kampung dan keseorangan. ayah telah mengambil seruas buluh tumpat katanya di penjuru halaman rumah nenek. teruja lah juga sebab aku tidak pernah melihat buluh tumpat..aku percaya korang pernah melihatnya...selalu buluh kalau kita belah akan ada ruang di antara nya. tetapi buluh tumpat..tiada ruang diantara nya. apa khasiat nya?..aku tidak tahu tetapi yang aku tahu sekarang buluh bertemu ruas dan buluh tumpat itu kini berpasangan di dalam rumah aku...menambah lagi koleksi peribadi ayah tercinta.

okey this week aku akan menyertai majlis berkhatan beramai-ramai di kampung kemensah ulu klang adam owen aku akan memasuki satu frasa baru di dalam hidupnya. dan aku sangat gembira sebab anak aku memang berani jer nak hadapi pisau yang tajam itu..hahahaha.hari sabtu pagi aku akan berada di sana. esok aku akan memula kan perjalanan aku ke sana.

jumpa lagi nanti. wassalam

December 1, 2009

Aku...?!!!...sakit mata.

Alhamdullilah..terkurung dan terseksa di rumah dato seri itu sudah pun melepasi diri aku. seksa oo...nak kuar pun aku tak berupaya.jauh dari segala kemudahan asas..balik-balik turun naik dari ground floor ke tingkat 3..nak berinternet pun aku tak mampu sebab terlalu jauh nak aku panjat tangga rumah datin tu...akhirnya disebab kan aku sakit mata maka aku pun pulang lah ke tempat asal aku...

weh! Ikan aku kena jala.hampeh tol manusia itu.tapi tak apa kalau kat dunia ni dia aman dengan duit hasil jerih orang. kat akhirat esok bersiap sedia lah...kadang-kadang aku memang tak faham manusia begini...apa perasaan mereka.tak bersalah ke?atau memang orang ni tak ada hati langsung dalam bab mencuri ni...ayah aku pulak boleh kata..biar lah halal lah rezeki diorang. Allah..baik nya.aku?...sorry beb nak halal kan.mati kembung lah makan hasil lelah orang.

mata aku sakit gila. berdenyut-denyut.merah dan bengkak dah jadi macam mata ikan emas..tersembul keluar...tapi aku still nak hadap komputer sebab tetiba aku nye mood jadi libang libu.kacau bilau...atas sebab argh.........!!!!!.malas nak layan.
Kenapa aku sakit mata?..mungkin ada sebab nya..aku mengikut anak-anak menziarahi kubur
arwah dato mereka sempena aidiladha yang lepas tu...kata orang tak ada hantu siang-siang buta..memang tak ada tapi aku nampak ramai sangat orang berbaju putih menziarahi kubur..hingga aku merasa pelik pula. anak aku hawa pula asyik mengatakan dia takut...berdiri membelakangkan aku dan menunjuk ke satu arah...mungkin dia nampak apa yang aku nampak. adakah hawa akan menjadi seperti aku juga?
Mungkin mahluk sesama islam yang menziarahi setiap kubur umat islam yang bersemadi di situ.allah itu maha kaya...mencipta mahluk berlainan di bumi ini...maha besar Allahswt.

itu kat kubur islam....terserempak dengan majlis kematian penganut agama lain juga disatu pagi juga menyebab kan mata aku ternampak lagi kelibat ini...esok-esok pulak lah aku cerita. tetiba aku libang libu pulak.tunggang terbalik je ayat aku...

man....nanti aku turun KL lagi. kali ni confirm jadi nye.aku tengok LIV ko asyik menang jer...aku suport!hahaha....lela.aku rindu kat ko mana lah ko gi aku masj ko tak reply.ko merajuk apa dengan aku ni....

November 17, 2009

sakitnya sayang....

korang pernah baca novel sakitnya sayang karya norhayati brahim ni tak...aku sedang membaca nya sekarang ini. sambil bermain-main dengan hp buruk aku ni.cerita tentang cinta seorang abang terhadap adik nya ...melebihi cinta yang sepatut nya.
sebenarnya bukan ini yang aku nak tulis..aku nak melampias kan rasa hati tentang betapa sakitnya rasa sayang apabila tersalah sayang...perasaan sayang memang datang tanpa kita tahu punca nya...tiba-tiba sahaja ia akan hadir tanpa kita paksa apatah lagi kita undang kedatangan nya..kadang-kadang kita jatuh sayang pada orang yang salah.macam kes-kes yang pernah terjadi di kalangan kawan-kawan aku atau orang lain di luar sana.pokok nya...bila perkara ini terjadi apa yang harus terjadi...maka jadi lah seperti ditelan pahit di buang sayang. ada juga orang yang mahu menjadi seperti buang emak buang saudara kerana kasih hamba turut kan...adakah ini terjadi pada aku sekarang?....susah nak kata tapi hati lebih tahu.(aku jatuh sayang kat TAM) sape tu ye....my be anak kucing.my be seekor beruang kutub...mybe juga seekor ular. siapa tahu..tapi yang nyata aku tersalah sayang dah ni...hahhaaa...?okey-okey aku handle hati aku sendiri.

cuti sekolah akan bermula minggu ni....ada orang masih berhutang janji dengan aku. ada juga orang masih berhutang duit dengan aku...dan aku nak berjalan-jalan mencari duit aku serta mencari seseorang yang berhutang janji dengan aku....okey geng.kita jumpa lagi nanti..

November 14, 2009

Salam..

Aku leka membelek muka aku di cermin kecil berwarna merah di luar rumah. duduk di kerusi malas sementara menanti adam pulang dari sekolah tengah hari itu. Leka aku memerhati tiba-tiba mata ke tiga aku terpandangkan kelibat pakcik berbaju putih di tiang elektrik berhampiran halaman rumah ku.
au memberi salam sebagaimana biasa jika kelihatan makluk berbaju putih..aku tahu mereka ini selalu nya beragama islam.dia menjawab nya dengan senyuman tetapi...
"apahal pulak ni..lalu lalang!"
"apa ayah..?" Aku bertanya.
"ada orang masuk dalam umah ni.."
"owh..Aong tegur tadi"..
"Biasa lah long buat macam tu. selagi tak cukup tiga hari tak kan dia keluar..siap-silap duduk terus"
"alah biar lah yah...jauh perjalanan dia tu.."

Beitulah selalu nya makluk halus ini kalau di tegur..mememang dia akan mngikut kita.menumpang kita..jadi lebih baik jangan nampak.jangan jadi seperti aku

aku di bandar kinrara hari ini dan esok. sepupu aku kawin...maaf kawan-kawan dah lama aku tak update sentiasa sibuk dengan dengan pelbagai urusan.

October 27, 2009

Apa cerita

Apa cerita aku minggu ni...? Tak ada..melainkan aku sibuk di kolam ikan akibat kekeringan air. Kemarau kat Palong ni agaknya. Hujan tu ada tapi tak mampu mengisi kolam aku. sedih jugak lah melihat beberapa anak ikan aku mati bila aku menjengah di awal pagi nya. Tak sempat aku makan..

Minggu ni aku berpergian ke Kuala Lumpur melihat anak ke dua aku yang bersama dengan father nya di samping ingin menziarahi bapa saudara aku di kelang yang sakit jantung kat Hospital Ampuan Rahimah dan juga...mahu menuntut janji seorang kawan yang nak belanja aku makan kalau Liverpool menang. Aku memang sedih lah MU kalah tapi aku gembira gak sebab terkenang kan janji kawan nak belanja tu.hahaha...poket sapa lah yang rabak di awal bulan ni...

Hari ini juga aku di khabar kan dengan kematian seorang hamba Allah di mana anak nya adalah celebriti terkenal yang di kategorikan dalam usahawan paling berjaya anak Felda itu sendiri..kawan aku juga. Al fatihah untuk arwah dan takziah kepada rozita ibrahim pengusaha Sendayu tinggi.

Pagi ini juga...aku nak gi tengok futsal kat depan tu ha...jom join aku.ada pertandingan JPA.Ini aje cerita aku minggu ni...minggu depan aku akan bercerita dengan korang pasal mahluk yang aku lihat di tepi jalan..aku tegur.dan ayah aku bising akan kelihatan kelibat-kelibat di dalam rumah aku. dia sambut salam aku dan senang hati lak duduk bertandang kat umah aku.minggu depan nyer cerita

October 20, 2009

Al kisah!...

Sibuk sungguh aku minggu ini. selalu nya aku tak suka sangat berkenduri kendara.apatah lagi menolong itu dan ini.tetapi di atas kesedaran aku sendiri..melihat anak aku yang kecik tu dah pandai menolong itu dan ini...aku jadi malu sendiri.mahu tak mahu aku pergi lah juga kenduri sebelah rumah aku je..kengkawan...tak patut sangat lah kalau tak pegi.memang lah aku pompuan terlampau..

okey lah juga rupanya bercampur dengan pakcik n makcik berkenduri kendara ni.tapi dalam keseronokan memasak itu dan ini terjadi juga lah satu peristiwa yang sangat tidak di ingini. seorang makcik kehilangan beg berisi duit dan seutas rantai.yang menariknya...ia hilang di hadapan reramai tu.dan orang nampak siapa yang mengambil nya...dan lagi peliknya..tak boleh nak kata apa pun..macam terpukau...pakar sungguh pencuri ini...yang aku tak sangka.pencuri ini menyuruh anak nya sendiri mengambil beg tersebut dengan alasan itu kepunyaan dia. boleh ke macam tu?

ini lah manusia...memang pelbagai ragam nya. pelbagai pula musibah akibat dari kerakusan manusia itu sendiri.anak-anak kecil di ajar mencuri....apa nak jadi manusia hari ini. sebagai ibu aku takut sangat anak aku tak mampu aku ajari.

October 15, 2009

Alfatihah..azrul izad bin zulkefli


Lahir pada 22.11.1989..kembali ke rahmatullah pada 14.Oktober 2009...40 hari sebelum usia beliau genap 20 tahun. Korang masih ingat tak entry aku tentang beliau yang terlantar kesakitan akibat di pukul samseng jalanan pada hari wilayah tahun lepas?..dengan kecederaan otak yang serius..beliau hanya mampu bertahan setahun 6 bulan dalam keadaan koma dan di bantu alat pernafasan. Beliau meninggal menghembuskan nafas terakhir beliau di dalam kereta...di sisi ayah beliau dalam perjalanan ke PPUM akibat ketiadaan ambulan....kami ahli keluarga sangat terasa kehilangan nya...apatah lagi dengan keadaan yang begitu akibat dari kedurjanaan manusia yang tidak tahu menilai nyawa manusia...maka dengan ketiadaan arwah adam dan en mazlan(bapa blogger chidan) telah kehilangan group harijadi..mereka berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan arwah...alfatihah!!!!.

October 8, 2009

SUSAHNYA...

susah betul nak jaga hati orang...bila kita suka kat orang.orang pulak tak suka kat kita.macam mana tu agak nya....pelik sangat lah dunia ni.dah lama sangat aku tak berblog...pc aku ada masalah negara lah pulak.virus H1N1 dah kena kat dia..rasa nak hempas jer pc tu.susah jugak tu...aku tak boleh buat kerja aku.hari ni jer aku berkesempatan ke cc...semata-mata sebab aku rindu nak berblog ni...aku rindu kat korang sume yang rajin menjengah blog aku ni. aku ada banyak cerita nak share tapi aku kat cc..tak leh lama-lama.aku banyak keja lain pulak nak buat.pagi-pagi pergi kolam ikan bagi ikan makan...belah petang aku buat kerja aku tu lah...sambil menolong kawan-kawan aku yang nak mencari duit poket..hahah!so aku memang bz di tambah dengan beberapa perkara yang aku nak settle kan ni...okey..lain kali kita berblog

September 25, 2009

SERONOK NYA BERCUTI







memang seronok bercuti kat zoo dengan mahluk ni...huhuhu.pandai bergaya kan dari aku...raya kat KL..halamak bosan giler.jalan raya pun senyap sunyi jer tak ada orang.boleh guling-guling lagi. so aku dan anak-anak berriadah kat zoo negara..banyak-banyak haiwan suka na aku dengan benda ni.orang utan..comey.debab lak tu....terponggok jer kat pokok tu.adam pun mengambil kesempatan bergambar dengan burung kakak tua tu. aku offer dia bergambar dengan ular dia tak nak pulak.takut kata nya. aku jangan lah tanya..memang takut
apa pun raya kali ni paling bosan dekat aku.happy nya anak-anak aku aje.ye lah budak-budak.itu lah yang mereka suka terutama bila mengira duit raya. penuh juga lah purse MU adam tu dengan duit...raya.aku jer tak dapat duit raya.huhuhu..
selain dari meriahnya raya..aku cukup takut dengan kemalangan ngeri yang aku tengok. satu di mantin negeri sembilan. seorang budak berusia 14 tahun maut di pagi raya. yang kedua dekat Kuala Pilah..3 biji kereta berlanggar sesesama mereka dan yang ketiga dekat serting simpang 4...5 biji kereta sekaligus.huh! aku takut jalan raya ni.makan orang...kita sibuk makan kuih dia sibuk makan orang. sikap kita jugak menyumbang pada kemalangan ni...
kengkawan tak ada buat open house ke?

September 11, 2009

nostalgia meriam buluh

meriam buluh...? korang penah main?aku penah...ni aku nak cerita perangai jantan aku dengan sepupu yang dah pun arwah tahun lepas..arwah ijam.
...arwah ni sangat kreatif. dia ambil daun kelapa dengan pelepah nya sekali dan jadikan pondok dekat hujung pagar rumah nenek aku..malam-malam lepas berbuka puasa dalam pondok tu lah kitaorang lepak sebelum dia memula kan operasi mencucuh meriam buluh nya.bunyi memang power beb..satu kampung dengar....memang terer arwah tu dengan meriam buluh nya.

selalu nya dia akan menggunakan buluh aur..sebab buluh ni memang tahan..buluh ni bukan buluh lemang.buluh ni selalu ada kat tepi sungai nya.aku tengok dia akan modified buluh tu bagi sama macam meriam...selalu dia akan guna kabaid yang busuk tu sebagai peluru(aku tak tahu nak cakap apa)kalau dah bunyi meletup tu mesti lah peluru kot.lepas tu dia akan buat stand dari besi bagi muncung meriam tu ke atas sikit...

dan kerana meriam buluh jugak...masa ayah aku bujang-bujang pernah dia beraya di hospital gara-gara meriam buluh. kisah nya...arwah pakteh aku sibuk nak ikut ayah aku main meriam buluh tapi ayah aku tak bagi sebab kecik sangat lagi pakteh aku tu. pakteh aku ni pulak bila orang dah takbagi punya lah dia dengki..dia gi letak air kat dalam tin kabaid ayah aku. malam nya bila ayah aku suluh dengan lampu minyak tanah apa lagi menyambar lah kat ayah aku yang tengah pegang pelita tu...apa lagi.sebelah tangan dia melecur.kena lah ke hospital dan confirm lah raya kat hospital ayah aku tahun tu...pakteh aku plak boleh selamba cakap padan muka!

seronok kan...entah kenapa bila dengar lagu raya tahun ni hati aku sangat sayu.untuk tidak melayan jiwa kacau aku , aku layan bola sampai pagi..aku gi memancing.bila penat aku tido lah..huhuhu

September 9, 2009

Terasa betapa cepat nya waktu....

Dulu masa aku kecik-kecik,di saat aku baru mengenal dunia..aku merasa sangat riang dan gembira. mengikut kawan - kawan bermain di kebun getah kat belakang rumah aku. masa tu pokok getah tu masih boleh di panjat.asyik mengutip biji getah untuk di jadikan buah permain congkak(lubang nya dah siap gali kat bawah rumah)..seronok zaman kecik aku bila aku berpeluang bermain galah panjang atau baling tin.Fuh!penuh dengan gelak ketawa.tak tahu erti susah..walaupun mak ayah aku selalu kerah aku mengutip getah beku yang busuk melangtun tu...

dulu masa aku remaja...aku pernah berjalan kaki mengikut denai kebun getah ketika aku terlambat bangun tidur.bas dah tinggalkan kitaorang...atau aku tak pergi langsung ke sekolah.indah zaman remaja bila hati terusik dengan surat pakwe nak berkenalan.glamer gak aku nih masa sekolah(kot lah...)..gembiranya aku bila keputusan srp akus angat bagus tapi aku tidak berpeluang ke asrama sebab mak ayah aku tak mampu..okey lah aku tak kisah.kegembiraan aku bertambah bila SPm aku pun dapat pangkat 1..dan aku teringin sangat nak ke universiti tapi sekali lagi niat aku terhalang di atas sebab-sebab tertentu.tapi kengkawan aku tetap gak belajar bila aku dah kawin.aku sanggup berulang dari KL ke Penang dengan membawa perut(mengandung sebab nak habiskan belajar kat USM)..wah aku cukup strong masa tu...cukup kuat semua nya gara-gara impian aku tak tercapai masa dulu-dulu.

sekarang...bila usia aku dah nak masuk 34 tahun ni..aku masih juga bekerja kuat untuk anak-anak aku.eh!aku tak sedar pun umur aku dah macam tu.anak aku dah pun besar.tapi yang tak best nya nak kena fikir macam-macam.macam mana nak cari duit untuk anak-anak aku nih..weh!bukan senang rupanya menjadi ibu ayah ni..baru lah aku tahu mak ayah aku punya lah bersusah payah dulu-dulu..aku pulak tahu bermain aje.sekarang ni bila aku penat anak aku plak buat bising bermain...huh!tension giler.baru sekarang aku faham kenapa mak dan ayah aku selalu marah kitaorang masa kecik dulu...

eh!betul lah..hidup ni macam roda.kejap jer dah terkena batang hidung sendiri.wargh!...aku tension nih...apa biskut aku nak buat untuk raya nih,aku tak boleh beli sebab anak aku semua kuat makan!

September 5, 2009

2010 FIFA vs EPL

hari ni aku nak cerita pasal kelayakan Piala Dunia 2010..ada perlawanan malam ni.jadi awal-awal aku dah sound anak aku ..aku nak tengok cristiano Ronaldo bermain untuk portugal melawan denmark malam ni....walaupun portugal duduk di tangga paling sulit(takat no 3) kumpulan satu aku amat berharap agar ronaldo tercinta aku mampu menyelamatkan portugal dan seterusnya melayakan diri ke ke FIFA 2010 nanti...sejak dulu-dulu bila aku tengok FIFA ini lah pasukan yang aku gemar sekali...selain dari perancis dan sepanyol.aku amat berharap bekas pembantu alex ferguson(siapa itu...?siapa lagi kalau bukan pengurus MU..harhar) ,carlos mampu memimpin pasukan nya berhadapan dengan denmark(pasukan bagus jugak ni) di copenhagen malam ni...jangan lupa tenfok FIFA ea...lupa kan seketika EPL...tapi aku berbangga MU dah duduk rangking ke 3 sekarang..LIV ko kat mana mamai?....OKey habis pasal bola.

ni...bingit telinga aku dengan bunyi mercun.pung pang!pung pang!..ada meriam buluh.sempat gak aku gi meninjau budak-budak main meriam buluh.pandai betul diaorang..nak bagi bunyi lagi power..gi tanam dalam tanah.bubuh kebait..cucuh dari jauh. bomm..kebabom!fuh!dasyat anak-anak zaman sekarang ni....pintar pada bab-bab modified ni tapi suh hafal sifir 12 haram kot tahu..tunggang langgang....ini lah anak-anak aku sekarang!pandai dan cerdik tapi dari arah yang sangat berbeza.anak!hai anak!

September 4, 2009

Nostalgia Hari Raya...

Hari ni dah 14 ramdhan...tak lama jer dah lagi hari raya. aku sibuk menjahit kain langsir baru...tiga tahun sekali tukar.tahun ni tema nya coklat...gelap gila lah umah aku tahun ni.dan anak aku pun dah start menanya bila ibu nak wat kuih raya ni?..nanti aku buat lah kat kedai tu.hehehehe.Tahun ni aku tak pasti akan beraya di mana.patut di KL tapi di sebab kan aku di landa tsunami..maka aku putuskan anak-anak kau perlu aku hantar kerumah ayah diaorang dan tahun ni mungkin aku beraya sendirian...sape nak ajak aku beraya kat kampung korang nih!

okey..tamat kisah aku untuk tahun ni...ni aku nak cerita nostalgia raya aku masa aku berusia 15 tahun.masa aku tengah anak dara yang baru nak naik...yang baru nak belajar ada pakwe.hahaha..(budak tu pakwe aku ke?)
Raya tahun tu aku tempah baju kaler biru laut dengan kain ala-ala kembang payung.memang cantik fesyen tu masa zaman anak dara aku tu..korang boleh bayang kan. masa tu aku dengan tiga orang kawan aku bercadang nak pergi beraya ke rumah pakwe aku. aku tak tahu bawak moto so aku bonceng lah kawan aku yang bernama mansor(entah ke mana budak mansor tu sekarang)

sampai kat satu bukit..aku rasa kain aku berat gila lah pulak!alu pandang ke bawah.aduhai sudah masuk dalam rantai.nasib baik tak jatuh. hampeh tul..muka pun dah blur.habis lah baju raya aku.mansor cuba kuarkan kain yang tersepit tu...tapi tak berjaya.last-last aku terpaksa jugak koyak kan baju raya aku tu...tanpa kain aku patah balik kerumah kawan aku.terpksa lak pinjam baju raya dia.nasib baik saiz sama...korang bayang kan aku hanya berbaju tanpa kain.nasib baik baju tu labuh.kalau kebaya.harus tingga seluar dalam jer...memang lawak masa tu...nak menangis pun ada...nak gelak pun ada.kawan-kawan aku pakat dok gelak kan aku..

aku teruskan juga beraya kerumah pakwe aku tu...bila kitaorang bercerita pasal kain tersepit tu..dia pakat dok gelak kan aku.tapi hati aku terpujuk juga bila dia kata.."nor tetap cantik kat abang walau pun tak pakai baju raya"

Pakwe aku tu masih ada lagi kat sini...sekampung lah kan.tapi kitaorang tak pernah lagi bertegur sapa.apa sebab nya nanti aku cerita....nostalgia cinta aku lah pulak.harharhar...

September 1, 2009

Kegilaan aku...!

bukan gila nak kena masuk tanjung rambut ea...tapi kegilaan baru aku terhadap jubah pelbagai fesyen.nak jadi muslimah sejati kah aku?..hehehe(pst..pst! rahsia tau...aku ni nakal sikit)
thank u to riq coz sudi baca blog aku ni..kawan baru aku nih

aku ke firts lady masa aku shoping,shoping ari tu..okey aku angkut 3 pasang jubah dengan sepasang blouse. ramai jugak lah yang shoping hari tu sampai terlanggar orang sana sini.(3 pasang tu mak mertua aku belanja.harap anak dia sepasang pun belum tentu ada)ni aku tunggu jubah dari chidan yang bertapa kat arab tu..ntah bila nak balik anak sedara aku tu.

kenapa aku gila sangat dengan jubah ni ae...ye lah fesyen dia menarik.lagi satu aku ni suka yang senang-senang jer..sekali angkat dah terbukak semua.hahahaha...tak lah kengkawan.tahun ni aku nak ubah stail aku pulak.asyik baju kurung aje..ubah lah sesekali apa yang patut tu.dan tahun ni aku tak tahu pula kenapa aku jadi gila berbelanja...sedang aku sangat pasti aku tak kaya mana..harap duit yang masuk macam air sabun tu aje lah. tapi aku jadi gila tengok benda yang cantik tu...entah sejak bila aku jadi macam tu aku pun tak sedar. tanpa di pengaruhi sesapa aku dah pandai memilih pulak sekarang..kenapa erk.aku ada krisis identiti ke..?

KE AKU DAH GILA SEBAB ORANG GILA TU...?

August 31, 2009

Penipu vs Pembongak...

alhamdullilah..sehari lagi kita berjaya berpuasa!wah! hari ni aku jadi omputih kejap bila anak aku asyik mengajak aku membeli piza..aku pun pergi jugak lah walaupun aku agak penat hari ni...

today...(makan piza leh cakap orang putih lak aku nih...)aku nak cerita pasal penipu vs pembongak(n9 nye bahasa)..pendek kata 2 orang ni memang datang dari spesis yang sama jugak lah..hidup suka menipu sana sini.(kadang-kadang aku menipu jugak...tapi tak lah terlampau sangat sampai orang sakit hati)
aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku boleh hidup dengan golongan yang macam ni..sebenarnya aku hanya nak tahu sahaja perjalanan hidup seorang manusia yang suka menipu ni.memang lah..apa yang golongan ni cakap macam real aje...memang boleh tergoda.memang boleh percaya. alasan-alasan nya sangat munasabah dan munaserawak. Lembut gigi dari lidah dia.dan korang sedia tahu lidah tu memang tak bertulang,menanam tebu di tepi bibir..wah!keluar semua peribahasa aku nih.

bila kita dah tergoda..dia mula lah menjalan kan kerja dia mencucuk jarum dia..tipah tertipu akhirnya bang!...bila di seldik si penipu ni memang menipu habis.tak ada satu pun apa yang dia cakap tu betul.masa tu lah baru kita terfikir...menangis memang dah tak guna dah.dah kena tipu kan.macam tu lah kalau manusia macam ni nak hidup.

kenapa lak aku cerita pasal ni hari ni...ye kengkawan aku kena tipu dek sebuah kedai kasut.bila aku balik rumah baru aku perasan kasut tu memang cantik dan murah.berwarna unggu.tapi bila balik jer..anak aku kata..bu nape kasut ni macam terkupas jer kulit dia...wargh!aku gi kedai tu balik...dia boleh kata apa..aya!ini kasut banyak mulah lo...lagi pun tadi wa kasi sama lu ini kasut banyak cantik.mana tau u bikin apa...hampeh tol amoi tu.nak jer aku bagi penampau sebijik...

tipah tertipu lah hari ni..lain kali aku tak nak beli kasut murah...walaupun ia letak nya di kaki.aku akan beli sama mahal dengan tudung aku jugak.

August 30, 2009

ish....

aku dah jadi lembab lak tak hupdate blog..bukan apa.aku sibuk dengan hp aku jer.pas tu sibuk dengan penyelesaian masaalah tertunggak aku..
kisah malam tadi....ish!aku sedar bunyi sms.aku tak tengok EPL pun sebab kepala aku sakit walaupun aku sangat ingin menonton MU lawan Arsenal tu...aku jengah lah hp aku tu jap..aik..!oh!kawan aku mamai...(kawan korang jugak lah)..punya lah sedap dia taruk aku MU kena sebijik dengan arsenal...argh!tension gak memula. aku pun tak puas hati bangun jugak lah sertai adam owen tengok bola.
"habis lah bu...MU dah kena dengan Arsenal.abang nak buang lah beg dompet MU abang.abang nak pakai baju LV abang..."

angin gak aku bila adam beli baju LV..tu sume suku sakat mamai lah tu.tapi aku cool lah sebab aku percaya..MU aku pasti okey nye...dan hasil nya...2-1 kan MU belasah Arsenal..tu lah lain kali kutuk lagi aku ye..ketulahan tu melawan.apa pun aku tak suka adam pakai baju LV tu aku ingat nak sedekah jer kat anak buah aku...hehehehee.

cerita pasal bola...dah lama aku tak melepak dengan adik aku.jadi sabtu lepas aku lepak lah dengan dia kat terminal one seremban.ni kan musim EPL..jadi aku melihat orang yang lalu lalang sibuk dengan baju kelab kegemaran masing-masing.antara Liverpool dengan MU aku tengok ramai yang pakai baju MU.topi MU,beg MU termasuk lah aku dengan beg galas isi susu dan pamper anak aku pun MU gak...aku tak jumpa lak LV..tapi aku jumpa satu kelab yang ganjil kat adik aku...si peminat fanatik barca...memang tak ngam.dan kitaorang dua orang pompuan yang gila bola ni malam tadi dok bertekak kutuk-kutuk (aku lah yang kena sebab gila MU...dia jalan gak dengan Arsenal)..hahaha.aku tak ada adik lelaki atau abang maka jadi lah kami pompuan ganas sekejap bila tengok bola...mamai..entry aku santai tapi aku tahu kau mesti mendidih..say goodbye aje lah kat LV tu..hehehehe

August 25, 2009

Bila aku ada mood

Aku membaca buku terbaru NorhayatiBrahim.Aku bukan billi miligan..nampak macam best.tapi pembacaan aku sedikit terganggu dengan msg dari seorang rakan..seronok juga melayan rakan sms ni..pertama kali aku rasa aku dapat kawan yang hampir sama perwatakan nya dengan aku. suka membaca buku..beza nya dia ni membaca buku omputih belaka.macam-macam tajuk buku yang keluar dari msg dia termasuk lah novel salina dan tenggelam kapal apa ntah..aku tak reti nak taip tajuk eh..
aku bangga bila ada seorang budak lelaki berminat dengan novel salina. yelah novel tu sesuai di baca oleh manusia berjiwa halus macam aku ni(pompuan lah) tapi bila ia di baca oleh seorang pengarah urusan..aku teruja jugalah nak tahu siapakah kawan aku ini yang hanya aku kenali melalui sms dan dengan sebaris nama.itu pun sebab dia tersalah kol no aku...boleh ke?
siap dia intro aku di mana aku boleh beli buku-buku lama dan baru kat sebuah kedai di bangsar..ayoyo!memang best lah kawan aku nih...!bertambah lagi kawan aku kat dunia ni..tak apa berkawan biar seribu,suami aku satu tu aje lah kot(kot...?masaalah aku tak settle tapi aku buat banggang jer)
okey lah geng...untuk minggu ni..ini aje entry aku sebab aku gi KL...gi shoppingggggg.cuti sekolah ni kan.anak-anak aku semua dah beli baju pun.mak usu diaorrang tolong shopping kan kat medan hari tu. aku jer baju made in jalan masjid india.korang dah beli ke baju raya?huhuhuhu...

August 24, 2009

MASYARAKAT ADAT PERPATIH

Aku duduk di negeri sembilan. aku memang anak jati negeri sembilan yang kaye dengan adat. ada juga orang luar dari negeri sembilan takut nak kawen dengan anak negeri sembilan di sebab kan adat-adat ini tapi bukan semua 9 daerah yang ada di negeri sembilan masih mengamal kan nya. jom kita kaji selidik adat perpatih yang kadang-kadanf di salah ertikan oleh sesetengah orang...

Masyarakat adat perpatih terbahagi kepada 3 kumpulan utama iaitu perut.suku dan luak.Perut(bukan perut korang yang aku tahu memang tengah lapo tu) merupakan unit sosio-politik yang terkecil dimana anggota sesuatu perut itu berasal dari moyang (keturunan perempuan)yang sama.Mereka ni sangat rapat..rumah diaorang selalunya kat situ-situ jer..kat situ lah maklong,makngah,maklang..sekampung tu keluarga sahaja. setiap perut ada ketua yang kita panggil Buapak yang terpilih.

kumpulan ke dua ialah suku...suku ni di bentuk oleh beberapa perut tadi...menjadi kan ia lebih besar.Suku ni di ketuai oleh Dato lembaga.

kumpulan ketiga...Luak.Luak pulak unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada 4 luak.Luak rembau,luak sungai ujong,johol dan jelebu.Di ketuai oleh seorang Undang...ada lagi luak yang ke lima iaitu luak tanah mengandung.

Luak tanah mengandung terdiri dari lima luak kecil di seri menanti..iaitu..luak inas,ulu muar,gunung pasir.luak terachi dan luak jempol...luak ini di takbir oleh seorang ketua yang di panggil penghulu Luak...

pasal adat nya pulak...aku simpan untuk entry yang lain...aku tak habis lagi bertanya kat ayah aku.thank ayah...ayah aku memang terer bab ni....

August 20, 2009

apa yang tengah aku buat...

selama hari ni aku asyik kata aku buat bisness tapi korang tak tahu aku buat bisness apa kan?lela sorang jer tahu dengan mamai...yang lain tu tak tahu. okey ni aku nak bagi tahu korang aku buat apa....

kepada yang perempuan(terutama yang duduk kat utara dan pantai timur)..aku sangat perlukan perempuan melayu yang berusia 25 tahun hingga 55 tahun untuk membuka sebuah outlet e cosway.apa dia e cosway ni?..okey ini adalah sebuah rangkaian yang menjual pelbagai barangan harian,makanan,dan barangan kesihatan.ia bukan terhad pada satu kedai sahaja.kita boleh membina seberapa banyak outlet..dengan kadar persen yang telah di tetapkan. kedai memang cantik!sewa kedai kita tak bayar,bil elektrik pun kita tak perlu bayar melainkan bil air dan telefon sahaja serta pekerja. barang yang ada dalam kedai kita bernilai 100k ke 300k...untuk 6 bulan pertama kita ambik 10% dari hasil jualan kedai.cth nya 100k kali kan lah dengan 10% kita akan dapat 10k sebulan....ada fix deposit tetapi tak perlu lah fikir-fikir pasal tu.kita boleh ejas dengan bank.berniaga mana tak ada modal tapi tak lah kena kuar sampai 50k..mudah sangat.kalau tak nak buka kedai pun tak apa...dengan modal rm600 kita boleh mencari orang lain untuk menjalan kan perniagaan ini dan kita ada persen dari setiap kedai yang kita taja..lagi senang dan mudah.dan ia ada pengiraan persen nya sendiri...barang dalam kedai bukan tanggungan kita..segalanya percuma dan di cover oleh insuran...selepas 6 bulan kita hanya akan di beri 5% sebab masa tu dah ramai customer dan ahli di bawah kita.untung runcit kedai setiap hari juga kita yang punya...kita boleh mohon outlet ini dengan modal Rm600 tadi...dalam masa 3 bulan..kena belajar dan pergi kursus juga...okey habis part pompuan!

bagi lelaki yang berminat...anda tak boleh buka kedai sebab ada di antara barangan cosway tak sesuai untuk lelaki menerangkan nya pada pompuan tetapi lelaki boleh membina outlet sendiri..sama jugak cuma tak boleh bukak kedai aje..

aku ni cerita-cerita....aku ada outlet ke..? ada ..onthe way 1 kat palong 7 dua lagi kat padang indonesia dan batam...okey tak? sale aku bulan lepas over seribu...tak termasuk bonus lagi. cantik kan?...memang sangat cantik dan aku suka buat bisnes ni sangat-sangat...korang nak cuba..? di mana pun korang kalau berminat aku boleh gi tempat korang tapi kena lah cari reramai..dengar apa kitaorang cakap pas tu korang boleh buat group korang sendiri...

okey..habis kat sini...berminat? aku tak kedekut no hp..kalau kat kosmo boleh aku open tak kan kat sini tak boleh kan...okey msg jer aku nanti.bisness aje k...0126816158...no celcom aku tak ada.ada pun hanya untuk insan terpilih cam kawan baik aku tu..siapa tu

August 18, 2009

mintak lain..jadi lain lak!

korang beli kosmo hari ni...korang cari kat ruang iklan sms tu.korang cari iklan anida anuar tu...terpampang no hp aku tuk tujuan perjumpaan dengan kawan lama.tapi dua orang jer kol aku..yang lain sume nak berkenalan..dengan ayat skema nak berkenalan...berpuluh-puluh msg masuk..kat aku okey.bukan kawan aku jadikan kawan...senang aku nak bisness...korang pun kalau nak bisness..nak msg aku ke korek lah kosmo dua tiga hari ni....so busy aku luar biasa sikit lah...

aku memang nak cari member dari pantai timur dan kedah untuk pasaran melayu.bumi putra masih ada kosong dua ratus outlet lagi...so siapa berminat boleh msg aku kat no..aku sape nak boleh email aku atau add YM aku...wafie_hawanie@yahoo.com.my....sila lah

August 17, 2009

catatan si J...

macam aku jugak lah lebih kurang....tapi ni aku nak cerita kisah tiga sahabat yang sama-sama merayau dengan aku kelmarin...aku ni bertudung,dah lama ubah perangai dan sikap sejak aku kawin.konon nya nak surga lah...taat pada suami.tapi suami pulak kureng sikit(okey tak nak cerita buruk orang..lantak dia lah nak jadi apa pun.

Hp berbunyi....
"ye yang...i kat cheras ni"
"alah u dah janji nak pergi alamanda kan?"
"yang...!mana aci macam tu"
"okey tak apa...u ganti balik.."
"i nak baju..."
"nak jam guees"
"nak beg gucci original tau yang..."
" i sayang kat u tau..."
"u tau kan i sayang u banyak..."
"muahh...bye sayang.."

geli and loya tekak aku dengar.tapi aku tak kisah sebab dia memang dah jadi bujang balik.
aku berbasa basi bertanya sape kah itu...
"pakwe baru i lah..."
"pakwe ke sponsor kau..?"
"sama lah tu...sponsor aku..." dia gelak sakan.

aku okey...no hal.janji sukeeeee...korang aku tak tahu lah

August 16, 2009

aduhai!kaye nye dia ni....

aku memanjat sebuah bukit kat area cheras.pergi rumah kawan lah...gi borak-borak mencari peluang perniagaan sebab dia ni memang otak dia duit sahaja.dengan pendapatan sebulan mencecah 100ribu ringgit bukan seratus ringgit macam aku okey...
sambil tu aku sempat menonton tv dia yang sebesar dinding rumah aku.mak ai!..aku rasa macam pelokon kat dalam tv nak makan aku jer.
aku merayau-rayau di halaman rumah kawan aku ni...lepak dekat patio nya yang sebesar 2 kali ganda bilik rumah aku. bayang kan kalau dah patio sebesar tu rumah apatah lagi kan.serba lengkap lah jugak...tapi dia ni simple gila. barang dalam rumah dia biasa aje...maksud nya tak ada import dari mana-mana melainkan kat sebuah kedai perabot dekat area rumah dia aje...
okey lah...kitaorang menjelajah sampai kat garaj...yes!kereta merz dia terpaking kat garaj.spot ye..bukan compressor.aku belak lah pusing keliling...

"wei!..harap rumah jer lima juta...apa ni,4 bulan dah roadtax mampus"

hahahaha..memang kantoi lah kawan aku yang sorang ni. duit juta-juta tapi roadtax tak mampu hidupkan.

"dia busy lah tu..." kitaorang menyedapkan hati sendiri....

tapi..dia kan berwang...boleh suruh runner buat apa!

korang jangan ingat orang kaye-kaye ni senang manjang aje ye.macam kita ni lain lah...

August 13, 2009

Putus asa!

Korang pernah tak rasa putus asa...give up dan apa-apa sahaja yang sekutu dengan nya?...aku tak pernah rasa putus asa dalam bab mencari rezeki...tapi hari ini aku rasa sangat berputus asa sebab aku...putus asa lah.

sekali lagi aku tak mampu sangat bergembira. aku membaca blog kawan-kawan aku tapi aku tidak mampu meninggal kan apa-apa komen mahu pun jejak. jiwa aku kalut lagi...buntu!sakit kepala!perut lapar tapi selera aku mati tiba-tiba. Masak lemak cili api dengan sambal ikan yang mak aku masak aku pandang tanpa selera...macam-macam terjadi hari ini. esok aku tak tahu lah lagi.

susah sangat agak nya menjadi aku hari ini. Pegang Hp...Hp jatuh. Pegang gelas,gelas jatuh berderai. aku beli buku...tersepuk bawah bantal..tengok sambil lalu sahaja. nasib baik anak aku pandai pulak bawak diri hari ini.macam tau jer mak dia di landa taufan lagi...argh...!aku memang belum normal.

aku rasa macam putus asa. mood aku macam aku duduk kat lampu merah.tunggu lampu tu hijau.boring...aku macam malas nak menulis.aku nak berhenti lah menulis blog nih....aku bosan dengan blog aku. aku putus asa. aku give up....

August 12, 2009

Sakit Jiwa..pagi-pagi ni

aku sakit hari dengan sorang mamat ni....korang tak payah lah tahu siapa mamat ni. aku nak lepas kan geram aku pagi ni kat blog aku ni...nasib korang lah nak baca nya.

geram betul aku dengan dia ni. dah lah sebelum ni dia salah kan aku macam-macam sebab dia jadi macam ni,begini..begitu. okey!aku pekak kan telinga aku buta kan hati aku telan jer segala tuduhan yang aku anggap cam banggang tu.

aku masih boleh tolong dia lagi buat itu buat ini sebab ye lah aku rasa bersalah sangat sebab aku jadikan hidup dia begini begitu itu. pertolongan iklas aku lah konon nya sebab aku kesian mamat ni hidup huru hara tak tentu hala.bukan setakat aku tolong dia tapi semua family dia...mak and adik-adik dia jugak...ye lah rasa bersalah.

tup!tup!...sampai hati dia tipu aku hidup-hidup selepas banyak pertolongan aku bagi...huh!geram betul aku.cam hampeh tul...nak jer aku kan perkataan yang tak sedap di dengar dari mulut aku kat telinga dia.ada jer alasan dia kat aku...bila aku tanya. melaun nye manusia.

ni..dari pagi tadi dia miss koll...dia msg..cakap macam-macam kat aku.dia ingat aku nak percaya dia lagi ke?sory lah ye...aku ni bangsa tak suka bila kena tipu ni
aku layan pakwe aku ni lagi bagus!

August 10, 2009

Harimau Penunggu

Malam itu aku memang tak boleh tidur.puas aku melelapkan mata namun aku masih terkebil-kebil di dalam gelap. guruh sesekali berdentum...kilat memancar di celah-celah dinding yang jarang. aku rasa gelisah.mungkin juga aku kepanasan.

nyamuk bermain di tebing telinga aku.aduh!mengganggu sungguh. bukan tak pasang ubat nyamuk tetapi nyamuk ini sangat liat nyawa nya untuk mati. aku cuba menarik selimut hingga menutup kepala namun nyamuk masih bermain di tubir telinga aku.

dalam dentuman guruh tiba-tiba...telinga aku menangkap bunyi mendengus. sekali dengar macam bunyi lembu di bawah rumah.ish..bawah rumah aku bukan tinggi pun untuk seekor lembu masuk dan meumpang tidur. lagi pun kalau di fikirka kembali...kawasan felda mana ada lembu duduk bawah rumah.lain lah kalau di kawasan kampung...lembu dekat kawasan felda ni semua kena kuarantin kat kandang dia. kalau lepas siap lah kena sembelih.

bunyi mendengus kembali kedengaran. kali ini makin jelas...aku tiba-tiba teringat cerita mak aku tentang harimau tunggangan arwah datuk aku. "atuk kau kalau nak kemana-mana cepat je sampai"labih cepat dari kereta...selalu nya dia suruh kitaorang pergi dulu.dia pergi kemudian,tahu-tahu bila kita sampai atuk kau dah sudah makan pun.."
"pelik nya mak"
"Pernah terserempak atuk kau naik belakang harimau sebesar anak lembu..."
"ha.."...aku tercengang.ada ke?
tak mustahil...ilmu orang dulu-dulu.
aku merasa sangat takut. weh! adakah bunyi itu bunyi dia si penunggu harimau itu?aduh! aku terus mengambil bantal dan menekap lubang telinga aku...aku takut.

keesokan nya aku sengaja mengajak mak aku berjalan kat tepi rumah dan mak aku melihat jejak kaki macam kaki kucing tetapi...sebesar mangkuk mee rebus yang aku makan pagi tadi. besar sungguh!aku boleh bayangkan..
"datang orang tua ni malam tadi tengok anak cucu..." emak aku berbisik.
aku hanya mengiyakan sahaja...mulut aku terkunci.aku ketakutan

Ketenangan yang aku cari...

aku berjalan ke satu tempat...of hp.on sekejap untuk check mana yang patut. online sekejap and then aku duduk bermuhasabah diri.memikirkan apa yang perlu...aku masih bersedih walaupun sedikit gembira sebab ada kengkawan bagi semnagat.aku akan cuba selesaikan masaalah aku secara berhemah.Ketenangan yang aku cari...rupa nya ada apabila aku benar-benar bermuhasabah diri dan menerima segalanya seada nya.

okey....habis dah cerita sedih aku.aku nak buat cerita hapy lak...entah boleh entah ke tidak?

malam tadi sempat adik angkat aku kol? kak tak tengok liverpool lawan arsenal ke?
cit!apa barang lah adik aku ni...liverpool?arsenal?ceh!..ade ke dengan aku dia cakap mcm tu.
eh! ko selalu jumpa akak apa ada kat akak?kau tak nampak ke kadang-kadang akak pakai cap MU..towel pun MU. anak akak pakai baju MU..apa lah pulak nak tengok liverpool tu...sory lah mamai...apa cara sekali pun aku tak akan tengok liverpool ko tu turun padang.ko bagi lah aku sejuta pun..huhuhu...

berita baik nya...hari ni aku ada kerja nak keluar...sebelum aku keluar aku update lah tu kesian kat peminat setia aku tu...key kengkawan. see you all esok pagi...bye

August 6, 2009

Homework yang hampir aku lupakan..!

Homework mamai...wah!aku tengah boring gila ni. aku dah pusing dari gemas ke segamat patah ke muazam..lalu keratong dan balik semula ke n9..jelajah johor pahang dan n9 aku hari ni. balik aje..aku rasa masih tak puas...aku buat kerja sekolah ni.cikgu mamai...bagi A+++ tau...

1)Bekas kekasih saya adalah:- aku ada ke pakwe dulu?ada..senarai panjang tak leh nak copy kat sini.

2)Saya sedang mendengar:- anak aku berkata ibu oder coklat ni(sambil tunjuk gambar coklat cosway)

3)Mungkin saya patut:- Pergi bercuti kat Pulau yang jauh dari orang.aku nak duduk sorang-sorang

4)Saya suka:- buku,komputer dan Hp(aku suka layan sms kawan-kawan aku)

5)sahabat-sahabat baik saya:- mereka yang selalu aku kol dan sms dan komen blog aku...

6)Saya tak faham:-Kenapa aku kena bahagia kan orang lain.

7)Saya kehilangan:-seseorang yang kini tak ingat dunia nak balik rumah.

8)Ramai yang kata:- aku pandai cari duit.ye ke?

9)Cinta itu adalah:- kosong tanpa makna

10)Disatu tempat seseorang sedang:-memperkotak-katikan hidup aku

11)Saya akan cuba:-Membetulkan kesilapan aku

12)Ayat selamanya membawa maksud:- selamanya lah..hehehe

13)Telefon bimbit saya:- ada 3. 1 for business,1 celcom untuk kawan yang guna celcom dan satu lagi maxis untuk kawan yang guna maxis

14)Bila saya terjaga dari tidur:- sekarang aku amat berharap dia ada di sebelah aku

15)Saya paling meluat bila:- dia start menyakitkan hati aku(siapa dia...tak payah lah korang tahu)

16)Pesta/parti ialah:- tempat setan semua tu

17)haiwan paling comel pernah saya temui:- hamster adam dan anak-anak nya

18)Peringkat umur yang paling menyeronokan bagi saya ialah:- masa remaja..glamour masa tu sebab kat kampung aku jer yang ada rambut panjang berjela

19)Hari ini :- Aku duduk dalam kereta main hp jelajah johor,pahang dan n9

20)Malam ini saya akan:- layan sms kawan baik aku dan tidur

21)Esok saya akan:- Makeup orang kawen(duit tu)

22)Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini:- aku sedar...aku ni cantik jugak ea...
(perasan lah tu)

23)Pusat membeli-belah atau arked permainan:- tu lah kiara square tu ha..apa ada kat Bahau ni

24)Makanan barat atau jepun:- erk...yerk! aku tak suka

25)Bilik yang terang atau gelap:- Gelap lah....

26)Makanan segera adalah:- yang aku beli kat kedai time aku tak ada mood nak masak

27)Ayat terkahir yang aku katakan pada seseorang:-Kalau rasa nak balik boleh balik.kalau tak nak balik jangan balik sampai bila-bila

28)siapa yang anda mahu taq:- sape saja yang rasa suka nak jawab..

aik..apasal homework aku ni macam tak cukup jer mamai...

Bahagia kah Aku....?

sukar untuk aku menyatakan sama ada aku bahagia atau tidak..perjalanan yang telah aku tempuhi ada kalanya sangat menggembira kan...tetapi lebih banyak pahit nya dari kemanisan.
aku gembira dengan kelahiran anak-anak aku...walaupun perit sakit melahirkan tetapi aku gembira bila menatap wajah mereka buat pertama kalinya...aku gembira membesar kan mereka dengan tulang empat kerat aku walaupun aku tidak di bantu oleh seorang lelaki bernama suami itu. aku tidak pernah kisah kerana aku tahu...baik atau buruk nya suami itu...itu lah jodoh yang telah di tetapkan dalam hidup aku.
aku bahagia kah teman-teman....? aku tidak mampu menyatakan apa sahaja yang kini memberat kan kehidupan aku. membeban kepala aku tetapi aku gagahi jua. aku panjat kan doa saban malam...aku mengadu kepada cinta ku yang satu...sempurna kan lah hari ku nanti. berilah aku kekuatan untuk menghadapi apa pun jua cabaran yang mendatang selepas ini...sama ada aku mampu melayari bahtera kehidupan aku atau tidak...sama ada aku mampu menerima setiap hukuman atau tidak aku pasrah...aku hanya berserah kini kepada NYA...hanya dia yang mengerti betapa hati aku kini sangat terluka. walaupun pahit aku terpaksa telan juga....
aku ingin membuat satu keputusan yang akan mengubah keseluruhan hidup aku tetapi aku sangat tidak berdaya melihat mereka-mereka yang aku sayangi dan cintai sepenuh hati...aku keliru dengan diri ku sendiri. hati mahu kan begini...tetapi dalam masa yang sama jiwa aku meronta-ronta. aku sangat terseksa...walaupun aku tidak pernah mempamerkan segalanya pada sesiapa pun jua. dugaan paling berat yang pernah aku lalui hari ini....hingga aku rasa sangat berputus asa...sangat kecewa dan sangat terluka.Ya ALLah kau tetap kan lah iman hamba mu ini dalam melayari kehidupan ku kini...amin.

August 5, 2009

BIDADARI CINTA......

entah kenapa hari ini perkataan bidadari dan cinta itu bermain di dalam kepala otak aku...pertama kali aku cuba ingin menyatakan satu-satu nya perasaan yang tak pernah wujud dalam hati aku untuk sesiapa pun(aku kawen mak bapak pilih)..
erm...aku selalu membaca kisah cinta yang indah , unik dan bahagia. aku juga selalu membaca kisah cinta yang tragis dan penuh dengan emo sampai kadang-kadang aku menangis membaca nya. wah! cinta memang berjaya mengucar ngacir kan jiwa aku...
aku nak jadi bidadari di surga nanti...insya allah kalau amal ibadat aku berjaya mengalahkan hasutan syaitan yang sentiasa menghasut hatta sewaktu nyawa berada di rengkung sekali pun.
aku ingin miliki cinta...tetapi bab macam ni terus terang aku kata kan aku masih failed. aku tidak berjaya meraih cinta sesiapa...walau pun aku rasa satu ketika dulu aku pernah rasa hidup aku penuh dengan bunga-bunga cinta. dan sekarang di saat aku sudah ada anak tiga aku masih tercari-cari di manakah letak nya cinta ku itu.
aku di landa masaalah yang membenam kan otak aku ke tengah sawah(umpama macam tu lah aku letak kepala aku dalam lumpur...sesak nafas).aku di awangan...berdiri di tengah-tengah.main tarik tali. entah lah...susah hendak aku nyatakan kehidupan aku yang nampak sempurna tapi terdera jiwa dan rasa. aku cuba lah selesaikan masaalah aku dengan berhemah...ibarat menarik rambut dari tepung.rambut tak putus tepung tak berselerak. aku tak tahu di mana silap nya aku dalam menjalani kehidupan cinta aku ini...andai aku salah memang aku sedia mengalah. tapi jika pihak lain yang salah aku tak reti lagi nak berdolak dalih.aku hanya tahu aku mahu yang terbaik dalam hidup aku...memikirkan impak dari segala perbuatan aku. kesan pada anak-anak aku.pada diri aku...tapi aku benar-benar tak berdaya lagi menjalin kan cinta yang memunah kan diri aku. ..aku benar-benar berharap ada bidadari cinta yang membantu aku selesai kan masalah aku...pada siapa lagi aku harus bercerita...jiwa aku sarat dengan rasa kecewa(tapi aku tak kan bunuh diri okey)...hampa dan aku sangat terluka kerana cinta yang tak mampu aku semai menjadi bunga-bunga cinta ini. entah lah kawan...aku rasa sempit sekarang ini....aku tak mampu lagi nak sorok rasa terluka nya hati aku dari orang lain...

August 4, 2009

Bila aku tak ada....

ye lah bila aku bercuti ada juga yang off line msg kat YM aku mencari aku dengan kerinduan.aku juga rindu nak menulis.tapi apa kan daya. aku pergi ulu..tak ada coverrage.bukan lah ulu pun lenggeng tu tapi broadband aku tak leh di guna pakai lak kat situ...nenek aku buat kenduri tahlil sekali dengan kenduri sebab nak menyambut puasa ni...so aku and family join lah sekali...meriah nya bila semua adik beradik nenek aku pun ada bersama dengan keluarga masing-masing.jadi...rumah nenek aku yang sebesar alam tu pun tak mampu nak menampung keluarga yang besar ni.bayang kan 5 bilik tidur.4 bilik air pun berebut-berebut nak guna...betapa ramai nya keluarga kitaorang. yang lucunya adam owen aku...
"ibu..kenapa kita ada saudara dengan india,dengan orang putih"
"Ibu kenapa rambut dia merah...kulit dia pun merah"
"ibu kenapa abang kembar tu macam india..."
kebetulan...makcik aku yang convert islam tu pun balik dengan kaum kerabat nya. dah tentu lah dia memang india.ada lah shahrukhan celup kat dalam ramai-ramai tu. kebetulan juga sepupu aku yang kini menjadi warga Francis juga ada balik. jadi ada lah juga mat salleh dalam ramai-ramai tu.
sedap aje adam mengata budak tu rambut merah lah,kulit pink lah ...last-last budak tu jawab apa tau...bukan dalam bahasa ibunda dia tetapi dalam bahasa melayu
"nama kita adam lah.umur kita 7 tahun. kita bercuti dengan mummy kat rumah tok.rambut kita merah sebab daddy rambut merah.kulit kita pink sebab kita duduk kat negara 4 musim. ini adik kita....nama dia ida."
aku gelak kan adam tu lah...mengutuk lagi. aku respek dengan noor sebab dia mengajar anak nya berbahasa melayu walaupun dia sudah menjadi rakyat perancis...tak heran nak bercakap bahasa orang putih tu tak macam sebahagian anak melayu kita yang beriya-iya bercakap orang putih malahan perangai lebih orang putih dari orang putih itu sendiri.
majmuk keluarga aku ni.aku sendiri berkahwin dengan anak cina kepong..hehehehe.ada anak cina.anak india dan anak orang putih.sesekali berkumpul memang meriah...moga nenek aku yang berusia 93 tahun itu panjang umur. Love u nenek..

July 29, 2009

MADU...OR BERMADU!

Aku suka madu yang baru turun dari sarang nya...buat cecah roti atau makan dengan telur separuh masak..huh!memang menjilat jari lah pulak.sedap gila..manis.okey...habis bab madu.sikit jer kan.

errrrr...yang ni bab bermadu.korang mestilah boleh bezakan antara madu dan bermadu.Perbualan aku dengan hubby aku yang tak balik-balik.sebab dia kena kuarantin. adik dia yang baru balik dari bangkok itu telah di sah kan positif H1N1. Jadi dia dah terkandas kat sana.
"ayah ni tak balik-balik..macam balik rumah madu ibu aje.."(masa tu aku tak tahu adik dia kena penyakit babi tu.
"eh ibu ni nak sangat ke bermadu?..."
"tak adalah...ayah tak ingat nak balik.tak rindu ke kat ibu,kat anak-anak"(sebenarnya aku rindu gak nih)
"bu...kalau ayah kawen lagi ibu marah tak...?" cis!
"tak yah...tak ada ibu marah deh!" padahal hidung aku dah kembang kempis tahan marah ni.cis!
"ibu tak kisah ke bu...?"
"tak yah...ada calon ke?boleh ibu pinang kan..."Korang ingat aku iklas tak?
"ayah bawak balik borang ibu sain boleh...?"
" boleh yah....bawak lah ibu tak kisah..."
"bagus lah ibu ni....ni yang buat ayah sayang ni kat ibu..."cis!cis!cis!

kalau korang lah jadi aku.macam mana lah agak nya ye.marah ke...? nak bunuh aje ke? atau nak lari ke?...kat aku lah kan.marah! yelah ada hati dia nak madukan aku. aku tahu aku suka madu tapi bukan madu yang berbisa itu.
hehehehe...sebenarnya hubby aku gurau aje. sebab dia suruh aku gi KL aku tak pergi nasib baik lah jugak tak pergi kalau tak aku pun kena kurantin sekali macam diaorang semua.
pendapat aku tentang bermadu ni....aku tak kisah sangat pun.sebab..atuk aku ada nenek tua dan nenak mude. pak usu aku ada maksu tua dan maksu mude. mamak aku ada acik tua,acik ngah(tengah..no 2) dan acik su(no 3)...poligami ni biasa lah dalam family kitaorang. dan kitaorang semua berbaik dengan mereka-mereka yang bermadu ini. madu diantara madu ini semua nya boleh join...no hal nye. jadi aku pun berfikiran terbuka lah juga...aku nak payung emas!..kalau suami aku mampu aku tak kisah pun.
"ayah kalau ada calon..bawak jer balik borang ibu tolong sain. ibu tolong gi pinang sekali.." Iklas nye aku berkata-kata untuk hubby ku itu..

July 28, 2009

Kisah suami isteri dan kekasih

Cuba korang fikir…aku pun sama gak berfikir. Sebab bab macam ni aku tak tahu sangat. Aku bukan terer macam mamai,atau pandai macam oren yang ada gula-gula hati…
Ada sorang kawan ….ada isteri cemburu nauzubillah. Suami keluar pergi bekerja dia kata suami ada perempuan lain..sampai dekat rumah pun suami ini off Hp..yang kesian nya dia dengan kengkawan pun tak ada peluang nak beremah mesra. Paling habis pun duit gaji isteri control. Sampai nak bagi kat mak dia pun tak ada duit….
Cuba korang fikir….sebelum kawen si suami dah tertipu dek isteri yang mengaku mengandung padahal usik pun tak pernah. Satu hal…dah lah macam tu isteri ini tadi suka sangat berbomoh sana sini…bila suami merajuk dia kata suami pergi main perempuan lain.
Pada pendapat korang….macam mana nak tangani isteri yang begini?..nak di tinggalkan tak sanggup.nak naik tangan lagi lah tak sanggup.habis cam no….? di ajar tak makan saman……ini kisah suami.
Ada satu lagi kisah…isteri punya lah baik perfect sebagai seorang isteri.tetapi suami nya pulak..kaki rentung walaupun bukan gian tahap gaban. Duit habis kat situ.lalok sana sini…korang ingat patut ke isteri ni minta cerai..sebab dah 10 tahun dia bersabar dengan harapan suami berubah. Yang kesian tu suami ni selamba jer bawak balik segala macam jenis dadah kat rumah . boleh buat kerja depan bini lagi…
Kisah ketiga….suami malang dengan isteri malang ini telah bertemu kembali.dulu diaorang pernah bercinta. Bila masing-masing ada masaalah. Cerita sedih masing-masing menjadi topic.lelama jadi suka pulak kembali. Kira cinta lama berputik kembali…tapi mereka ingat dosa..Cuma berharap ada jodoh mereka.

Bab macam ni aku tak faham nak bagi pendapat. Cuba korang bagi pendapat korang…boleh aku guna kan sebagai pedoman untuk kawan-kawan aku yang malang itu.

July 27, 2009

AKU PENAT...

AKU PENAT SEBAB...TURUN NAIK BAS,PERGI BANK JUMPA CUSTOMER DENGAN MENGHERET ANAK KECIL AKU....

AKU KESIAN...SEBAB AKU RASA AKU DAH TAK KESIAN DENGAN DIRI AKU LAGI.KERJA MACAM TAK CUKUP MASA..DEMI ANAK-ANAK YANG KIAN MEMBESAR.

AKU LETIH...SEBAB JIWA AKU DAH LETIH MEMIKIRKAN CARA TERBAIK NAK BUAT YANG TERBAIK.

KENGKAWAN...AKU TAK MOOD NAK UPDATE BLOG AKU TAPI AKU RINDU KORANG SEMUA...ANDAI AKU HILANG SEKETIKA CARI LAH AKU KAT FELDA PALONG 7 NEGERI SEMBILAN...HUHUHUHU...SEDEH.

July 24, 2009

Mayat hidup

aku pernah terbaca sebuah cerita yang agak seram....begini.
seperti biasa apabila terjadi kematian di daerah pedalaman,mayat akan di hantar kehospital besar untuk bedah siasat dan tugas itu selalu nya di lakukan oleh drebar ambulan dan seorang staf nurse.di jadikan cerita..perjalanan dari daerah pedalaman tentu lah kurang memuaskan dengan jalan yang berbengkang bengkok dan berlubang.jadi ambulan pun teroleng-oleng lah menjadi seperti bot...nurse yang berada di belakang duduk menjaga mayat tiba-tiba merasa seram...dia mendengar bunyi seperti perut yang bergelodak.entah dari mana datang nyabunyi tersebut...tidak lama kemudian dia terbau pula bau yang kurang menyenangkan seperti bau mayat.agak busuk walaupun tidak ketara sangat...nurse itu cuba memberani kan diri sendirian di belakang menjaga mayat yang sudah siap berikat.sebab kalau tak ikat..boleh jadi mayat akan terjatuh.
mereka berhenti pula di kedai minum sebab perjalanan yang agak jauh itu.untuk menghilangkan mengantuk.mayat di biarkan didalan van...kali ini nurse tadi tidak lagi duduk di belakang akibat dari ketakutan nya terhadap bunyi dan bau tersebut...20 minit selepas perjalanan.tiba-tiba pemandu ambulan membrek kecemasan. nurse turut cemas...pemandu tersebut melopong..membuka pintu dan lari lintang pukang. nurse tadi pun tak tahu hujung pangkal juga ikut terjun sekali.tinggal lah ambulan tersebut di tengah jalan....mereka berdua berjalan kaki ke arah hospital yang sudah hampir dari tempat mereka berhenti tadi...tanpa berkata sepatah pun hingga sampai ke hospital.dengan bantuan doktor dan rakan yang lain mereka kembali ke ambulan tersebut...dari jauh mereka boleh melihat mayat yang terikat tadi duduk tegak.tak bergerak.....

sorry kawan-kawan aku sambung siang esok.aku takuttttttttttttt.........

Bersunat....

bersunat tu wajib bagi kita yang beragama islam.Islam itu bersih dan suci sebab itulah amalan ini menjadi kewajipan kita. aku cuma nak cerita tentang anak aku adam owen.(adam daniel)aku saja tukar nama dia sebab aku gila dah dengan owen tu.
"abang..nak sunat tak...?" aku bertanya.
"sunat tu apa bu..?" dia tanya aku balik.aku garu kepala nak jawab.
"bersunat tu wajib bang..nanti abang cepat dewasa.."
"kalau bersunat tu cepat dewasa ye bu...boleh lah abang kawin ye bu..."
erk...!anak aku.kau baru tujuh tahun nak oii...ko boleh fikir lak nak kawen. budak-budak sekarang
"apasal abang dah ada calon menantu ibu ke...?"
dia senggih macam kerang busuk. ada harapan anak aku kawen muda..alahai anak aku.
aku suruh suami aku pergi servey klinik kesihatan sebab aku ingat nak anak aku bersunat cara moden mengguna kan alat yang di panggil klamp..aku pun servey gak.aku tak nak lah dia merengek kat aku sakit bila dia bersunat nanti...
aku nak lah tanya...sebab ini pertama kali aku nak jaga anak aku bersunat...eloh bersunat biasa ke guna alat tu...aku dah merasa mengikut bos aku seorang doktor menyunat kan kanak-kanak dengan cara biasa..kesian diorang mana yang tak cukup mental tu meraung..anak aku pun macam tu jugak lah aku rasa...sebab aku pernah tengok juga seorang mualaf yang of course dah dewasa bersunat pun menangis..hehehehe

July 23, 2009

Salam Ingatan dan 'c'

assalamualaikum...salam manis beserta madu
salam sayang beserta i love u
salam rindu beserta i miss u...
salam rock wa caya sama lu...
salam ingatan saje nak tanye..blogger sume apa khabar

************************************************************************************

cerita ini centang cimut dan ciput.cimut cahabat ciput.catu cari,cimut can ciput calan-calan ci cepi colam.ciput curuh cimut cama-cama cancing ikan capi ciput cidak cahu.cipit cengajak cimut cama-cama cengok culan can cintang.cereka cerentak cata...." cecian corang cemua...cucah-cucah nak caca cerita cita..cicicicicici....

July 22, 2009

Orang gila...

Aku tak tahu samaada orang ni gila atau buat-buat gila...aku pergi berjalan dengan anak aku adam OWEN..(oren jangan marah ea...).Di sebab kan HUbby aku tak ada aku pun naik lah bas..aku adalah perempuan yang tak heran dengan BMW atau lamborghini sekali pun.Aku lebih suka bas sebab aku boleh belajar tentang ragam manusia di dalam bas. salah satu nya ini lah orang gila ni...dia naik dari pekan juaseh.kebetulan lagu MJ sedang berkumandang..tiba-tiba aje dia menari macam MJ..okey lah aku rasa dia sangat lawak. aku lihat dia teraba-raba setiap poket yang ada dekat seluarnya..entah apa yang dia cari. aku rasa duit tambang kot..pandai pula orang gila ni bayar tambang bas.pas tu dia pun berjalan lah kebelakang..dengan tarian nya.terangguk-angguk macam orang gila...tiba-tiba bas brek kecemasan sebab kambing tiba-tiba melintas jalan.puas lah aku menyumpah dalam hati...tak sekolah punya kambing. habis barang aku berterabur...
" argh..."aku terdengar perempuan menjerit. dalam hati aku berkata...alahai ada plak yang cedera parah ke?
aku mendongak..alamak.!itu orang gila selamba duduk atas riba seorang anak dara yang masih suci tidak tercemar...selamba beruk dia aje. puas lah budak perempuan tu terjerit.budak lelaki kat belakang pulak boleh gelak golek-golek...nasib baik pakcik drebar tu jerit kan orang gila tu suruh turun. bila dia dah turun satu hal pulak...boleh dia pegang pintu bas dia tolak bas tu pulak...tak ke bodoh orang gila tu.
aku terfikir...kemana kah pergi nya penjaga orang tersebut...kenapa lepas kan tak tentu hala dan mengganggu ketenteraman awam...mentaliti manusia sekarang memang tak kuat termasuk lah aku...cuma aku tak gila aje.kalau aku gila macam lah rupa aku agaknya...?boleh tak korang bayangkan aku gila macam orang gila tu...aku sendiri tak terbayang kan sebab aku sendiri pun tengah gila sekarang. gila nak cari duit...

July 21, 2009

Cuti lah...

pagi-pagi lagi aku sms SULELA(BLOG ALAMDESA)...HAPPY BIRTDAY SULELA..MOGA PANJANG UMUR DI MURAH KAN REZEKI...MUAHHHH..satu ciuman selamat untuk kawan blogger aku yang paling baik pernah aku kenal(sebab dia rajin layan sms aku dan baik hati) anda semua pembaca pun baik hati juga. dan semua pun boleh jadi kawan baik aku macam Sulela....Aku terpaksa bercuti kali ini sebab berukband aku problem macam hampeh.very slow..sedangkan aku banyak keja lain nak buat lagi. so semalam aku pergi jenjalan dengan anak aku...shoppinggggg.di sebab kan hubby aku tak ada.dia balik KL dan dengan kemarahan yang amat sangat aku bagi kat dia sebab dia tak bagi aku ikut tengok bola MU lawan Malysia.dia sorang jer gi dengan kaum kerabat dia. Huh! rasa nak tikam tapi tak apa nasib baik ada perempuan lain yang sanggup tikam hubby dia sebab tak balik-balik gi tengok bola..tak ape aku puas hati sebab...malaysia kalah bermaruah dengan MU...sayang aku kat owen tu...!oren jangan marah ha...di sebabkan cristiano dah blah...akak jatuh cinta lak dengan owen....muahhahaaa...semalam aku sempat rembat topi MU...anak aku beli satu,aku beli satu.aku pun telah berjaya meng OWEN kan ADAM...

July 17, 2009

Bagaimana nak jadi orang...?

semua orang tahu bagaimana nak jadi orang...bukan orang-orang okey! tapi ramai yang tak tahu bagaimana mahu menjadi seorang insan...yelah dalam dunia ni mana ada manusia yang berjaya menjadi insan yang cukup sempurna..ada kerjaya,ada family bahagia,ada segalanya...
ada orang...ada harta tapi tak ada keluarga..sorang jer hidup pun tak happy juga
ada orang ada family..ada anak isteri...tapi tak beruwang...pun tak happy juga
ada orang ada banyak masa nak buat macam-macam tapi tak tahu nak buat apa pun tak happy juga.ada orang tak ada masa langsung hidup kerja jer 24 jam pun tak happy juga sebab tak ada ruang santai dia...ada orang tiada pegangan agama free thinker pun tak happy juga sebab dia tentu tercari-cari petunjuk dan hidayah Allah...ada juga orang yang kuat pegangan agama nya tapi tak happy juga sebab takut nak buat apa-apa segalanya kena fikir kan dosa...
macam mana aku nak jadi orang...pertanyaan arwah sepupu aku sebelum dia maut akibat penangan dadah...dah tahap menghidap aids.memang dah terlambat pertanyaan itu...aku hanya mampu jawap...manusia ni susah nak jadi orang.tapi kalau nak jadi orang-orang bila-bila masa kau boleh jumpa...dah takdir kau ...kau sendiri cari penyakit sebab apa sebab orang-orang yang memperlekeh kan engkau sejak engkau kecik. Korang nampak tak bagaimana tekanan mampu merubah hidup orang menjadi orang-orang.jadi bagaimana kita nak jadi orang kalau sekeliling kita penuh dengan orang yang suka menjadi orang-orang...terpacak mengikut telunjuk dunia yang hipokrit ni...penuh tipu daya.iman aku pun belum cukup kuat mengatakan tidak pada keduniaan..tak tahu lah kot ada orang kat luar sana yang betul-betul dah jadi orang dan cool menghadapi dunia tanpa sok sek sedikit pun....

July 16, 2009

Cinta Pertama 2

melihat pada komen kawan-kawan...aku teruja sekali lagi untuk mengupas tentang cinta pertama.jangan lah tanya aku tentang cinta pertama sebab aku tak tahu dan tak alami perasaan yang macam korang cakap kat komen aku...ye aku akui aku buta cinta. aku ada boyfriend masa zaman dara aku tapi...aku tak pernah juga rasa teruja pada cinta. sebab aku takut dengan hal-hal macam yang korang cakap tu...untung lah kalau korang berjaya melalui detik perkhawinan akibat dari cinta pertama...akibat dari sikap aku pula..huh!susah nak kata sebab hidup aku memang di tahap biasa-biasa aje bila masuk bab cinta ni...entah kenapa hati aku memang tak terbuka dengan cinta...aku hanya tahu aku sayang anak-anak dan suami aku itu sahaja...adakah kerana aku terlalu ramai gula-gula hati(weh...aku memang suka berkawan dengan lelaki..bila diaorang kata nak aku jadi awek...aku on jer lah.)itu lah keja aku...kawan,bercinta,putus...sebab putus tu pula sangat lah kronik..sebab aku ramai kawan lelaki. aku suka berkawan sampai terikut-ikut minat diaorang pada bola,pancing,moto dan kereta..sampai aku boleh duduk lepak dalam oven cat kereta semata-mata nak tolong gosokcat lama kereta dengan kertas pasir...dan aku akan marah suami aku kalau beli barang sparepart tak ori..(bab tu memang suami aku memang tak leh tipu)jadi bila aku dah macam tu...bila pulak masa nya aku nak kenal erti cinta tu secara mendalam.aku tabik lah kat korang yang ada pengalaman macam tu...aku?...sedih nak cakap...korang tahu apasal aku tanye?aku nak cuba menikmati cinta...gerenti hubby aku gelak dan berkata..."ibu kan brutal...nak jadi minah leleh lak"...weh!cinta tu leleh ke?

adoi lah!

kenapa..? setelah sekian lama aku kembali menjadi surirumah tangga lagi...di samping keluar sebelah petang nya untuk berbisnes.hahaha..betapa terujanya aku menjadi ibu kembali(dah lama suami aku jadi surarumahtangga sebab bagi aku peluang bekerja)...penat beb..berkemas.menyapu segala habuk yang dah berkapuk kat pasu-pasu bunga dan di celah-celah tempat tersorok...angkat almari lagi. mengubah kedudukan barang dalam rumah tangga aku...serta meletak kan tempat aku bekerja ke sudut yang paling baik mengikut fungsui suami aku...hahahaha...dia mintak harta wife dia ni bertambah lah tu.yang penting menyusun koleksi buku aku se almari mengikut penulis kegemaran aku tu.sambil aku mengira berapakah yang telah aku laburkan untuk buku aku tu...korang tahu berapa?...5 ribu ringgit tak termasuk syiling-syiling lagi.weh! dah boleh buat beli komputer 2 biji lagi.dasyat nya aku....tetapi tak apa bak kata iklan tu..segala ilmu datang dari membaca. aku nak ulang baca sebuah buku yang paling aku suka...apa lagi kalau bukan buku RAM-trilogi bagaikan puteri..jadi untuk khatam 3 buah buku itu aku harus berjaga malam lagi lah nampak nya...

July 15, 2009

Cinta Pertama

aku saja nak tanya pembaca sekelian...nak bincang dengan anda tentang topic ni.
apa agaknya pandangan anda tentang cinta pertama...kalau ditakdirkan anda berpisah dengan cinta itu adakah anda akan frust tertonggeng.macam mana pula di saat anda back to single samaada janda atau duda adakah anda akan kembali kepada si dia yang juga sudah single kembali?
apa rasa nya cinta pandang pertama itu...?
itu yang aku nak tahu sebab aku bute cinta..hehehehehe.mamai...ko kan pakar bab macam ni sebab ko selalu tulis pasal kecewa.

July 13, 2009

HANTU PERUT/PENANGGAL


aku masih ingat masa aku anak dara sunti...heboh sekampung orang bercerita tentang hantu perut atau hantu penanggal...aku tak tahu kebenaran nya pun sebab tak nampak. aku dan kawan-kawan memang tak kisah cerita ini...jadi kami balik mengaji pun tanpa rasa takut.pernah juga aku bertanya pada mak macam mana rupa hantu penanggal tu...mak aku pun tak reti jawab apa sebab tak pernah nampak...hanya kisah dari mulut ke mulut sahaja bahawa hantu ini membawa juraian perut nya terbang melayang. makanan nya adalah darah ibu bersalin atau darah dari uri bayi.....
orang kampung selalu bercerita...dekat pokok besar , ada selekoh maut kat situ memang selalu orang nampak benda ni bergayut...jalan ni jugalah jalan aku balik tang mengaji malam-malam...ketidakpercayaan aku terungkai satu hari..malam itu aku lewat pergi mengaji...saja melewatkan masa.kalau pergi cepat pun aku tetap balik lambat sebab sibuk main dengan kawan-kawan dulu.di jadikan hal hari itu dah lah lambat...maka aku menjadi orang terakhir mengaji malam itu.nasib baik kawan aku sanggup tunggu. adalah dua tiga orang.masa balik...tiba-tina kawan aku menjerit dan berlari tanpa sebab ..yang aku dengar mereka sebut hantu!..aku dah lah tak kuat lari..terpingga-pinga di tingglkan kawan.mula lah mata melilau..ketakutan.secara tak sengaja aku teringat cerita hantu perut yang kelihatan di balik rimbunan pokok yang korang nampak ni....dan secara tak sangaja juga aku terdongak keatas...ada orang atas pokok! ada cahaya kekuningan.aku tak tunggu lagi aku cabut..lari sekuat hati....sampai di rumah memang aku jadi bisu...tahu-tahu kain aku dah basah wei!...mana ntah datang air tu aku tak tahu pulak...air kencing lah kot.takut punya pasal...

July 12, 2009

Pedang...

puas aku cari pedang tu..nak ambik gambar.mungkin ayah aku simpan kat tempat tersorok dalam bilik dia..beberapa minggu ni aku tengok ayah aku berjaga malam...adalah sebab nya tu.kadang-kadang pedang itu bergetar di dalam sarungnya jika terjadi sesuatu yang kurang baik..
aku pernah tengok pedang ini di keluarkan dari sarungnya masa aku kecil dulu. ada sedikit kesan seperti darah di hujung mata nya yang tajam berkilat. pedang berwarna maron itu tak ubah seperti pedang samurai tentera jepun yang selalu di guna kan untuk memancung kepala orang yang tidak berdosa. pedang itu memang sudah kelihatan lama..di lilit tali yang sudah kusam.
pedang itu menurut ayah aku adalah peninggalan arwah atuk yang berasal dari indonesia. sumatera barat. pedang itu di bawa dari sana..memang tajam berkilat.sekali zass...memang kepala tergolek macam buah kelapa...aku pun takut nak pegang pedang tersebut.
pernah sewaktu aku saja tidur di dalam bilik ayah aku...aku mendengar bunyi seperti getaran halus..puas aku cari apa yang bergetar...sehinggalah aku menghampiri pedang yang tersangkut di dinding...memang getaran itu datang dari arah pedang tersebut...tidak berapa lama kemudian datang dua orang lelaki berjumpa ayah aku...aku tak tahu apa hal..yang aku tahu tiba-tiba ayah mencapai pedang tersebut dan memekik ke arah lelaki tersebut sambil mengeluarkan pedang itu dari sarung nya..masa tu aku ingat ayah aku kata...dah berpuluh tahun tak makan darah ni...
aku pun seram gila masa tu takut ayah aku jadi pembunuh pulak...nasib baik lelaki tu pergi.
aku dengar ayah aku berbual dengan mak bila mak tanya kenapa takut kan mereka dengan pedang berkilat tu...ayah aku kata dia tak sedar pun apa yang dia buat.yang dia tahu..dah seminggu berturut-turut dia dengar pedang tu bergetar.mungkin mahu keluar dari sarung nya...dan ia memang berjaya keluar dari sarung nya dengan bantuan ayah aku...
sekian.....

entry seterusnya...hantu perut/penanggal

July 11, 2009

LELAKI MISTERI

aku terjaga tengah malam itu. tidak tahu kenapa?...anak dan suami aku sudah lama lena. ...aku sahaja yang masih terkebil-kebil tak boleh tidur.peristiwa ini terjadi sewaktu rumah aku masih rumah lagi belum di reno..rumah kayu.
sedang aku terkebil-kebil..di satu sudut rumah,berhampiran dengan rak buku ayah aku(di situ ada banyak khazanah pelik ayah aku)..aku melihat kelibat seorang lelaki misteri..berjubah putih,berdiri tegak seolah-olah memerhatikan aku yang sedang terkebil-kebil di dalam gelap...sangat menenakutkan jangtung aku bagaikan mahu luruh. 5 minit lelaki itu terpacak dan terus ghaib selepas itu...
"apa ada kat dalam almari ayah kat depan tu.."paginya aku bertanya ayah aku.
"pasal pulak?"
"tak ada lah..malam tadi along nampak lelaki berdiri kat almari tu.."
"macam mana rupe ehh..?"
"berjubah putih..."
"owh...ada buluh bertemu ruas kat dalam almari tu..."
"mana ayah dapat?"...
"abang man kau bagi.."
abang man yang di sebutkan ayah aku adalah penduduk asli di daerah bera.beliau seorang yang berpengalaman dalam hal ehwal ilmu kebatinan...
menurut ayah aku...sudah dua tiga orang kawan nya memegang buluh itu dapat merasakan ada sesuatu yang menunggu buluh tersebut. aku melihat buluh tersebut...memang ruas nya bertemu. sayang nya..kawan-kawan...aku tak leh ambik gambar dia sebab aku tak ada kemera digital...kedua hp aku pun hp murah...eh nanti lah aku beli kamera dan aku akan ambik gambar benda pelik ni...entry akan datang...pedang samurai yang bergegar di dalam sarungnya.

July 10, 2009

kisah zaman 60an...

kisah ini di cerita kan kembali oleh mak aku...
si...(nama di rahsiakan) meninggal dunia 3 hari yang lepas.orang melayu,orang islam selalunya akan mengadakan tahlil selama 7 hari berturut-turut bagi yang mampu.bagi yang tidak mampu afdal lah membaca yassin sahaja.biar lah aku gelar kan si mati mak temah(bukan nama sebenar)
selepas 3 hari..anak-anak arwah mula menyedekahkan pakaian mak temah yang kebanyakan nya masih baru dan cantik kepada orang kampung. nenek aku keberatan tetapi untuk tidak mengecilkan hati tuan rumah dia ambil juga sepasang baju tersebut..
malam nya...nenek aku menjahit kain di tepi kelambu berteman kan pelita ayan..ye lah orang kampung dulu mana ada elektrik.jam sudah menunjukan ke angka 11 malam.mak aku dan kakaknya sudah lama lena apabila mak aku terjaga dan mendengar bunyi sesuatu.
"apa tu mak...?" nenek aku memberi isyarat diam.
serentak dengan bunyi itu seisi rumah berbau busuk seperti bau telur tembelang dan tiba-tiba pintu di tolak dengan kuat..
gedegang...!!lampu pelita di padam kan oleh jari yang entah datang dari mana.
bau busuk semakin kuat...bunyi pelik juga semakin menjadi-jadi.nenek aku seolah-olah boleh membaca apa benda yang masuk ke dalam rumah itu...dan sudah tahu apa yang benda itu cari..cepat-cepat nenek aku mencampak kan baju yang di terima pagi tadi...automatik benda tadi terjun ketanah mengikut baju tersebut...
"apa benda tu mak...?" aku bertanya pada mak aku.
"itu lah hantu kemolok.."
"macam mana plak dia boleh jadi hantu mak..."
"makcik tu asal dari tanah seberang..suku jambak. suku ni menurut orang tua-tua dulu bersumpah adik beradik-beradik pasal berebutkan tanah...menurut nya kalau dia bersalah,mati tak diterima bumi..."
"owh..macam mana rupe dia mak.."
"kata atuk kau...rupe eh macam ungka..tangan panjang tapi dahi eh berlubang."
"ish..atuk penah tengok ke mak...?"
" pernah lah agak eh..."
bayang kan kalau kita yang jumpa mahluk hodoh itu....argh...dengan bau busuk nya. adakah anda berani?...

July 9, 2009

keseronokan tak terhingga....

santainya aku duduk bawah pokok sambil hupdate blog and chating dengan kawan-kawan aku...senang betul hidup aku.kerja sikit duit masuk...tak banyak pun sehari ada jugak lah rm50.sape nak bagi kan...sedap betul angin ni bertiup...segar terasa.nyaman dan mengghairah kan aku....
sebut pasal ghairah..ni.dah dua hari ni aku asyik terbaca kisah porno yang tak sudah-sudah.sume orang dah baca kisah ni kat paper tapi aku saja nak bercerita kat korang...sebab aku membebel sorang-sorang pasal kes ni. kes pertama...mat pancut yang sesuka hati mengikut awek balik...kat pintu rumah awek tu selamba dia buat keja tak senonoh tu.cecair tu dah tentu lah dia punya ,yang dia pergi kat pintu rumah orang buat apa...buang sepah-sepah.ini lah kisah jantan tak ada maruah..bukan lelaki okey!sebab kalau lelaki dia bermaruah...tak buat kerja macam ni..
itu kisah lelaki tak ada maruah...kisah perempuan tak ada maruah pulak aku baca semalam jugak...alahai..kat kandang kambing pun jadi juga nak melepas kan gian beromen.kesudahan nya...kena tinggal jugak..jenuh lah nak cari lelaki itu...siapa yang susah.mak bapak jugak.
itu baru dua kes terjadi...kes yang lain banyak lagi.macam-macam kes...aku cukup takut keadaan ini...itu tanda nya dunia semakin tua. dan kiamat akan terjadi dalam masa yang sangat dekat...dosa aku masih banyak tak terbasuh!

July 8, 2009

Raja kayu...


pernah korang tengok raja kayu..?begini lah rupanya raja kayu..apabila ia di rendam kan dalam air ia akan tenggelam.
ayah aku sudah lama menyimpan kayu ini...pada mula nya aku tak tahu kegunaan nya untuk apa...sehinggalah suatu hari sewaktu aku di dalam pantang anak aku meragam semalaman.ayah aku kikis kayu ini dan bakar...asapkan seperti kemeyan.oh...! untuk tujuan perubatan rupanya.aku pernah juga memberi sebahagian kayu ini kepada seorang warga indonesia atas tujuan perubatan..aku tak tahu untuk apa...tetapi ibu mengandung di larang samasekali minum air rendaman kayu ini kerana menurut ayah aku ia agak panas...dan boleh menyebab kan keguguran kandungan...banyak lagi lah khasiat kayu ini...aku tak pula interview ayah aku untuk apa kegunaan kayu ini...sayangnya sejak aku tiada hp kamera aku dah tak boleh nak ambil gambar pelik-pelik yang ada kat rumah aku ini...macam telur ayam jantan,cincin batu serai yang sering bertukar warna,batu delima merah yang kalau di masuk kan ke dalam air boleh menyebab kan air menjadi merah seperti darah atau buluh bertemu ruas yang berpenunggu...nanti-nanti aku akan kupas cerita-cerita ini.aku kat dalam kereta ni....on the away ke semenyih..huhuhu.terer aku kat dalam kete pun boleh hupdate blog.

July 7, 2009

batu ular....

hari ni aku nak ke semenyih atas urusan perniagaan aku...mintak-mintak semuanya berjalan lancar lah. susah nak dapat ofer macam ni...so aku tak kisah lah nak berletih-letihan macam ni.untuk masa depan anak-anak aku juga...korang doa kan lah ye.usaha aku ni berbaloi.
hari ni aku nak cerita tentang batu geliga ular...
aku ingat lagi masa tu aku mengikut ayah aku mengutip getah buku..(sekerap)...aku duduk berehat bila semua kerja selesai.matahari sudah terpacak di atas kepala...dari jauh aku melihat ayah aku menghalau sesuatu dengan kayu. aku biarkan sahaja...aku tak lah menyangka yang bukan-bukan.sehingga lah ayah aaku datang kepadaku dan menunjukan sebiji batu berwarna hitam..bulat.
"tengok ni long..."sambil ayah aku menunjukan batu tersebut.
"tadi ada dua ekor ular macam berebut kan batu ni...bergaduh,bergumpal"
"itu yang ayah halau...batu ni pula ada di antara ular tu..."
"ular apa yah.."
"tedung hitam...ada dua ekor."
ayah aku menyimpan batu tersebut...sehinggalah satu hari dia di datangi mimpi. seorang tua memberi tahu..batu ini ada penjaganya...kalau terkena bisa letak kan batu tersebut di tempat yang sakit..."
memang ayah aku mencubanya...sewaktu dia terkena sengat ikan keli. terasa sejuk menyerap. dan rasa sakit hilang..
agak lama batu itu berada di dalam simpanan ayah aku apabila batu itu tiba-tiba menghilang.tak tahu kemana.sudah puas ayah aku mencari tetapi tidak berjumpa.

July 6, 2009

gadis berbaju merah!

korang ingat tak pasal perempuan berbaju merah yang muncul di lebuhraya bulan lepas...aku nak cerita juga pasal gadis berbaju merah ini...beza nya gadis ini adalah gadis berketurunan cina yang memakai baju pengantin berwarna merah..
ini kisah bangcik jugak....yang suka balik lewat malam. dari sebuah pekan bangcik terpaksa melalui sebuah perkuburan cina di tepi jalan...selalu okey jer,dah nasib dia nak kena malam tu.dari jauh kereta mr.bean bangcik sudah menyuluh objek gadis berbaju merah
didalam hati.."apa lah pompuan ni buat tengahmalam buta ni..kat kubur pulak tu..."
waktu itu dia sudah terlalu dekat dengan perempuan tersebut.
sebaik habis hatinya berkata..perempuan tadi terbang melayang terus hilang.
al kisahnya di tempat itu lah perempuan cina itu mati di langgar kereta...sewaktu melintas jalan untuk melawat kubur seseorang...
tidak lama selepas peristiwa itu...bangcik melanggar seorang warga indonesia..meninggal kawan tu kena langgar dengan kereta mini bangcik...kata bangcik "malang terjumpa hantu cina ni..."
nasib dah nak kena....

lembu punya hal!

aku gembira sangat bila sepupu aku bagi sepasang baju kurung yang berwarna-warni.sempat lah aku pakai sekali...sebab lepas tu aku langsung tak tergamak nak pakai sebab....pagi tu aku ampai baju kurung aku kat bawah pokok kelapa.kebetulan pulak mak sedara aku tambat lembu dia dekat pokok belimbing..dekat lah dengan kain baju yang aku ampai tu. aku tak lah fikir yang lembu tu akan berkenan dengan baju kurung aku tu.....memang baju tu cantik.aku suka sangat...kain sutera pulak tu.al kisah nya..si lembu tadi pun aku rasa dia suka jugak dengan baju tu...selamba di aje gi kat baju aku tu kunyah tangan baju tu....apa dia ingat rumput ke...aku perhatikan aje.sebab aku takut nak rentap baju tu. kunyah punya kunyah...dia luah kan balik.kesian baju aku...tak lah koyak tapi kecut.nak gosok pun tak boleh dah...sudahnya aku bakar baju tu...
dah lah sakit hati baju jadi macam tu aku ambik keputusan nak balik rumah mak aku. perjalanan dari seremban ke Kuala Pilah memang agak lama dengan menaiki bas..tapi tak pe aku suka sebab pemandangan kat kampung-kampung tu memang menarik...bas berhenti kat sebuah kampung.sebab ada makcik tengah naik...aku terpandang sekor lembu sedang asyik mengunyah rumput...laaaa....satu hal lagi terjadi di sebabkan lembu ni.ada ke patut lembu tu pakai coli wane merah kat tanduk dia...ntah sape punya coli ntah dia rembat.
"lembu pun pandai pakai coli..." jerit makcik kat belakang aku. apa lagi satu bas gelak.terhibur jugak hati aku walaupun ia sangat lah tak patut...pengajaran nya jangan lah ampai baju atau coli bersepah kat kampung yang ada lembu..nak pulak wane terang macam tu.gerenti dia curi...

July 5, 2009

keletihan...dan buah durian

ingatkan hujung minggu ni aku betul-betul nak rest...sebab start esok aku dah busy balik dan terpaksa keluar outstation..tapi anak gadis aku pulak buat hal tak nak tido. lepas tu asyik bergaduh dengan sepupunya yang jarang-jarang balik ke kampung ni...tak kisah lah budak-budak.baru aku nak lelap kan mata..datang pulak rombongan dari pulau indah..kawan-adik-adik aku.diaorang datang sebab ada kenduri kawen . terlanjur dah datang tu mereka kami hidangkan dengan buah rambutan,manggis dan durian.kalau korang datang pun ini lah yang akan aku hidangkan kat korang....selain dari nasi..
memang best dua tiga hari lepas mak aku tanak pulut. dia masak kuah durian..selera pulak aku makan pulut. lepas tu mengidap lah.keletihan,mengantuk...semua nya ada.buah durian punya pasal...
bila bercerita pasal buah durian aku teringat masa aku sekolah. aku suka ikut pakcik aku masuk ke hutan . selalu nya menghantar student buat research tentang akar kayu...aku pernah kuis tahi gaji selonggok besar...kuis-kuis terjumpa buah durian di dalam lomggokan tahi gajah itu. aku pun pelik..macam mana gajah tu makan sebijik durian tanpa tekak nya terluka.?..
pakcik aku mengajak aku mengintai gajah liar dari jauh.memang bahaya tapi adventure..best.
aku pun tengok dari jarak 20 meter di sebalik belukar...gajah golekkan durian itu di atas daun-daun kering..sehingga tebal dan hilang durinya.and then dia angkat dengan belalainya dan...ngup...!sedap jer dia telan.kalau korang nak tahu...orang asli selalu tunggu gajah tu kuar kan balik buah tu...dan kutip time tahi tu masih berasap..ish..tak tergamak aku nak makan tapi diorang selamba aje...tahi gajah tu bukan lah busuk pun melainkan bau rumput fresh...kalau tunggu lama sikit muncul lah cacing besar kelingking aku(..makluman kelingking aku kurus keding)...sebenarnya kawasan rumah aku dekat banjaran titwangsa...berhampiran dengan hutan simpan negeri pahang...kalau nak gi taman negara pahang..dekat lah jugak dengan rumah aku nih...masuk hutan memang kegemaran aku.sape nak ikut aku gi jungle tracking kat hutan simpan bera minggu depan?...jom....

hantu gembira!...

hantu lagi!...hehehe.kali ni aku kutip cerita sepupu aku.abang adi...atau lebih senang aku panggil bangcik.
bangcik bekerja di bangi...di sebuah kilang elektronik yang terkenal di sekitar bangi. sebagai pekerja kilang bangcik memang rajin balik malam...atas alasan ot atau pun giliran shif nya habis waktu malam.bangcik memang rajin bekerja maklum lah beliau tidak mempunyai tanggungan...jadi sebahagian masa nya di habiskan dengan bekerja.
suatu hari bangcik pulang awal pagi..jam satu pagi kerana terkandas di dalam hujan.terpaksa lah dia menunggu hujan berhenti...
dia pun pulang apabila hujan sudah berhenti..sampai di satu kawasan yang di nama kan bukit kota...(di situ memang ada satu kawasan perkuburan lama di tepi jalan)selama hari ini tak pernah dia merasa takut sebab dia memang bukan seorang yang penakut...
gedebum...!!moto nya terlambung. dia jatuh diatas jalan raye...ada pokok tumbang melintang jalan.
"pap!pap!pap....."bunyi orang bertepuk tangan.
"hik!hik!hik.."
"pap!pap!pap!"....
"hik!hik!hik!..."
entah dari mana datang nya kudrat.bangcik mengangkat moto gp nya melintas pokok.tak mahu pulak di start.lantas dia menolak moto nya di dalam keadaan tergigil-gigil. apabila sudah agak jauh..dia mencuba sekali lagi start moto. alhamdullilah hidup pula..apa lagi dia pun memecut laju.
esoknya..."ko tak keja bangcik..."
"tak...demam".
"bangcik kau kena sorak dek orang bukit malam tadi. tepuk tangan. kena gelak sebab jatuh"...
itu bukan lagi kelakar sebaliknya menakutkan aku....

July 3, 2009

hasil siasatan aku...

korang ni lebih gemar kan cerita hantu dari aku bercerita tentang bisnes aku ni kan...tak apa lah.dalam kesibukan aku ni aku tetap jalan kan siasatan.on the way aku turun kan kawan aku tadi sempat lah aku temuramah budak bujang yang tengah terbaring kat atas kerusi. dengan muka makan tak sudah...sebab takut.
menurut ceritanya...."saya ingat mak buang sampah. saya pergi lah dekat-dekat.sekali tengok muka seram kak...apa lagi.moto pun terus turun ke bawah.saya lupa brek kat kaki.tu yang terus langgar pintu"...
"apa dia buat?"...
"dia melambai kak..pakai jubah putih."
"dah ramai orang jumpa kat sekitar rumah ni..."
aku iya kan sahaja...aku masuk ke dalam rumah kenalan aku itu.aku terpandang bingkai cermin.seram sejuk terasa...bulu roma berdiri.darah mula menyerbu ke muka.panas...memang rumah ni laluan dia...terutama nya dekat cermin tadi.
"makcik alihkan cermin ni...sebelum ada yang mati terkejut nampak sesuatu kat dalam cermin ni.."
"kenapa?"
"entah lah makcik...ini memang laluan dia."
"dah ramai orang nampak jelmaan ni sejak makcik...bla..bla..bla meninggal beberapa bulan lepas."
" dekat simpang jalan...dekat bawah lampu.semua nya terjadi macam ada sesuatu yang tinggal.mencari-cari sesautu.."
" boleh jadi juga cik...orang dulu-dulu biasa lah.kita bukan tahu ilmu mereka ni.."
hasil kajian aku dekat rumah makcik ni..memang rumah nya termasuk dalam laluan mahluk halus.aku boleh melihat bayangan melintas di cermin tersebut...ish..tegak bulu roma aku....takut plak aku di buatnya...

dia melambai....!!

aku baru balik dari mengutip durian pagi tadi bila kawan aku datang dan mengajak aku melihat adiknya di rumah emak nya yang tidak berapa jauh dari rumah aku.
"kenapa adik kau zie...?"
"langgar pintu...ketakutan"
"takut apa..."
"entah lah kak ada benda mengacau dia.melambai kat tepi peti pos menurun bukit rumah kitaorang"
"owh....saja lah nak kacau tu"
"sebelum ni ada gak dia jumpa benda tu mencangkung kat tepi pokok bunga tapi tak pulak dia rasa takut sebab tak fikir benda tu..kali ni memang dia takut lah tu.sampai roboh pintu rumah dia langgar dengan moto dia.."
nasib baik adik kawan aku tak cedera. sengaja dia mengajak aku ke sana sebab dia tahu aku suka menyiasat benda macam ni...
so petang ni aku nak gi menyiasat perkara tersebut. menurut kata kawan aku kat dalam rumah dia pun ada benda merupai perempuan berbaju putih ,berambut panjang.tetapi aku sudah dapat agak dan bayangan benda itu..apakah dia.
petang nanti aku pergi...malam nanti aku crita kat korang erk...

July 2, 2009

mood tak bagus!

internet gila.broadband yang selalu memberi aku masaalah. bila dah tak ada internet semua keja aku terbantut. aku duduk macam orang bodoh kat depan laptop ni.rasa macam nak makan dan buat macam -macam kat broadband ni termasuk rasa nak kunyah...bla..bla..bla..bla
nak guna tmnet aku pun...tak boleh sebab nya aku lupa bayar bil.jadi telefon hanya incoming kol sahaja. fuh! terbakar nyawa aku dibuat nya...nasib baik astro kol suh settle kan bill kalau tak astro pun blank...ini semua sebab jam aku dah jadi 28 jam sehari. sibuk itu ini,kehulu kehilir. jumpa orang tu,jumpa orang ni...semua jadi blur. padan muka ko ida...aku nak berehat lah seketika...hubby aku pun dah bising.
sudah-sudah lah cari duit tu ibu....duit bukan boleh beli anak dengan suami pun....memaksa aku menutup komputer dan duduk di sebelahnya tengok cerita hantu kereta mengarai kat astro....ceh!aku rasa macam aku nka jadi hantu lak...kunyah broadband ni kan!

July 1, 2009

i am back...

ada jugak erk yang sudi cari aku kat blog aku nih...dah dua tiga hari aku tak hupdate sebab aku di landa bz tahap gaban. sampai tak sempat nak hupdate, ini pun aku hupdate dari workshop.tengah repair keta aku yang meragam macam ibu tengah mengandung nih.tukar mounting depan belakang, servis...buat aligment.kopak duit aku rm500 gak lah..sambail tu shopping kain nak buat baju kurung dan baju melayu.bulan depan dah puasa jadi aku tak kuasa lah nak beramai-ramai kat kedai kain tu.
sape rindu aku tu?..aku nak gi tengok tranfomers jap..kat panggung.nanti aku akan kembali dengan cerita hantu aku yang lebih seram...

June 27, 2009

"Pakcik" kembali!

Peristiwa malam tadi….aku lena tidur seawal jam 11 malam aku sudah tertidur. Rasa sudah terlalu lama aku tidur.tiba-tiba aku di kejutkan oleh ‘pakcik’..dia memandang aku dan meletak jari ke bibirnya isyarat diam.aku berdiam diri…terkaku.sudah terlalu lama pakcik ini menghilangkan diri.tidak pula aku bertanya kemana dia pergi setelah lebih setahun ia tidak datang menziarahi aku.
Tiba-tiba aku mendengar grill pintu di gegar seolah-olah ada orang mahu menceroboh masuk ke rumah aku. Dan kemudian kedengaran bunyi tapak kaki mengelilingi rumah. Cepat-cepat aku bangun dan membuka tingkap tetapi aku tidak Nampak sesiapa pun di halaman rumah. Aku terasa ingin keluar menjengah kerana pakcik berdiri di belakang kereta..memang lah aku tak Nampak jika ada orang berdiri di belakang kereta tersebut.
Sah lah pencuri ni…di dalam hati aku berkata. Kerana tidak lama kemudian aku mendengar bunyi Hp tidak jauh dari rumah aku. Dah tengahmalam ni mana ada orang berjalan lagi hantu adalahAku tak hirau kan pencuri tersebut. Sebab aku tahu gerenti dia dah lari bila aku mula mengejutkan hubby aku. Yang aku kisah kan pakcik tadi. Sudah terlalu lama dia menghilang. Tak sempat aku mahu bertanya kemana dia pergi selama ini…dia hilang lagi tanpa berkata apa-apa. Balik rumah dialah tu agak nya.
Percaya lah selepas ini aku akan alami sekali lagi…tanda-tanda sesuatu peristiwa akan berlaku. Dan sah lah selepas ini tidur aku tak akan lena. Bila pakcik dah mula datang hidup misteri aku akan bermula lagi. Dan lepas ini…apa lagi pula yang akan berlaku.sebelum dia pergi sempat dia berpesan…jangan alpa!
Memang aku terasa…sebab aku dah mula terlupa banyak perkara. Solat aku hanya yang wajib. Yang sunat nya sudah hilang dek kesuntukan masa. Aku dah tak rajin berpuasa sunat. Kadang-kadang aku leka dan melengah kan solat. Ya! Pakcik hanya sebahagian dari mahluk Allah yang mengingatkan kelalaian aku terhadapa tanggungjawab aku sebagai muslimah.