BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

March 21, 2009

tafsir kan untuk aku....!!!!


tengok pada imej yang aku bulat kan...gambar ni aku ambil masa aku dalam perjalanan ke kuala Lumpur.kebetulan suami aku berhenti dekat selekoh ini kerana anak aku nak terkencing.aku memang tahu kisah bukit ini...jalan di antara bukit ini tidak dapat di sudah kan kerana masaalah teknikal yang menyebabkan kerugian...aku tidak tahu kenapa...tetapi menurut mereka yang tahu sejarah kawasan ini,kawasan ini memang keras.menjadi tempat mahkluk halus bergelandangan...pernah orang terserempak satu lembaga merah melintasi jalandan juga orang tiada kepala(menurut sumber..disini pernah terjadi kemalangan dimana kepala mangsa terputus)....kawasan ini sebenar nye adalah lokasi yang kerap terjadi kemalangan..tengok-tengok lah apa yang aku tangkap tu...hantu ke orang...sebab aku memang pasti tiada orang masa ini apa yang aku nampak hanya penghadang jalan yang berwarna hitam putih.aku tak nampak pun benda alah ni...tolong tafsirkan untuk aku!

Huru Hara...

macam mana aku nak cakap...aku kesian dengan diri aku sendiri.ye lah!aku faham bukan semua kehendak kita mampu kita penuhi...sama macam minat kita terhadap sesuatu.belum tentu minat kita akan mampu memenuhi tuntutan naluri kita.
aku suka jadi pemimpin pada adik-adik belia aku yang ada di bawah aku dan ahli majlis tertinggi yang lain..walaupun aku tak mampu memimpin diaorang sepenuhnye tetapi aku puas sebab aku mampu menjana sedikit minda mereka dan mempositif kan fikiran aku sendiri...
namun huru hara yang terjadi dua tiga hari ini...dan selepas mamat(pengerusi belia) kami menghadiri Majlis Belia Felda Malaysia di Putrajaya memang menyekat sedikit kepositifan aku terhadap adik-adik yang lain.
kami diganggu secara psikologi dengan panggilan yang memual kan...di tambah pula dengan apa yang terjadi di kawasan kampung baru-baru ini..memalukan bila membaca sendiri tentang keburukan kampung sendiri di dalam suratkabo...apa motif orang tu? apa motif dia berkata..."macam ni lah,dari korang buat sendiri lebih baik korang ikut jer bapak"...
berdesing telinga dengar....boleh kalau nak ikut tapi dengan syarat...bagi peruntukan 300k tu balik pada persatuan...boleh ke dia buat macam tu?tentu tak boleh sebab dah di laburkan dan pelaburan nye dah hancus!...dia memang berjaya memuak kan orang kampung dan belia....
dan aku...tak nak blah dari kampung ni tanpa meninggal kan apa-apa untuk adik yang lain.setidak-tidak nye aku nak latih diaorang ict sementara aku mampu meberi secara percuma...dan aku akan mula kan hari ni.....

March 20, 2009

Lama Aku Hilang....!

Lama aku tak update blog(lama lah 4 hari tu sebab aku memang rajin update) huhuhu...aku kemana ye..?aku menguruskan hal dengan lawyer..nanti aku akan duk dekat dengan chiddan ,dengan atan dan dengan dak apisz...ATAN NANTI DATANG MAKAN KAT UMAH BARU AKAK KAT BERANANG!...
itu lah keputusan aku setakat ni...bukan tanah yang menjadi pilihan sebab aku ada rancangan dengan ibu chiddan..kitaorang nak setup DCL(alang...nanti balik jgn lupa projek Restaurant tu...)di samping aku akan mengembangkan bakat aku..stelah aku menghabiskan masa di FINAS dahulu....jadi apa ye..? dulu-dulu kerja aku conteng muka orang jadi aku akan start balik lah...sayang pulak rasa nye bakat aku terbuang begitu sahaja....semuanye masih dalam perancangan.insyaallah,doa kan lah ye...

March 15, 2009

Yang mana satu...?

TANAH DAN RUMAH atau RUMAH TERES TIGA BILIK?

TANAH DAN RUMAH...di jual pada harga RM30K..rumah satu bilik sederhana besar,dengan tanah 1 ekar(bukan hektar)...dalam suasana kampung,agak terpencil tetapi ada kemudahan..aku suka tanah ni tapi suami aku dan keluarga nye tak mahu kami duduk jauh terpencil dari mereka..kalau boleh nak duduk bandar macam mereka jugak.aku tak suka sebab aku memang suka kesunyian dan kedamaian...

RUMAH TERES TIGA BILIK...suami aku memang suka sesangat..di daerah Nilai.Berharga RM50K tapi tak ada tanah hanya rumah(dapat murah sebab pak sedara yang nak jual)..esok (isnin)nak gi tengok rumah.Entah lah aku tak tahu nak buat pilihan...aku buntu,buntu...tolong aku bagi cadangan? sudah nye aku beli jer apartment...orang susah nak datang sebab tinggi.privacy gak aku dengan keluarga aku..amacam?...