BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 23, 2009

Cerita Masa Sekolah

Terima kasih pada cikgu Hanafi yang aku jumpa secara tak sengaja masa aku jalan-jalan dekat mr.google.Ternyata cikgu ini mengingatkan aku kembali nostalgia zaman sekolah aku dulu.Murid yang biasa-biasa sahaja..tak terkenal di kalangan pelajar lain.Mana kan tidak aku ni kecik.kurus kering pulak..mana lah nak top...ehehehe..
Sekolah aku Sek.Men.(F) Palong4...aku hanya bersekolah di situ apabila aku masuk tingkatan dua.masa tingkatan 1 aku bersekolah di lenggeng....
Teringat aku pada kawan baik aku..Ramlah Burok,adik pada Zaidi Burok(scubajeff.blogspot.com),dari sehari ke sehari aku nak contact tapi tak ada masa yang mencukupi.Teringat juga kawan-kawan yang lain...mona(kali terakhir aku jumpa masa aku kerja di Desa Pandan.),aspalela,roslan mulup,norimyazmi,norazlina...dan ramai lagi.Termasuk lah Guru-guru kesayangan aku dulu...Cikgu Sabariah,cikgu Wan Adnan,cikgu Amran,cikguHanafi,cikgu kay(kamariah) dan semua yang pernah mengajar aku...
Kenapa aku teringat mereka semua..sebab sebentar tadi aku baru sahaja menonton cerita Petai untuk cikgu..yang menyebab kan airmata aku mengalir tiba-tiba...pagi-pagi aku dah mengalirkan airmata.Bila aku menjadi pendidik walaupun bukan cikgu formal..sebagai Cikgu IT aku tahu memang susah nak mengajar orang jadi pandai.Murid aku pulak bukan yang kecik-kecik tetapi yang dah tua dan tak kenal apa itu IT..cabaran yang maha besar bagi aku...bagaimana cikgu aku dulu menghadapi kerenah anak murid mereka agaknya..?Tak dapat aku bayangkan...kenakalan kami terutama nya.Pantang cikgu tak ada..macam ayam terlepas dari sangkar sahaja layaknya.Bila nampak cikgu datang dari jauh..semua dah senyap.Apapun 5PK4...tetap dalam ingatan aku

May 22, 2009

Pagi ni aku senang hati so...


aku jawab tag sulela..sebab aku senang hati sikit pagi ni...
1) Copy award di atas untuk di letak kan di blog anda
Lela..dah nampak award tu..?pagi-pagi buta aku dah tempek kat blog aku...
2)Nyata kan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini
~ aku kenal kat dalam forum utusan
~aku suka baca blog ilmiah dia
~kitaorang macam dah di jodohkan bersama sebab ada banyak sangat persamaan
~cepat mesra walaupun dia tak kenal aku lansung dan aku tak kenal dia pun..hehehehe
~janji dia peminat Ramlee Awang Murshid kan lela kan...
3)Setiap Blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
~ Aku?sempoi...sederhana...
~Aku?Gila sangat dengan Ramlee Awang Murshid
~Aku? suka bercakap benda yang aku rasa betul aje..
~Aku?Tak suka duduk dengan kaum ibu yang suka jaga tepi kain orang
~Aku?Dunia aku komputer dan buku..Gila laptop dengan buku tahap gaban
~Aku?Teringin sangat nak menulis novel tapi tak ada masa
~Aku? hehehe suka mancing walaupun aku tak suka pegang umpan(suami aku tolong)
~Aku?Pentingkan keluarga aku..dan kawan-kawan yang aku rasa sesuai dengan jiwa aku
~Aku?Suka buat kerja amal..aku suka baca kisah politik,cerita-cerita nabi , sejarah dan misteri
~Aku?Tak suka emas,tak suka manusia gila dunia.
4)Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka...
~ Tak nak pilih sesapa...tapi kalau ada sesiapa masuk blog aku ,sila lah copy awrd ni tampal jer macam aku tampal award dari PJ kat tepi tu,buat kenangan..hahahaha..sebab mereka ni semua kawan aku,ada ciri-ciri tersendiri yang sangat aku hargai...

May 21, 2009

ANDAI AKU MAMPU...

Andai aku mampu...
Aku ingin mendakap mu...
menyentuh hati mu..
seperti dulu...
Andai aku mampu mengundur masa...
aku ingin lena di dakap mu...
aku ingin sentiasa di sampingmu...
memintal bebuih kasih..
menyulam bebenang cinta...
menjahit carikan rindu..
agar mampu aku jadikan hamparan...
paling istimewa buat mu...
dia yang telah tiada...
abadi dijiwa.....

HILANG LAGI....


Nak jer aku jadi harimau...pergi kerkah manusia durjana itu. Kali ni kat depan mata aku sendiri pun boleh kena cilok.padahal aku hanya melangkah tak sampai seminit bergerak daripada hp aku ni...aku boleh syak di antara 6 orang yang duduk dekat aku tu siapa yang punye kerja.siap lah diaorang.tunggu aje taring aku keluar.budak-budak punye kerja...angin aku dengan diaorang ni.dah lah aku bagi ilmu iklas nak bagi diaorang pandai.diaorang tikam belakang aku lak...habis harta aku diorang kebas...bukan setakat tu aje.alas meja yang baru semalam aku lekat kan kat meja pun dia toreh bagi koyak...nak cakap kang budak kecik,tak ada akal...tapi kalau budak kecik tak di ajar bila pulak lagi aku anak mengajar.tak apa...jap lagi petang kang...mak bapak diorang datang aku buat shortmeeting..anak sapa yang terkena,jangan nak marah aku pulak...hangin aku...dalam masa dua bulan ni 2 bijik hp aku ilang.apa ingat aku orang kaye ke?kalau tiap-tiap bulan ilang,tauke babi pun bangkrup....memang salah mak diaorang mengandung lah ni...tak tahu didik anak,ke anak dia memang kaki pencuri..siap lah diaorang!

May 20, 2009

Tetamu tak di undang


Hari ni aku cukup berkobar-kobar nak pergi pejabat sebab bos(pengurus felda palong7).encik roslan mengotakan janji nya nak repair opis aku.Seawal jam 8 pagi aku dah terpacak depan opis aku...selalu nya paling awal aku gi pejabat pukul 10.00...
Aku pergi kebelakang..sebab aku memang kena buka pintu belakang dulu kalau nak masuk opis. baru jer aku coner kat sudut bangunan opis aku , aku dah nampak dah benda alah ni...besar giler kau!ada lah sebesar anak aku tinggi nya. berat nya mungkin 60 ke 70 kilo. dah tu siap dengan family dia sekali jadi tetamu betul-betul kat pintu opis aku. sempat pulak dia pandang aku tu...dengan taring mak dia..mak aii!panjang tol taringnya.
ada lah lima enam ekor dia makan angin kat belakang tu...opis aku ni cantik tapi semak sikit kat belah belakangnya.sebelah jer dengan pejabat felda..maklum lah aku kerja kat mini dewan felda ni...kat belakang ni ada gelanggang futsal dengan takraw...pun dia berani gak makan angin kat situ. pelik nya bila aku panggil apek penembak babi utan ni...haram kot dia jumpa melain kan jejak aje yang ada.pandai betul dia menghaibkan diri.

May 18, 2009

ribut...


dah beberapa hari ni palong memang di landa hujan dan angin yang sangat kencang...maklum lah pokok getah dah tak ada untuk menjadi pelindung bagi kelompok perumahan aku ni...
ini pun nak hujan lagi...kain baju tak kering lagi nih...awan mendung dah kelihatan.aku masih berinternet lagi.tak reti-reti nak balik.suami aku pun dah kol..."nak hujan lebat ni...balik lah."...basah tu no hal..takut jugak ada pokok tumbang .hari tu pokok petai kat belakang rumah aku dah tumbang dek angin...rumah felda macam ni lah rupenya..mcm mana tak rebah di pukul angin kuat. dulu aku duduk rumah macam nilah...sebijik(gambar aku ambik kat google.sekarang ni susah dah jumpa rumah macam ni...tapi kukuh macam mana pun rumah minggu lepas berterabur jugak atap zink atas jalan.akibat pukulan angin..angin masa ia bertiup sepoi-sepoi bahasa memang nyaman.cuba dah laju..terbalik semua nya...takut au ribut..nak balik lah dulu....

Tolong orang!

jumaat malam sabtu aku ke pekan gemas mengambil anak angkat mak aku baru sampai dari johor.keretaapi sampai lewat sepatutnya jam 6 petang tetapi terlewat hingga 6.30 petang.sempat lah aku duk melepak kat restaurant stesen tu..pekena roti canai dan milo tabur.okey lah jugak makan kat situ.
selepas maghrib aku dan suami serta anak-anak bertolak pulang.hari hujan renyai-renyai...suami aku pun slow jer macam siput bawak kereta.mata dia tak berapa sangat bawa keta malam-malam ni...tiba di satu selekoh dari jauh aku boleh nampak percikan api,dan lampu moto tiba-tiba terpadam.sah..!jatuh.
aku dan suami memberhenti kan kereta dan aku cepat-cepat berlari turun nak tolong kakak yang dah terduduk kat tengah jalan...kereta pulak laju-laju dari kedua-dua arah.dalam gelap dan berhujan aku membantu kakak tersebut ketepi sementara suami aku menolong suami nya mengangkat moto.terlanggar anjing rupanya...
suami kakak tu okey tak ada apa-apa.tapi isterinya terkopak gak lah kulit tangan hingga menampakan tulang jari kelinking nya.putih aje...takut lak aku.
selepas JPA datang dengan ambulan nya aku dan suami bergerak balik.ngeri pulak mengingatkan tangan kakak tu..nak jer aku tanya sakit ke kak?tapi aku tak sampai hati sebab dia pitam tiba-tiba.nasib baik aku tak pitam....