BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 30, 2009

AWAS!JANGAN GUNA HP MALAM-MALAM

malam tadi....hp aku berbunyi...aku tengok nama yang tertera..oh akak! so aku pun angkat.dalam masa yang sama hubby aku menempel kat aku pasang telinga...dengar perbualan aku dengan kawan aku....
kitaorang pun berborak lah..agak lama juga.tiba-tiba....

"eh kak...ko dengar suara orang berbisik tak..?"
"mana ada...."
" eh kak...kuat nya,off dulu....takut lak dengar."
"Ye lah...kau ni buat seram aku jer.."

Aku tengok jam...tepat jam 12 malam.ah! sudah...kami sambung sms pulak...

"siapa tu kak..."
" entah.aku ingat antu.."
"kuat kak dia berbisik..."
"dia cakap ape da.."
" tak clear lah kak...suara akak pun kuat gak.."
"akak rasa ada mende ikut akak balik lah , akak baru balik rewang ni..ko kan mistik"
"huby aku dengar ko macam kat dalam utan lak kak...aku tak dengar lak.tak ada lak dengar mcam ko kat dalam utan.."
"bila ko cakap cam tu meremang bulu roma aku...terloncat aku masuk rumah...aku kat luar ni"
" iye kak...aku pun takut ni.."
"apa tu kak..orang ke antu..?"
terus akak tu tak jawap...aku pun berbual dengan hubby aku..sampai pagi ni..aku masih confuse lagi...
memang jelas di telinga aku bunyi suara lelaki berbisik kuat...dalam masa yang sama akak tu tak dengar suara aku...

HP AKU ADA HANTU KE..? ISH.....

May 29, 2009

Aku merancang begini...

Pertama
aku dah intai kat celcom...macam mana nak menjadi dealer celcom...jual toup je.tempat nya dekat rumah baru aku..sebab kat situ aku tengok nak beli toup celcom punya lah susah

Kedua
aku nak buka cyber cafe..yang ala-ala kopitiam.sambil orang serve internet diorang boleh minum,minuman ringan...kedai ni aku dah plan nak bagi husband aku jaga....

Ketiga...
Aku nak guna sedikit sudut dekat kedai ibu shidan untuk buat salon kecantikan menggunakan produk yang aku dah servey sebulan yang lalu

Ke empat...
aku nak join uptrend networking.sapa-sapa nak join aku boleh ikut.cara buat duit dengan mengguna kan budi bicara kita sahaja...

perkara pertama dan kedua...aku bagi suami aku buat...biar dia pulak pandai berblogger.jaga cc,jaga kedai toup.jaga aje...lepas tutup kedai aku akan close akaun dia untuk sehari tu..kira aku praktik kan apa yang aku dah belajar...

perkara ketiga dan kempat...aku akan buat sendiri dengan ibu shidan.

sekarang ni aku nak tanya korang....OKEY TAK PERANCANGAN AKU.
duit aku tak ada masaalah.....pendapat korang?

Kenapa?...

aku tak ada cerita hari ni.....sebab aku masih terkesima dengan kata-kata hubby aku tadi

" Ayah wasiatkan rumah baru kita nanti kat ibu..."
"Ayah rasa..ayah ni tak lama lagi dah..."

zuppp!terus jantung aku berdenyut laju.kenapa dia hari ini....?
nampak lain macam aje...mengadu sakit kepala,sakit perut.....
sampai ni aku terfikir lagi....kenapa?

May 28, 2009

Adoi!Apa cerita ni....

adoi la...apasal leh jadi lagu ni...nak tak nak aku terpaksa tempek gak benda ni kat blog aku dengan rasa yang tidak lah teramat bangga nya.
suka hati ko ye mamai....oren apa tah lagi..tak pe...tak pe...rugi secawan milo tabur dan semangkuk cococrunch aku...geram..mengantuk jer dapat.

apa barang lah 2....0 ni.angin aku angin...mood gi keja terus tak ceria.cam hampes!
dan menambah sakit jiwa aku..

" Along...apa barang MU ko...2..0 beb!tak leh tahan"

Aku menyampah...mood aku tak elok hari ni.so mamai...ke oren ke..kalau korang tambah mood tak baik aku...siap korang....

Oh!My darling Cristiano ronaldo..kenapa ko jadi macam ni...apasal ko tak pandai lak main bola malam tadi....

May 27, 2009

BARCELONA?atau MENCHESTER UNITED?...


Final Rome 2009..akhirnya seperti yang aku jangka...BARCA atau UNITED..mana pilihan korang?
Dengan dua permain terbaik kat dunia ni..Lionel Messi penyerang barcelona dan Cristiano Ronaldo penyerang MAnchester United korang agak siapa lah yang bakal menjulang piala tersebut.

Bagi aku pasukan alex ferguson itu adalah yang terbaik di dunia....di ketuai oleh Rio Ferdinand,dengan rekod menang sebanyak 3 kali (1968,1999,2008) dan dengan barisan permain wayne rooney,park ji sung,cristiano ronaldo,ryan giggs,michael carrick,anderson,john oshea,rio ferdinand,nemanja vidic,patrice avra dan edwin der sar..aku percaya,MU tetap akan mempertahankan kejuaraan mereka....

alamak....adik aku angah peminat BARCA...awal-awal lagi dah sound...ko jangan nak lebih-lebih lak dengan MU ko tu..!hehehehe.Aku tak ada adik lelaki.Aku dengan angah memang Pompuan yang gila bolasepak dan wrestling...di sebab kan suka sangat bola aku pernah teringin nak letak nama anak aku zinaden zidane masa piala dunia 2002 sebab masa tu aku mengandung sulong..pas tu aku teringin plak nak letak nama anak aku wayne rooney masa piala dunia 2006 sebab mengandung anak no.2..dua orang anak aku pun lelaki...apa pun..Wait n seee.....

MU!MU!MU.....

May 26, 2009

Kalau anda OKU

Aku ke pejabat kebajikan masyarakat tadi ambil kad OKU suami aku..sempat jugalah aku bertanya apa keistimewaan kad ini pada pegawai terbabit.Dengan baik hatinya dia bagi aku senarai nya

KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN KEPADA OKU YANG DI SEDIAKAN OLEH AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA

1)Kemudahan pendidikan
2)Kemudahan di dalam aktiviti harian
3)kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan
4)Pengecualian cukai jalan /bayaran lesen memandu
5)Kemudahan pengangkutan awam
6)Kemudahan perumahan
7)Tidak di kenakan bayaran rawatan di hospital kerajaan
8)Pengecualian bayaran dokumen perjalanan
9)Kemudahan peluang kerja
10)Pengecualian 50% duti eksais ke atas kenderaan nasional
11)Pencen terbitan
12)Kemudahan telekom

yang aku paling suka...perkara ke4..tak payah bayar cukai jalan dan lesen memandu suami aku.
Benda ni bukan hubby aku minta,dah nasib dia akan bawa titanium tu dalam kepala dia..nak buat macam mana lagi.sebab-sebab dia di sabitkan OKU itulah...masaalah pembelajaran.Dia memang dah tak boleh buat apa pun.kalau dia membaca dia akan ada masaalah nak mengingati.yang paling aku suka sakat dia masa dia nak baca paper...selalu aku cakap,"tak payah lah baca paper tu ayah...sampai esok pun tak habis baca" sebab dia kena baca pas 10 minit kemudian baru dia boleh tahu apa artikel yang dia baca tu..kan ke lama nak baca satu berita.letih lah aku nak tunggu.bawa kereta pun perlahan macam siput,ikut undang-undang...tak boleh tension,pergerakan kan pun agak lambat 5 saat. kecederaan otak yang agak serius menyebabkan dia jadi pelupa dan kadang-kadang langsung tak ingat.dah 5 tahun ni aku lah jadi mata dan otak nya. sebab itulah..kemana aku pergi ada dia.aku tak pernah berani tinggalkan dia dengan anak-anak sebab dia kalau makan ubat...dia tak kan ingat dunia lagi.anak menangis pun dia tak dengar...

May 25, 2009

Dia....

Aku memang suka sangat memerhatikan dia...biarpun aku tidak berpeluang melihat nya dengan lebih dekat , aku puas kerana aku boleh memandang nya dari kejauhan....
Mencuri pandang pada wajah nya menyemai rindu yang bukan sedikit di hati ku..
Dia menyebab kan aku terigau kan diri nya setiap masa setiap saat..
Menatap wajahnya aku merasa lega...
Aku merasai dunia ini milik aku sahaja..
Aku teringin membelai diri nya,memadu kasih bersama dengan nya..
Menyemai cinta bersama nya selagi ada hayat di badan...
Aku berharap ada jodoh aku bersama dengan nya...
Sayang...bila kah mampu aku miliki mu...?



P/S...dia di atas bukan sesiapa melainkan kereta jenama HONDA idaman aku

Kenapa Begini?....

Kenapa?dalam dunia ni ada juga manusia yang begitu pandai memalukan,menjatuh kan maruah orang lain..bila aku dengar cerita ni aku terasa cerita dari novel-novel yang pernah aku baca benar-benar terjadi dalam kehidupan ini...
Pelamin yang berhias cantik...patut di huni oleh sang putera dan puteri yang sudah di ikat dengan ijab dan qabul terbiar untuk di tonton seribu tetamu yang telah bertandang. Kenduri yang sepatut nya di hiasi dengan paluan kompang akhirnya terbiar sepi tak berirama..
patut kah begini....PENGANTIN LELAKI TAK DATANG!!!!!....
Aku kecewa sangat bila pergi kenduri...tetapi mak pengantin membisik kan kata-kata sadis begitu.Apa dah jadi dengan lelaki keparat itu...sanggup mengaibkan si gadis begitu sekaliDan yang lebih menyedihkan si lelaki sudah meminjam wang si gadis...sebanyakRM20 ribu.Duit lesap dia pun hilang....
Apa nak jadi dengan dunia sekarang?..Aku tak boleh bayangkan hati si gadis,rasanya kalau tidak kuat iman dia boleh terjun lombong..tapi aku dapat melihat wajahnya tetap berseri , mungkin di hatinya terpalit seribu duka..tetapi tak pula ia pertontonkan.aku memang respect si gadis sebab mampu tersenyum dan mempelawa teman-teman nya menjamu selera. Memandang hadiah yang tersusun di satu sudut rumahnya..aku tak boleh nak bayangkan lagi rasa jiwa si gadis.Iklas orang memberi,iklas pula dia menerima...
Peritstiwa ini memang terjadi semalam..ahad 24hb.Mei 2009.yang pasti si gadis akan ingat tarikh keramat ini...dimana maruah nya dipijak-pijak oleh seorang manusia yang tak layak di gelar lelaki. Dari khabar yang aku terima si lelaki ada lah anak seorang imam..bagaimana keadaan ini terjadi?tak dapek den nak koba annn....

May 24, 2009

SIAPA MENANGIS TU...?

Pagi ahad ni aku ada kelas tusyen...jadi berpeluang lah aku duduk mengahadap komputer sebab bahan pun aku dapat dari internet.Tapi aku tak nak cerita pasal tusyen aku pagi ni.Aku nak cerita pasal malam tadi...

Petang semalam aku ke pekan Bahau membeli keperluan anak aku, stok susu dah habis..sambil tu ingat nak tengok wayang anak aku pulak tak nak layan..dia lagi suka main game. sementara aku menunggu hero-hero aku bermain,aku sempat melepak kejap kat kedai buku...rembat jugak lah satu buku..karya mimie afinie,Kalau dah suka tajuknya....

aku start membaca dari pukul 9 malam sehingga lah ke pukul 2.30 pagi..biasalah aku kalau dah dapat buku memang susah nak tinggalkan buku. Sedang aku asyik membaca tiba-tiba aku mendengar seperti suara perempuan menangis sayup-sayup.
aku memberanikan diri mencari dari mana arah suara tersebut datang...aku sangat pasti suara itu datang dari arah pokok durian di sudut rumah jiran sebelah...lama juga mendengar suara tangisan tersebut..tersedu-sedu menangis.di dalam hati aku tertanya-tanya..jiran sebelah bergaduh ke? tak kan lah pagi-pagi buta begini...

setelah agak lama suara tersebut tiba-tiba hilang tetapi berganti dengan hilaian yang agak panjang dan sayup-sayup menghilang.masa tu baru lah aku rasa seram yang amat sangat..masa tu jugak lah aku tiba-tiba mengimbas kembali apa yang pernah aku lihat di bawah pokok durian sebatang itu...memang selalu sangat aku melihat kelibat bebayang hitam melintasi sempadan rumah aku dan jiran aku..boleh dikatakan setiap petang.

tanpa membuang masa aku masuk bilik,nak kejutkan suami aku gerenti dia marah..sebab dia dah cukup berkompromi dengan aku,bagi on lampu sebab aku nak membaca.kalau aku kejutkan gerenti dia akan membebel dengan ayat skema dia...nak tak nak aku tarik selimut terus duduk diam-diam dalam selimut tu.aku tak boleh tidur sampai kesubuh,jangan kata tak boleh tidur nak ke bilik air pun aku takut.terpaksa aku menahan dengan sepenuh perasaan pula...

sehingga kepagi ini aku tertanya-tanya..apakah?atau siapa kah? Yang menangis awal dinihari tersebut...arghhhh...aku sakit kepala gila ni,sebab tak tidur semalaman,nampak nye plan nak cari lubuk haruan dengan suami aku tergendala jugak lah lagi...