BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 19, 2009

santau

"wah!abang..kemain handsome lagi..."
"apa cerita ...dengar dah bercerai dengan..si anu"
Hanya dengan dua baris ayat tersebut..itu pun yang bercakap adalah ayah aku,emak aku menjadi mangsa santau.
setiap hari aku mendengar emak batuk tanpa berhenti.Batuk yang tidak mengeluarkan kahak sedikit pun.Sehingga hilang suara..berbulan lama nya.Ayah memang dah saspek ada yang tak kena.
Ayah sendiri melakukan pengubatan ke atas emak..dengan mengguna kan daun sirih dan bacaan ayat tertentu...santau keluar dari tubuh emak ku seperti kaca di tumbuk halus.dan daun sirih menjadi layu..itu baru sedikit.kalau teruk mahu jugak muntah darah...
aku pernah ke satu tempat di belah utara...terdapat orang mengirim kan santau melalui angin mahu pun makanan.Kalau santau angin memang senang sangat nak terkena.tidak seperti santau makanan.petua mengelak kan santau makanan...sebelum makan rasa lelangit kita dengan lidah.kalau terasa geli...makan lah.tetapi kalau sebaliknya...elak kan.begitu juga minuman...jika kita masih boleh melihat bayang-bayang kita pada permukaan minuman...minum lah.tetapi jika sebaliknya elak kan kerana ia kemungkinan beracun.
elak tidur menyonsang angin..maksud nya kepala di arah kan dari arah angin bertiup.kerana santau angin memang memgikut arah angin...ini petua yang selalu ayah aku bagi tahu.
Bila seseorang pandai menawarkan bisa..jangan bercakap begini..
"aku buat tapai hari ni...atau aku buat tempe hari ni.."
insyaallah tapai atau tempe anda akan di buang ke tanah....sebab nya aku tak tahu...mak aku tak pernah buat tapai sebab memang tak jadi nya.!!!

Al...kisahnya!

Seumur hidup aku...aku tak pernah dapat bunga.korang?mesti lah ada kot...Kenapa aku tak pernah dapat bunga macam kisah cinta dalam filem tu agaknya..teringin juga nak dapat kan bunga tu sekali-sekala..maksud nya orang bagai lah bukan aku gi petik sendiri.
Aku tak pernah pulak rasa nak orang bagi aku hadiah bunga...tetapi semenjak dua menjak ni aku macam teringin pulak.adakah...aku mengidam?...
Tak kan lah aku mengidam pulak..sebab aku cukup arif dengan sikap aku sendiri kalau mengidam tak main lah bunga-bunga ni...aku suka bau tahi lembu dan bau rumput.pernah lah aku curi-curi kunyah rumput tu sikit sebab tak boleh tahan dengan aura dia...(masa aku bunting aje tau...)tahi lembu tu aku tak tergamak nak makan tapi aura dia...pergh....!sedap kalah kan KFC...
berbalik pada bunga...selama hari ni suami aku suka bagi aku barang-barang aje.yang paling mahal jam tangan jenama guess,kasut serta beg bonia..paling mahal lah tu kat aku.tapi aku tak pernah dapat bunga..hatta masa aku duduk kat hospital sekali pun.Aku teringin sangat lah nak tahu..apa rasa nya kalau dapat bunga.nak pulak bunga ros merah macam yang aku suka tu...siapa nak bagi aku bunga..?

June 18, 2009

Apa yang bergayut kat tangan tu...?

Aku menjawab salam yang kedengaran di halaman rumah...siap aku buka pintu dan tinjau.tetapi tiada sesiapa pun di halaman itu...ah!sudah.kalau dah macam ni kejap lagi mesti ada orang datang nak berubat dengan ayahanda ku tersayang.
jangkaan aku benar...selang 30 minit kemudian datang insan dari pahang bertanya kan ayah aku.nak berubat katanya...
"kenapa ni..."ayah aku bertanya
"entah lah mbo...sengal sangat tangan ni.tak boleh di angkat."
Ayah aku mengambil telur ayam kampung lalu di alingkan pada tangan dan bahu hamba allah tadi sambil membaca ayat-ayat al-quran.
aku pula duduk di dapur bersama isteri hamba allah tersebut.
Telur yang telah di alingkan tadi di pecah kan...terdapat bintik-bintik hitam seperti bulu di dalam telur tersebut.setelah selesai...ayah aku meminta hamba allah tadi datang tiga malam berturut-turu.
"apa yang kau nampak tadi long..?"tiba-tiba ayah ku bertanya.
"macam sarang tebuan bergayut dari pangkal lengan ke bawah siku.nampak macam biang pun ada juga.hitam legam."
"bisa...tak sengaja terpegang." itu lah masaalah abang tersebut.
keesokan nya datang lagi hamba allah tersebut.lantas ayah aku melakukan perkara yang sama.kali ini aku duduk di beranda..kerana aku melihat kelibat seorang lelaki mengekori hamba allah tadi.
"bang..abang pernah ambil buluh kat tepi sungai ye...?"aku bertanya tiba-tiba.entah dari mana datang nya idea bertanya.aku pun hanya mengikut gerak hati.
"macam mana along tahu..?memang ada pun...lepas tu lah tangan ni sakit."
"abang terusik barang orang ni...dia buang bisa dekat situ..tak sengaja.tak pe nanti baik lah.."
hamba allah tu pun pelik.dia berubat dengan ayah aku tapi aku pula yang berkata begitu dengan dia...
hamba allah tu sembuh seminggu selepas itu...dia datang balik...bawak kain dengan al quran untuk kami sekeluarga..alhamdullilah.

Gadis itu...

Dia memang cantik...kulit nya halus dan gebu.Bila dia tersenyum malu jelas kelihatan wajahnya merah jambu.lesung pipit di pipinya menambah seri wajah....serta tahi lalat di penghujung bibir sangat manis dan menawan...aku suka gadis itu.


Dengan kebaya longgar yang melekat di tubuh nya dia memang layak aku gelar kan wanita melayu terakhir..memang sopan sangat sesuai dengan diri nya.


Sedang aku asyik memerhatikan nya...tiba-tiba datang dua orang kana-kanak memeluk gadis tadi kiri dan kanan sambil memanggil mama..."owh.dah kawen rupa nya dia tapi dia tidak kelihatan seperti wanita yang sudah berkhawin."...aku melihat lagi.Betapa sabar nya dia melayan anak-anak yang aku kira nakal juga kelihatan...menyuap kan aiskrim...melayan keletah mereka dengan sabar...


"baik sungguh Fatimah..."Makcik sebelah aku berkata.


"baik hati dia melayan anak-anak tiri nya dengan sempurna..besar pahala nya menjaga anak yatim"


"owh..."...berkahwin dengan duda kematian isteri rupa nya.

tidak lama kemudian aku melihat suami nya pula...handsome bergaya.sesuai dengan perwatakan gadis tadi. mereka kelihatan gembira...keluarga bahagia.

persoalan nya...!!! kalau aku jadi Fatimah iklas kah aku menerima anak-anak suaminya itu..?
Iklas kah aku melayan anak-anak tiri ku itu seperti fatimah melayan mereka..?
bahagia kah aku...?
aku tiada jawapan pada keiklasan itu sebab anak-anak aku selalu aku marahi bila diorang nakal tahap ultraman...

June 17, 2009

Aku letih....

Letih betul aku hari ni....semalam balik rumah tengok kain dah sebakul bertimbun nak di lipat(suami aku lah ni rajin sangat basuh kain hari-hari)...anak dara kecik aku pulak meragam seharian .itu tak kena ini nak kena...sudah nya kena selepuk.yang si abang pulak...balik sekolah tak reti-reti nak buka baju sekolah...tahu-tahu dah hilang dengan basikal dia. Yang si debab pulak sibuk mengajak aku ke taman permainan...adoi! letih aku,letih....itu baru tiga orang.itu pun ada hajat nak tambah sorang lagi..bagi cukup quato 4.aduh!..nanti-nanti lah.

antara keluhan seorang ibu bekerja...aku sangat sedar bahawa suami ku itulah surga bagi aku dan anak-anak itu jugalah nyawa aku tetapi sebagai insan biasa aku memang tak reti nak berkata..alhamdullilah di atas kepenatan yang di beri...jadi bagaimana kah aku harus iklas menjadi seorang isteri , ibu dan perempuan?mampu kah aku melangkah ke surga kelak sedangkan aku tak iklas dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai manusia ni...

ada ke perempuan zaman sekarang bukan macam aku?maksud nya menerima sahaja tanpa tercuit sikit pun hatinya...ada?ada ke..?Selain dari wanita zaman rasullullahs.a.w aku rasa spesis wanita macam itu telah lama pupus...contoh nya aku jugak lah.macam aku nak iklas,tak mengeluh penat ni...? cuba korang bagi petua kat aku..?setiap hari aku berdoa...Ya!Allah engkau berikan lah aku kekuatan dalam menghadapi rutin hidup seharian ku..berikan kan lah aku kesabaran,berikan lah aku keiklasan.tapi aku tersasul juga...macam mana?

June 16, 2009

Kenapa aku suka mistik...!!!!

Kenapa aku suka...aku memang suka sejak dulu.hakikatnya semua cerita mistik yang aku tulis,memang aku kutip dari pengalaman hidup aku yang sangat misteri ini.Anugerah Allah...sebab itu aku hidup dalam dunia aku sendiri.Aku ada dunia aku yang bukan semua orang tahu...
Pada permulaan nya aku hanya di ganggu tanpa aku boleh melihat apa yang menganggu aku sehingga lah aku bertemu dengan seorang hamba Allah...
"Kamu memang di beri anugerah untuk melihat sesuatu yang menakutkan...tetapi jika kamu berani insya allah apabila kamu boleh melihat mereka secara terus..tak kan kamu di ganggu.bagi mahluk halus ini jika manusia sudah boleh melihat kelibat mereka maka selama 40 hari celaka lah mereka"..
Elok lah aku panggil hamba Allah itu abang...bila ia melakukan perubatan di kalangang keluarga aku..dia akan memanggil aku.meminta aku melelap kan mata seketika(meminta aku mengahafal ayat-ayat tertentu)dan membuka mata...memang aku boleh melihat mahluk ini bagaikan bayangan di dalam bekas kaca.Pelik tapi itu lah yang benar...ganguan syaitan ada di mana-mana.dan syaitan sangat gemar merupai apa sahaja....amal kan surah-surah yang pernah aku ajar..kerana surah itu melindungi kita bagaikan chaya putih mengekori kita.

dia tunggu aku ke...?

usia kandungan aku sudah pun mencecah ke angka tujuh.dalam keadaan aku yang sarat ni aku memang tak akan pernah reti duduk diam.ada saja kerja aku nak buat..termasuk lah menolong mak mertua aku menjaga suami nya yang sakit terkedang.sudah berbulan beliau sakit...kata doktor strok...tapi entah lah.susah nak cakap sebab aku selalu nampak benda tak elok berhampiran arwah ketika sakit itu...
selesai sembahyang maghrib aku bercadang mahu menjenguk bapa mertua aku.so aku pun buka pintu hadapan..kebetulan memang rumah aku melangkah sikit je dah sampai umah mak mertua aku tu...aku terpaku di garaj kereta...bulu roma aku berdiri.baby didalam juga tak berdiam diri.aku rasa gelisah.dada berdebar-debar...aku pejam kan mata seketika.di dalam hati aku beristifar. aku buka mata...masyaallah,bila pula bapa mertua aku boleh berjalan?bukan kah dia tidak boleh langsung bangun...
aku teringat..mustahil bapa mertua aku boleh berjalan.dalam keadaan berbalut pula dengan kain putih seperti mayat sahaja.aku melihat lagi...mata nya bulat merenung aku.merah...seperti marah.aku teringat lagi..kata-kata abang nazri tentang benda ini...ia memang akan menganggu selagi ia tidak berjaya diperturun kan kepada anak yang terpilih...
telinga aku berdesing...pekak tiba-tiba.aku berdiri tercegat di muka pintu..seolah-olah kaki aku bergantungan benda yang sangat berat.aku di halang masuk...seolah-olah dia memang menanti aku...kemudian aku melihat ia hilang di sebalik dinding wajah nya kelihatan sayu...tidak garang seperti tadi...apa bila ia telah pergi baru lah aku mampu bergerak..selepas dua minggu arwah pergi menyahut panggilan ilahi...dan selepas 44 hari genap baby aku yang kedua lahir kedunia...sesuatu yang sangat kebetulan yang orang lain perasan dan aku sendiri perasan.anak aku mirip dengan arwah datuknya.dan anak aku itu...selalu sangat mendapat gangguan.

setiap kejadian pasti ada sebab nya,dan segalanya adalah kehendak Allah jua..

June 15, 2009

dia tunggu aku ke?.....

Aku terpaksa meminta adik ipar aku menghantar nasi ke tempat kerja aku malam itu...sebab aku tak sempat nak makan sebelum pergi kerja petang tadi...sementara nak tunggu nasi aku gi beli teh tarik kat atas pasar.jam 11 lebih baru adik ipar aku hantar nasi...bawak kereta hubby aku dia parking kat sebelah tol...tempat aku bekerja.
lepas dia hantar nasi dia minta aku menemankan dia ke kereta sebab dia rasa takut dan seram sejuk...aku pun hantar lah dia dengan selambanya menghantar dia pergi.
"orang seram lah kak ida..macam ada benda yang perhati je..."
"tak ada apa pun...dah gi lah balik..."
sedangkan hati aku memang tidak mampu menafikan...bahawa kami memang sedang di perhatikan oleh sesuatu....
selepas adik ipar aku pergi aku pun berpusing...menghadap pokok besar di hadapan aku. entah bagaimana aku terasa ingin sangat memandang ke atas pokok tersebut...aku mengangkat wajah ku mendongak sedikit...
"patut lah...ish.ko ni menakut kan aku aje.." aku berkata-kata begitu di dalam hati.
dengan hati yang bengkak aku berlalu ke tempat kerja aku...
aduh!....ko memang saja cari nahas.
ko memang nak kena....
siap lah kau kejap lagi...aku berdialog sendiri...

"nape kak..macam saspen jer aku tengok ko kak..."
"tu kau pandang kat pokok tu bergayut...cam hampeh!
"apa kak..."
" hantu...."
" ha..akak nampak hantu ke...ish..akak ni."
"cuba ko tengok....ENTAH MAMAT MANA LETAK BAJU BUSUK DIA KAT ATAS POKOK..."
sengaja aku kuat kan suara...bagi sesiapa malaun yang buat kerja tu

isi flyer aku tadi...

NAK JADI JUTAWAN....??!!!BEBAS KAN DIRI ANDA DARI HUTANG!!
NAK JADI BOS,NAK PERGI LUAR NEGERI,NAK MENYIMPAN UNTUK ANAK-ANAK? NAK PERGI HAJI...?SIAPA PUN ANDA,ANDA LAYAK..SMS NAMA ,ALAMAT,NO HP KE.......012XXXXXXX,019XXXXXX
BUKAN SKIM CEPAT KAYA...BUKAN PERNIAGAAN INTERNET HARAM!!!HANYA 15 MINIT ANDA BERPELUANG MERAIH KEUNTUNGAN HINGGA 20 RIBU SEBULAN...


mesti nak tahu kan apa aku buat ni....kat tepi blog aku tu ada logo kuning tu...itu lah yang aku buat..jual barang kesihatan....kerja nya senang..jual air liur.dapat orang membeli dapat duit.dapat orang jadi ahli...dapat duit lagi.orang sehat aku pun sehat..kalau korang nak buat duit..boleh join aku.aku boleh buat table talk..tak kira lah korang kat mana.dapat kat KL lagi bagus....
semalam aku dapat RM sikit.alhamdullilah..sebab ada mak sedara beli 14 kedai..bisnes ni senang.sebab aku kena hadap internet aje.sesekali aku keluar edar kan flyer atau buat direct approach...senang and simple.siap ada laman web sendiri.

sesapa nak cari duit lebih...boleh ikut aku.buat sale gila-gila.

aku kat KBS hari ni...

sempat jugak lah update blog sebelum aku ke KBS dekat jempol..ada karnival usahawan...dan aku pergi sebab nak campak flyer...benda yang tengah aku buat ni...buang sifat malu dan malas aku tu kalau nak mencari duit...walaupun aku bukan hamba duit...ini semua untuk anak-anak aku..jadi kengkawan yang biasa aku terjah blog tu..malam kang aku jejalan kat korang semua..ye...dah dua tiga hari ni tak sempat nak mebaca blog korang semua....
apa ada kat KBS tu...ada menteri besar datang...ada gerai usahawan..sayang nya aku baru tahu semalam.kalau tak boleh jugak aku campak barang aku..untuk di jual...