BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 27, 2009

"Pakcik" kembali!

Peristiwa malam tadi….aku lena tidur seawal jam 11 malam aku sudah tertidur. Rasa sudah terlalu lama aku tidur.tiba-tiba aku di kejutkan oleh ‘pakcik’..dia memandang aku dan meletak jari ke bibirnya isyarat diam.aku berdiam diri…terkaku.sudah terlalu lama pakcik ini menghilangkan diri.tidak pula aku bertanya kemana dia pergi setelah lebih setahun ia tidak datang menziarahi aku.
Tiba-tiba aku mendengar grill pintu di gegar seolah-olah ada orang mahu menceroboh masuk ke rumah aku. Dan kemudian kedengaran bunyi tapak kaki mengelilingi rumah. Cepat-cepat aku bangun dan membuka tingkap tetapi aku tidak Nampak sesiapa pun di halaman rumah. Aku terasa ingin keluar menjengah kerana pakcik berdiri di belakang kereta..memang lah aku tak Nampak jika ada orang berdiri di belakang kereta tersebut.
Sah lah pencuri ni…di dalam hati aku berkata. Kerana tidak lama kemudian aku mendengar bunyi Hp tidak jauh dari rumah aku. Dah tengahmalam ni mana ada orang berjalan lagi hantu adalahAku tak hirau kan pencuri tersebut. Sebab aku tahu gerenti dia dah lari bila aku mula mengejutkan hubby aku. Yang aku kisah kan pakcik tadi. Sudah terlalu lama dia menghilang. Tak sempat aku mahu bertanya kemana dia pergi selama ini…dia hilang lagi tanpa berkata apa-apa. Balik rumah dialah tu agak nya.
Percaya lah selepas ini aku akan alami sekali lagi…tanda-tanda sesuatu peristiwa akan berlaku. Dan sah lah selepas ini tidur aku tak akan lena. Bila pakcik dah mula datang hidup misteri aku akan bermula lagi. Dan lepas ini…apa lagi pula yang akan berlaku.sebelum dia pergi sempat dia berpesan…jangan alpa!
Memang aku terasa…sebab aku dah mula terlupa banyak perkara. Solat aku hanya yang wajib. Yang sunat nya sudah hilang dek kesuntukan masa. Aku dah tak rajin berpuasa sunat. Kadang-kadang aku leka dan melengah kan solat. Ya! Pakcik hanya sebahagian dari mahluk Allah yang mengingatkan kelalaian aku terhadapa tanggungjawab aku sebagai muslimah.

June 26, 2009

hantu sister

“dah lama kita tak balik rumah maklong..”
“Dia pun tahu kita sibuk…”
“Jom kita pergi malam ni?” Mimpi apa lah suami aku mengajak aku kerumah maklong aku pula malam ni.
Lepas maghrib kami bertolak dengan menaiki motor kriss(masa tu itu aje yang ada,maklum lah baru kawen.Perjalanan sangat lancer.Tiada apa yang mengganggu perjalanan kami walaupun kami terpaksa menempuhi sebuah tanah perkuburan katolik.
Tetapi lain pula cerita nya time pulang semula ke selayang. Apa laju sangat lah motor kriss hubby aku tu kalau nak di bandingkan dengan kereta atau cagiva mito sekali pun…ia tetap macam siput.okey lah aku tak kisah sebab zaman aku jadi minah rempit dah berakhir masa tu. Aku pun cool aje duduk kat belakang hubby aku siap aku peluk dia erat-erat sebab sejuk gila.
Sempat aku jelling jam di tangan.11.45 malam lah pulak.apa sal aku tak sedar masa syok berborak tadi.
Tiba pulak rasa takut di hati.macam biasa aku kalau nak geruh terjumpa benda tu mesti berdebar semacam.rasa darah menyerbu ke muka.panas tiba-tiba.tengkuk pun mula kembang…ah sudah! Kat mana pulak nak kena kali ni.
Memang terkena pun masa kami melintasi tanah perkuburan khatolik tadi..mata aku tertancap pada objek berbaju labuh hitam putih seperti sister gereja di sebelah kiri aku sedangkan perkuburan itu di sebelah kanan. Sempat juga berbisik di dalam hati.mana ada gereja dekat sini.lagi pun dah larut sangat kalau sister tu nak ke perkuburan tersebut sekalipun..
Aku buat bodoh jer kat belakang hubby aku sebab aku dah syak itu bukan manusia.masa kami berhenti di petrol pump hubby aku bertanya kalau aku ada Nampak apa-apa masa balik tadi.aku Tanya kenapa,dia kata dia ternampak lembaga putih di tepi jalan tadi.
Persoalan nya kenapa dia Nampak putih aku Nampak hitam…sah lah itu bukan manusia.

June 25, 2009

durian...!


korang nampak tak durian yang bergayut kat pokok tu...huh! bau dia menyengat idung walaupun ia aku letak kat bawah pangkin umah aku nih.durian ayah aku udah luruh.tak payah gi suluh...sebab confirm tak ada pencuri.kalau nak jumpa antu makan durian boleh lah gi suluh. durian tak jumpa lain pulak yang jumpa...macam best jer kan.?
aku bukan mahluk perosak buah durian.aku tak suka buah durian tapi aku fanatik tempoyak.heran kan...? aku ni memang pelik. orang kata durian ni sedap...tapi pada aku sedap lagi tempoyak tu..di buat pedas-pedas lagi lah...
dah berkarung aku bagi kat orang blok aku ni...sebab dah tak termakan.nak aku kirim kat korang...tak boleh lak sebab aku cukup takut abang posmen tu pelahap habis....tempoyak ada banyak.kalau nak aku boleh kirim kan....

June 24, 2009

bayangan!

Nasriha melajukan gerak langkah kakinya.Ketakutan lebih menguasai diri. Seolah-olah di kejar bayangan yang dia sendiri tidak nampak. Dada nya berdegup kencang. Jantung nya mengepam darah dengan laju bagaikan ada sesuatu yang menyekat perjalanan darahnya.
Sekejap dia menoleh ke belakang. Semakin laju dia menghayun langkah semakin dekat bayangan itu mengejar nya. Seolah-olah bayangan itu seiringan dengan nya. Hati Nasriha rawan. Terasa ingin di menjerit tetapi tekak nya seperti kehilangan suara. Dia nanar tiba-tiba di hambat ketakutan yang amat sangat.
Nasriha tidak menoleh lagi. Kali ini dia berlari-lari anak. Degup jantung nya semakin laju dan laju. Di dalam hati dia berdoa jangan lah dia di timpa musibah. Mana tahu entah-entah itu lelaki gila seks yang dia jumpa masa menunggu bas tadi. Siapa tahu bayangan itu mungkin juga Hussin gila yang baru-baru ini terlepas dari pasungan Makcik Limah emak Hussin.
Segala kemungkinan berkecamuk di dalam minda Nasriha. Di dalamhati dia berdoa,jangan lah dia di duga dengan benda-benda yang tak termasuk di dalam otaknya saat itu. Dia resah sambil berlari. Kepala nya terasa berat dengan persoalan siapakah?atau apakah bayangan itu.

Nasriha menyesal kerana tidak mendengar cakap ibunya yang berpesan supaya pulang sebelum jam 6 petang. Tetapi kerana asyik menelaah di perpustakaan desa dia terlupa pesan ibunya. Dia hanya tersedar apabila penjaga perpustakaan itu memberitahu jam sudah menunjukan ke angka 7 petang.

Nasriha tidak sesekali menyangka,ke alpaan nya itu mengundang bahaya pada dirinya sendiri. Sedangkan dia hanya berada di dalam kawasan kampong nya sendiri.
Sedang dia asyik berfikir tentang banyangan yang mengekori nya tadi,dia di sergah oleh satu suara yang sengau
“ha..hana hi hu..hah halam-halam haru halik.hanak hara hah halu…huhah hak huhang hak hahi halam-halam ni..”
La…..peah sengau rupa nya kawan baik nasriha.dia mencari nasriha yang terlambat pulang
(apa korang ingat ni cerita hantu ke..?...boring lah asyik cite hantu je.)

nak balik KL...

minggu ni aku nak balik KL...selayang.adik ipar aku telah berjaya menambah bilangan baby nya dan kali ni baby girl jugak.alhamdullilah...mesti cantik macam mak dia jugak.keluar ikut tingkap ye....tak nak ikut pintu macam kakak dia jugak.
So....selamat lah aku pergi hendak nya.sape-sape yang duk KL tu kalau rasa nak belanja aku teh tarik boleh jugak!...

hadiah lela....tak terima lagi


aku tak sabar benda ni datang kat rumah aku...(aku import gambar ni kat blog lela)..ini untuk aku bukan untuk orang lain...sorry ye.sapa nak boleh suruh lela buat hehehehe....baik sungguh kawan maya aku ini ...bila aku mengadu hp mahal aku ilang,dengan rela hati dia buat kan supaya aku boleh gantung hp tu kat leher aku...supaya tak hilang lagi...betapa mulia nya hati mu lela.Bila nak sampai ni?......posmen lembab ke?

June 23, 2009

lawak depan lift..malu beb!

Family suami aku ada sebuah kondo kat Feringhi..Pulau Pinang.selalu lah aku ke sana bercuti..boleh lah dikata kan hampir dua bulan sekali.ni dah lama tak pergi sebab suami aku tak boleh drive jejauh...tapi ada juga hajat nak pergi tu.
Peristiwa memalukan ni terjadi masa aku turun gi pool....malas nak tunggu lift seterusnya sebab lambat...nak naik tingkat 13 tu...
dari pool aku boleh nampak lift tu terbuka..ramai juga lah yang keluar.aku pun apa lagi berlari lah nak kejar jangan bagi pintu lift tu tertutup...tak sempat sampai kat pintu lift...selipar aku memang tak guna...time tu jugak lah dia menyebab kan aku mengelonsor..apa lagi gedebub!...buk...!aku terjatuh...
malu wei!...ramai lak orang kat cafe pool tengah minum.aku pun buat muka toyol...muka tak malu.tunggu lift tu terbukak balik.aku tak boleh nak gelak..sebab punggung aku sakit gila.adam dah gelak kan aku..sampai sakit-sakit perut.termasuk lah ayah dia...aku masih buat muka toyol aku...tapi aku tak boleh nak tahan gelak bila suami aku tiru gaya masam-masam manis terjatuh sebab terpijak kulit pisang...ciss!ciss!....malu...kulit muka tebal macam kulit nangka beb!

June 22, 2009

aduh!...

aku tak boleh tidur malam tadi...aku terganggu sungguh-sungguh dengan bayangan-bayangan yang datang silih berganti..bukan aku seorang sahaja.anak-anak aku pun tak tenteram.adam menjerit di dalam tidur nya...wafi dan wafa pula sekejap menangis.aku benar-benar tertekan malam tadi.
aku ke satu tempat semalam...saja bawak anak mandi manda di sebuah jeram.jauh ke dalam hutan..berdekatan dengan kampung orang asli...aku tak syak apa-apa sehingga lah malam tadi kami di ekori oleh cahaya lampu...aku pasti motosikal..tapi aku tak nampak penunggang nya. kereta di belakang memotong kami seperti ketakutan hingga lah sampai ke simpang rumah aku ia hilang begitu sahaja. itu dah satu hal...memang aku rasa seram.
pukul 12 malam ...aku cuba melelap kan mata.tapi tidak boleh.aku asyik di ganggu oleh si botak yang entah dari mana datang nya duduk tercegat dekat kaki aku....anak-anak aku dah jadi carca marba.sekejap menangis.bila di peluk mereka diam.
ini tak boleh jadi...aku meninjau keluar...di tepi pintu bilik aku boleh melihat seekor belalang bertenggek di celah kain langsir...patut lah...
pantas aku mencekup belalang kecil yang kehijauan itu..aku kerat kepala nya.dan aku bakar dengan lighter..hangit.bau rambut terbakar.
Pelesit rimba dah ikut aku balik...aku pula terlupa nak membaca surah-surah yang memang aku hafal untuk mengelak kan gangguan sebegini..mungkin terlampau gembira masa kat waterfall tersebut...patut lah si botak asyik muncul kat depan mata aku. saja nak tengok aku....aduh! hasilnya hari ni aku cuti...