BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

January 29, 2010

Kenapa aku harus berdiam...

ye selagi aku diam selagi itu aku akan terus di landa keresahan tahap maksima...jadi aku harus memadat kan rutin harian aku. aku harus bangun menulis macam dulu-dulu juga untuk menghiburkan hati aku sendiri....aku tak mahu tersepit dengan masaalah yang tak kan ada kesudahan nya ini..

aku kat perpustaakan seawal jam 9 pagi. dah lama betul rasanya tak buat entry pasal buku ni. membaca pun dah kurang sekarang tetapi aku sudah memula kan kembali habit aku tidur dengan novel aku semula..masuk sahaja ke lab ni,aku teruja sekali dengan bau buku yang sangat aku suka dahulu. pinjam 4 buah novel untuk aku habis kan pembacaan hujung minggu ni. nanti aku ulas..setidak-tidak nya aku lupa masaalah. belah petang aku ke kolam ikan. bermain dengan anak-anak talapia...korang pernah rasa anak-anak ikan mengigit manja kaki korang tak...syok weh!macam ke refleksologi lah pulak. rasa geli tapi best.tak payah aku nak gi urut urut kaki kat spa...hulur je kaki dalam kolam beratus anak ikan datang membelai kaki aku. syok gila...hehehehe.

close pasal ikan...ni aku nak cerita pasal sorang makcik biru...menjadi tandatanya pada aku. tengah hari semalam sewaktu aku mengambil adam sekolah aku terserempak dengan seorang makcik...memakai baju biru sedondon dengan tudung biru nya beg biru.kasut biru dan payung biru. macam nila berjalan di tengah panas. aku jumpa di kawasan paya di mana aku pernah bertemu dengan makcik berbaju hijau sedikit masa dahulu...pelik pada aku sebab aku tak pernah jumpa makcik ni lansung.yang pasti hati aku berdetak tak kala melihat gaya birunya itu....manusia kah? atau hantu kah?...

2 ulasan:

mamai said...

apa pun masalah kau harap kau dapat terus bersabar nak fikir jalan yang terbaik bukan sahaja untuk diri kau tapi juga demi masa depan anak-anak kau,

IdaAnuar said...

man...ye aku tengah berfikir lah ni.kau apasal...elok2 msj aku pas tu ilang tetiba