BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

March 10, 2010

Dengar Nasihat..

setelah menanti..semalam aku bertemu seseorang. menghadiri sesi kaunseling yang tak pernah aku termimpi akan aku lalui. ye...hidup harus di teruskan.sesi berjalan dengan lancar.segalanya terluah di sana dan hasil nya..aku tetap akan terus kan apa yang telah bermain di minda aku sekian lama. bukan kerana mementing kan diri...mengikut kata hati cuma aku sudah tidak mampu makan hati dan terus bersabar setelah melalui nya 12 tahun ini.
melihat wajah mulus anak-anak memang aku tidak sampai hati..tetapi sampai bila aku harus melalui benda yang sama setiap hari tanpa ada apa pun yang berubah.kalau berubah pun hanya seketika sahaja...seperti kata ustaz..jika sudah terlibat dengan benda ini bukan sahaja melibat kan puan sebaliknya akan melibatkan seluruh ahli keluarga.anak-anak akan menerima natijah dari perbuatan yang satu ini. ye..benar memang benar.aku tidak nafikan nya kerana kini aku dan keluarga sedang menerima natijahnya. aku tidak ingin membuka pekung di dada sendiri aku juga tidak memburukan sesapa..memang di sebalik keburukan ada kebaikan tetapi hati aku siapa pula yang peduli....aku redha jika ini ketentuan Allah terhadap aku.

3 ulasan:

mamai said...

kau lebih memahaminya kawan....tiada nasihat untuk kau tapi sekadar sedikit kata-kata....adakalanya kita harus menjaga hati kita dari yang lain tapi adakalanya kita juga harus berkorban untuk yang lain....semoga semuanya berakhir dengan baik

Naz said...

betul apa yg mamai tulis tu... 1 pengorbanan boleh menyelamatkan ramai org... :)

IdaAnuar said...

man dan naz....terima kasih.ye aku sedang melalui frasa berkorban bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk setiap insan yang ada di sekeliling aku