BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 14, 2010

kisah semalam

aku ke kuala selangor semalam...berjalan lagi(sayang nya aku x boleh upload pic ni sbb hp aku tetiba jadi hampeh)

dalam, perjalanan...aku terjumpa signboard pantai remis...balik nanti nak singgah. aku terjumpa bantal dan tilam kekabu...balik nanti aku nak beli.aku terjumpa kampung kuantan aku tak akan singgah sebab kelip-kelip tak ada waktu siang.

apa ada kat kuala selangor?...bukit melawati...bukit yang bersejarah...menghadap kelaut.pemandangan yang sangat menarik.sesuai untuk pencinta sejarah macam aku.sempat jugak lah aku melawat batu hampar yag di kata kan menjadi alas pemancungan kepala orang...ngeri pula aku nak bayangkan..ish.sakit tengkuk aku bila tengok batu tu.

apa lagi yang best kat situ?...monyet dan penjual aiskrim yang pengotor...yerk!boleh selamba aje dia buang hinggus dengan tangan...tak basuh pas tu usik aiskrim kon tu.korang bayangkan kuman yang melekat kat tangan dia tu....

tak nak cite bebanyak lah...korang boleh pergi kat sini nanti tegok sendiri betapa cantik nya kuala selangor...betapa bersejarahnya bukit melawati....dan aku telah memulakan kembali perjalanan aku dengan suport dari somebody yang paham aku ni suka merayau..dan melihat dunia.hahaha...untung aku.nanti aku akan cerita kan pula perjalanan aku yang lain okey...walaupun hanya dalam malaysia tapi aku bangga kerana malaysia memang cantik...tak payah pergi london tu.

2 ulasan:

mamai said...

dah sampai kuala selangor tak reti-reti nak call aku ker teruk la kau...

apa cerita sekarang kawan okay ker

IdaAnuar said...

ko ni...aku msj kau haram balas.macam mana nak bgtau ko..