BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 8, 2010

Laluan dia

pakcik R datang kerumah aku dengan badan yang merah...bagaikan udang di bakar.kelihatan kulit nya meregang bagaikan di siram air panas.kalau terkena benda tajam harus kulit pakcik R terluka.kesian aku melihat dia yang datang meminta di bantu.
Ayah dengan rela hati mencari kan daun- daun herba bagi di buat mandi untuk tiga hari berturut-turut...

hari pertama...

aku yang terkena.aku dan anak-anak selesa tidur di ruang tamu sejak kebelakangan ini.itu pun sebab cuaca panas yang tak bertapis-tapis..aku tidak tahu pukul berapa aku tersentak dari tidur. aku kira sudah terlalu lama aku melelapkan mata..puas aku cuba tidur kembali tetapi payah sangat nak tidur bila dah terjaga.tergerak hati mahu ke dapur membancuh milo suam...aku bingkas bangun sebaik sahaja aku berpusing...
alamak! dia duduk di atas kerusi...putih!bersih!..alahai...lemah lutut di buat nya. perkara yang aku sangat tidak suka....bila orang datang berubat aku yang akan tahu apa yang mengganggu mereka.sangat-sangat tidak aku gemari segalanya nya...ada masa nya aku cool tetapi ada masa nya aku tetap seorang yang penakut..

hari kedua...

Pakcik R mengadu dia terganggu dek kehadiran lembaga putih di rumah nya. sah! dia juga menunjukan diri nya yang sebenar.ayah hanya mengucap panjang...ini lah padah nya jika melakukan sesuatu tanpa mengira had. mahkluk ini sudah di ganggu laluan nya. laluan nya termasuk ke dalam rumah pakcik R...ya kita tidak melihat tetapi mahluk halus itu benar-benar wujud sebagaimana kita melata di muka bumi Allah ini....

hari ketiga...

Pakcik R datang juga menghabiskan saki baki pengubatan nya...dan ayah meminta dia mencari ubat pada sesiapa pun jua yang lebih arif...kesanggupan tiada pada ayah.sehingga hari ini bila aku berjumpa pakcik R aku tahu dia semakin hari semakin menderita....

0 ulasan: