BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

October 1, 2010

sudah lama aku diam

aku diam...tapi aku ada.cuma mood aku tak bagus untuk menulis.aku baru lepas keluar hospital...talesmia minor. so badan aku dah jadi macam prepaid kad..toup darah.huhuuhu.pas ni kalau aku perlukan darah aku akan iklan kan kat blog.A plus...macam drakula pun ada. sakit geng kena cucuk semua tangan aku dah naik lebam dah...orang beraya sakan aku pun sakan gak.korang makan rendang aku makan blood...hehehehe.lain dari yang lain. lepas keluar hospital aku akan memula kan perjalanan aku lagi.aku ada majlis kat teluk gong klang minggu ni.kawan aku yang kat sa tu tak pernah ajak aku datang umah dia...nak gak rasa wife dia masak. aku teringin nak makan rendang ayam pedas...

apa rasa nya menjadi aku sekarang...seksa sangat sebab memang aku kena tanggung segalanya. aku sakit tapi aku akan terus bergelak ketawa untuk kehidupan aku. aku rindu seseorang....yang ada di di dalam hati aku sekian lama. aku rindu sangat kat dia...sangat2..dia ada cuma dia sudah tidak mahu menyapa. pada dia aku kata kan...aku tetap macam yang dulu....segalanya aku simpan di hati.

okey geng...tak lama lagi aku akan cerita kan kembali kisah hantu yang banyak dalam koleksi aku yang aku cari dan aku simpan sebab aku tak menulis...ingat nak post kat paper macam dulu...tapi sekarang aku melayan pening aku lagi.contoh nya ...cerita sewaktu aku tinggal kat wad kat daerah aku ni...wait lah.tapi tak tau bila

June 14, 2010

kisah semalam

aku ke kuala selangor semalam...berjalan lagi(sayang nya aku x boleh upload pic ni sbb hp aku tetiba jadi hampeh)

dalam, perjalanan...aku terjumpa signboard pantai remis...balik nanti nak singgah. aku terjumpa bantal dan tilam kekabu...balik nanti aku nak beli.aku terjumpa kampung kuantan aku tak akan singgah sebab kelip-kelip tak ada waktu siang.

apa ada kat kuala selangor?...bukit melawati...bukit yang bersejarah...menghadap kelaut.pemandangan yang sangat menarik.sesuai untuk pencinta sejarah macam aku.sempat jugak lah aku melawat batu hampar yag di kata kan menjadi alas pemancungan kepala orang...ngeri pula aku nak bayangkan..ish.sakit tengkuk aku bila tengok batu tu.

apa lagi yang best kat situ?...monyet dan penjual aiskrim yang pengotor...yerk!boleh selamba aje dia buang hinggus dengan tangan...tak basuh pas tu usik aiskrim kon tu.korang bayangkan kuman yang melekat kat tangan dia tu....

tak nak cite bebanyak lah...korang boleh pergi kat sini nanti tegok sendiri betapa cantik nya kuala selangor...betapa bersejarahnya bukit melawati....dan aku telah memulakan kembali perjalanan aku dengan suport dari somebody yang paham aku ni suka merayau..dan melihat dunia.hahaha...untung aku.nanti aku akan cerita kan pula perjalanan aku yang lain okey...walaupun hanya dalam malaysia tapi aku bangga kerana malaysia memang cantik...tak payah pergi london tu.

June 12, 2010

World cup 2010

MAKAN BOLA
TIDUR BOLA
MANA MANA PUN BOLA...
JANGAN BUKA TUDUNG SAJI BINI HIDANG BOLA SUDAH LAH GENG...!

June 11, 2010

Jawapan logik...

Sudah hampir lima bulan aku tidak bermesra dengan ank aku yang no.2...sebb dia lebih gemar mengikut ayah nya bekerja...walaupun dia sendiri tidak bekerja(apa kudrat anak aku tu) dia gemar kan kapal terbang yang turun naik kat KLIA tu...happy lah bagi dia.
dengan rasa terpaksa dia mengambil giliran bersama aku pula di Pulau ini...wah! seronok pula dia membilang kontena yang lalu lalang kat westport ni.

"adik tu lori apa?'...
"kontena lah ibu.."
"eh..kenapa kontena tu pendek?"
"sebab iye tak panjang lah..."

erk! tercekik aku dengar jawapan yang logik dari mulut anak aku itu. aduhai! aku yang cerdik pandai ni pun boleh terkena dengan anak sendiri...bijak kanak-kanak sekarang kadang-kadang tak terjangkau akal kita sebagai orang dewasa...

ada masa nya kita sebagai orang dewasa tak tahu mengguna kan akal dan logik. tetapi kanak-kanak ada kalanya memiliki daya imginasi yang sangat tinggi..ada masa nya anak-anak aku mmenonton tv dan melihhat jenayah pembuangan bayi mereka akan berkata...kesian baby...ambik lah ibu.
jika kana-kanak boleh menilai erti kasihan...mengapa insan yang sedewasa ini tak mampu menilai erti kasihan...sudah rapuh sifat kemanusian mereka sendiri.kadang-kadang aku sendiri memikirkan nya berhari-hari...mengapa?...

June 9, 2010

kembali menjadi warga kota!




13 tahun lepas...masa klcc tu ada lagi.semasa bas mini masih menjadi nadi kuala lumpur aku dah melepak kat dataran merdeka tu...masa tu seronok lah jadi warga kota...apatah lagi duduk kat desa pandan tu di mana aku boleh mencuit2...kawan-kawan artis tu. lepas tu aku mula rasa bosan tahap gaban...mula lah hati aku ada kat umah mak bapak aku. best lagi duduk kat kampung.gelap gelita pun aku happy...

hari ni...dengan rasa tak best nya aku kembali menjadi warga kota.warga pulau indah yang sarat dengan kontena2....betapa jauh bezanya sebuah viva baru dengan kontena.aku rasa macam kontena tu suka memperlekeh kan aku aje...aduhai.hehehe...

malam tadi sempat aku ke i-city...wah!bertuah lah pula menjadi warga shah alam ni.malam-malam boleh pergi melepak ke taman yang penuh dengan lampu...berwarna-warni..ia membuat kan aku tertanya-tanya...berapa bil elektrik taman ni ye?..ada rumah salji juga...bila masuk memang rasa sejuk.kapas-kapas memutih umpama salji.okey lah tu walaupun bukan real...meh kita saksikan kan lampu-lampu tu

June 8, 2010

Laluan dia

pakcik R datang kerumah aku dengan badan yang merah...bagaikan udang di bakar.kelihatan kulit nya meregang bagaikan di siram air panas.kalau terkena benda tajam harus kulit pakcik R terluka.kesian aku melihat dia yang datang meminta di bantu.
Ayah dengan rela hati mencari kan daun- daun herba bagi di buat mandi untuk tiga hari berturut-turut...

hari pertama...

aku yang terkena.aku dan anak-anak selesa tidur di ruang tamu sejak kebelakangan ini.itu pun sebab cuaca panas yang tak bertapis-tapis..aku tidak tahu pukul berapa aku tersentak dari tidur. aku kira sudah terlalu lama aku melelapkan mata..puas aku cuba tidur kembali tetapi payah sangat nak tidur bila dah terjaga.tergerak hati mahu ke dapur membancuh milo suam...aku bingkas bangun sebaik sahaja aku berpusing...
alamak! dia duduk di atas kerusi...putih!bersih!..alahai...lemah lutut di buat nya. perkara yang aku sangat tidak suka....bila orang datang berubat aku yang akan tahu apa yang mengganggu mereka.sangat-sangat tidak aku gemari segalanya nya...ada masa nya aku cool tetapi ada masa nya aku tetap seorang yang penakut..

hari kedua...

Pakcik R mengadu dia terganggu dek kehadiran lembaga putih di rumah nya. sah! dia juga menunjukan diri nya yang sebenar.ayah hanya mengucap panjang...ini lah padah nya jika melakukan sesuatu tanpa mengira had. mahkluk ini sudah di ganggu laluan nya. laluan nya termasuk ke dalam rumah pakcik R...ya kita tidak melihat tetapi mahluk halus itu benar-benar wujud sebagaimana kita melata di muka bumi Allah ini....

hari ketiga...

Pakcik R datang juga menghabiskan saki baki pengubatan nya...dan ayah meminta dia mencari ubat pada sesiapa pun jua yang lebih arif...kesanggupan tiada pada ayah.sehingga hari ini bila aku berjumpa pakcik R aku tahu dia semakin hari semakin menderita....

June 7, 2010

Kesekian kali nya...

masuk yang ini...sudah dua kali aku ke mecc mines wonderland.apa lagi kalau bukan ke pameran buku...dan merayau dengan hero and heroin aku.kali ni lama sikit aku di kl...di samping menghabis kan masa senggang aku dengan anak-anak...aku juga menghabis kan masa aku untuk menanti kelahiran baby..hehehe bukan aku punye baby.adik bongsu aku akan melahirkan nya dalam masa-masa terdekat ini....so aku akan praktik kan ilmu aku semasa bekerja di klinik bidan dahulu untuk adik aku.tanggungjawab aku jugak lah sebagai kakak...

percaya tak kini aku hanya update blog aku sebulan sekali.mood yang tidak dijangka-jangka bila aku asyik dengan novel n telenovela dtv...disamping tugas rutin aku menjadi ibu yang paling sibuk untuk anak-anak aku.wah!aku benar-benar di hambat masa dan waktu...hingga kadang-kadang aku terfikir juga...di manakah masa senggang untuk diri aku sendiri...ye kini aku tidak ada masa untuk diri aku pun.membelai diri aku sebab tiada siapa yang mahu memandang nya...melainkan rumah dan anak aku.serta buku yang sentiasa tersusun di tepi katil aku....

May 6, 2010

Teluk Penyamun & endau rompin

sempat juga aku menghabis kan hujung minggu aku ke teluk penyamun ni...korang tau ia kat mana...kat endau rompin ni aje...kira dekat lah dengan umah aku. semangat gila aku nak ke tempat ni sebab mak aku kata tempat ni cantik dan bagus..okey lah.aku goreng nuget n nasi goreng...dah boleh agak kalau dah berendam tu gerenti aje lapar.

tapi bila aku tiba kat sana...aku sunggu frust tahap gaban.kedatangan kami di sambut dengan tahi lembu yang bersepah-sepah.jenuh nak elak.pas tu pergi toilet..lelaki pun leh masuk toilet pompuan.tak ke haru beb!...dan yang menyebab kan aku panggil anak-anak aku naik...gi mandi air bersih bila secara tetiba aku di serang hendap oleh cik lem...hampeh tol.sah lembu tak pergi sekolah.dan yang sakitkan hati aku ..hbs nasi goreng aku dia belasah.selamba aje dia sorong muncung dia yang tak hansome tu kat dlam tuperware aku.rasa nak korban kan aje lembu tu...

aku pun tak nak hampa kan anak aku. aku bawak jugak lah bebudak ke taman negari endau rompin.kalau lah aku tahu taman ni lebih cantik tak aku bawa anak aku ke teluk tu..seronok aku dengan anak-anak memancing.ikan nya boleh di lihat jelas.sebab air nya jernih...tapi tak puas sebab boleh sekejap aje di situ.gambar ada kat dalam PC aku...tak sempat upload.nanti lah aku upload ye...

April 11, 2010

sempat gak....

sempat gak aku update blog kat kpj klang ni....huhu.anak buah aku masuk hospital lah pulok akibat semput dan demam panas.aku demam seminggu.kepala sakit...sekeluarga demam.jadi otak aku blur and jem...

aku rindu ar nak berblog ni tapi aku di hambat kesuntukan masa dan berukband yang blur...macam tuan nya gak.lela...aku dah dapat beg ko.cun oo..siap aku tayang kat sedara aku tadi.sume org suka and tanye mana aku dapat.aku promote argh blog ko...hehehe.

k lah aku blah dulu.papai

March 17, 2010

kalau dah gila pancing...

start je cuti sekolah(baru aje hari jumaat)adam aku dah sibuk mengasak aku pergi memancing. smpai tak lena aku nak membuta di siang hari.huh! anak bujang aku.
"jom lah ibu....jom lah" tak tahan aku dengar rengekan anak bujang aku yang tak manja lansung tu.
"pergi rendam dedak.buat umpan" wah! bila aku cakap macam tu aje on the spot dia gi ambik dedak bancuh air bagi kembang dan kepal-kepal kan macam guli.
dengan pancing bodoh pun jadi jugak dia memancing tetapi...
bila dapat ikan lain pulak cerita nya...

" Ibu kol atuk bu...abang tak tahu nak tangal kan mata kail ni..."
"atuk pandai bu...cepat bu..."

huh! bayangkan dia pandai pasang umpan kat mata kail. dia pandai lempar ke dalam kolam tapi bila dapat ikan dia tak tahu nak buka mata kail dari melekat kat muncung ikan tu. apa punye lah mat pancing ni.kata aje terer.sudah nya korang tahu apa dia buat..?dia kepit ikan tu kat perut dia dengan sebelah tangan.berhempas pulas pulak nak bukak mata kail tu..aku tukang tengok sebab aku nak dia tahu benda tu macam mana.biar dia guna otak dia yang tak bijak sangat tu.

pst!pst! sebenarnya aku geli tengok ikan tu hidup-hidup aku biasa pegang ikan mati aje....huhuhu pandai je cakap anak aku kan.
hari tu dia dapat tiga ekor ikan bukan untuk aku masak tapi untuk dia buat main smpai mati percuma je ikan tu...dan tugas aku dengan mak dan ayah aku adalah menakutkan dia...akibat kenakalan nya hantu ikan akan datang makan dia waktu malam.biar dia tahu...ikan tu untuk di makan bukan untuk dia bawak ke tempat tido sampai mati ikan tu dia keja kan.

March 10, 2010

Dengar Nasihat..

setelah menanti..semalam aku bertemu seseorang. menghadiri sesi kaunseling yang tak pernah aku termimpi akan aku lalui. ye...hidup harus di teruskan.sesi berjalan dengan lancar.segalanya terluah di sana dan hasil nya..aku tetap akan terus kan apa yang telah bermain di minda aku sekian lama. bukan kerana mementing kan diri...mengikut kata hati cuma aku sudah tidak mampu makan hati dan terus bersabar setelah melalui nya 12 tahun ini.
melihat wajah mulus anak-anak memang aku tidak sampai hati..tetapi sampai bila aku harus melalui benda yang sama setiap hari tanpa ada apa pun yang berubah.kalau berubah pun hanya seketika sahaja...seperti kata ustaz..jika sudah terlibat dengan benda ini bukan sahaja melibat kan puan sebaliknya akan melibatkan seluruh ahli keluarga.anak-anak akan menerima natijah dari perbuatan yang satu ini. ye..benar memang benar.aku tidak nafikan nya kerana kini aku dan keluarga sedang menerima natijahnya. aku tidak ingin membuka pekung di dada sendiri aku juga tidak memburukan sesapa..memang di sebalik keburukan ada kebaikan tetapi hati aku siapa pula yang peduli....aku redha jika ini ketentuan Allah terhadap aku.

March 8, 2010

Mandi bunga...

korang pernah baca tak entry aku pasal mandi bunga untuk seni kecantikan seorang wanita. yang bertujuan untuk menyeri wajah dan menambat hati suami...hehehe. aku ni bangsa teruja nak cuba benda-benda macam ni maka aku memula kan perjalanan aku ke satu tempat di bandar untuk bertemu seorang pengamal mandi bunga ini.
sempat aku pekena nasi ayam lorong keramat sebaik turun dari putra lrt.
wah! umi memang anggun dan cantik. usia nya sudah setengah abad tetapi dia sangat cantik wajah nya. bercahaya dan berseri...wajah nya kemerahan persis merah jambu. terkejut dan tak percaya dengan amalan mandi bunga nya untuk seri wajah....tanpa palitan makeup wajahnya memang natural dan awet muda. ini semua untuk suami yang umi sayangi..kata nya. ye memang suami umi menyayangi umi. melihat rumah nya sahaja aku sudah pasti.gambar-gambar yang mempamerkan kemesraan mereka sudah cukup membuktikan bahawa mereka sangat bahagia dan gembira.
cerita nya tentang kaum wanita membuat kan aku sangat teruja..segala yang baik yang mulus dan tak terfikir dek akal..betapa wanita ini sangat di muliakan. argh...! kenapa aku tidak boleh menjadi seperti wanita yang bagus ini. tutur katanya sangat beradap...bersopan dan penuh dengan kelembutan. dah jarang jumpa wanita begini. aku sendiri tak begini. bagaimana aku mahu menjadi seperti wanita yang aku jumpa ini?..
bab mandi bunga..hehehe. aku buat lah juga dah terlanjur ke situ. bukan untuk apa apa pun..hanya untuk diri aku aje...segar rasanya bila berlimau dan berbunga. nak try?...jom ikut aku gi lorong keramat.

March 1, 2010

Manusia penipu macam dia....

Geram sungguh aku dengan manusia dari spesis lelaki yang suka sangat tabur janji pastu mungkir janji. kecik jer mata aku tengok lelaki macam ni. rasa nak picit-picit.nak lenyek-lenyek dengan steroll. pas tu campak kat dalam gaung biar biawak makan. sesuai lah lidah bercabang macam biawak.

ni aku nak cerita pasal sorang lelaki ni....yang tahu berjanji pas tu mungkir janji..macam hampeh(memang hampeh pun). bercinta bagai nak rak. konon sayang. konon cinta. seberang laut pun sanggup nak renang.tak berkira apa pun dia. masa bercinta kan .wangi aje. tup-tup mak bapak suruh kawin . konon tak suka.tapi kawin jugak lah dengan pompuan tu yang bukan kekasih hati nya. mula lah tabur janji...tak apa abang boleh kawin dua. okey lah lagi. at last bila dah kawin..lupa yang di cintai.maklum lah dah dapat barang baru nya kan. mula mencipta alasan..macam-macam alasan. keja lah . busy lah. penyudah nya jadi poyo macam tak ada apa berlaku antara dia dengan pompuan itu.

eh! korang ingat kan lelaki macam ni apa patut kita buat. pompuan ni memang dah gila sangat kat lelaki ni. kes terbaru yang dia buat tiga hari kat hospital telan ubat tido berkepuk. punya lah sayang tapi lelaki ini buat bodoh. dan tak pun ambil kisah.dah lah kan...laki orang buat apa nak di cintai lagi. kalau dah dia buat pompuan macam sampah dia tu layak duduk dalam longkang aje jangan giveup sebab bukan semua lelaki like that man yang tak tahu menghargai...aku doa kan aje lelaki ini akan hancur hidup nya sebagaimana dia menghancurkan hidup seorang perempuan. kalau dia boleh buat begitu...allah itu maha adil dan kaya.memang jahat tak mendoakan kebahagian orang tapi jahat lagi lelaki ini yang ibarat bee..menghisap madu pas tu tinggalkan. meh kita boikot lelaki macam ni.tak ada tanggungjawab lansung.

February 23, 2010

Terima Kasih...

membuka blog mamai pepagi ni aku terdengar lagu terima kasih loving born..wah!hati aku sangat terusik dengan lagu itu.sudah lama aku tidak mendengar nya kerana aku tidak melayarai blog kawan aku itu. aku bz dengan kerja..
membaca entry mamai kali ini...ingin sangat aku mengucapkan terima kasih. di atas nasihat nya yang tak habis kat aku(wei..kalau kau baca entry ni sambung lah nasihat kau yang tak habis tu..apa lah kau.tergantung aje)
terima kasih aku pada seorang teman sebab dalam aku menghadapi permasaalahan kehidupan yang kronik dia sudi mengajak aku menghabis kan masa setiap petang hingga awal pagi membantu nya di gerai..memang terbang seketika permasaalahan yang melanda.tapi aku tak kan lari dari masaalah..aku sedang menghadapi nya dengan cara yang cukup berhemah.sesapa rasa dia anak felda palong..jangan lupa datang ke gerai aneka sup dan char ueh tiaw kawan aku ni.memang best.
terima kasih juga pada pasangan MArzuki dan Surianaty yang sudai mengundang aku ke majlis perkahwinan mereka di Cheras...mimta maaf lah kawan.aku tertanya siapa dia mereka ini. sebab aku sendiri terlupa adakah aku mempunyai kawan bernama ini....aku dah tua dah. jadi aku terlupa sangat-sangat.maaf juga kerana tidak dapat hadir.kerana aku terpaksa mendaftar kan diri pada kursus pengurusan tadika di seremban pada waktu yang sama.
dan terima kasih pada teman-teman yang sudi memberi nasihat. lela..thank to u my friend.9hb ni kes aku akan di sebut di makamah...huhu!harap tamat lah segala riwayat kehidupan yang penuh ranjau dan duri

February 1, 2010

Adnan Sempit

"Dasar Otak sempit..."

Wah! Pecah perut aku tengok wayang cerita ni...sampai hari ni anak aku pun suka na guna teg tu...dasar otak sempit. korang patut gi tengok cerita ni. lebih bagus dari lawak senario yang entah apa-apa tu. sapa-sapa yang bercelaru fikiran boleh rilek kan otak tengok cite ni.

Adengan yang aku suka...watak wawa dengan along champ menyanyi kat bawah pokok kelapa pas tu tetiba kepala berulat jatuh.yang macho pun dah tak jadi macho lagi..huhuhu. memang pecah perut aku gelak dalam panggung. aku gi dengan anak-anak aku aje.maklum lah sejak single ni.itu aje lah yang aku ada ...sape lagi yang aku ada.

sesekali rilek tengok cite lawak. memang bez.panggung pun penuh aje. tak pernah lagi panggung kat bahau tu full macam tu. aku ingat hanya aku dengan anak-anak je suka tengok wayang selama hari ni ramai juga penghuni felda ni yang berminat nak sokong industri perfileman tempatan. kalau lah setiap filem melayu di malaysia ini berjaya di hasil kan dengan berkualiti memang lah panggung kat pekan kecik ni akan penuh sentiasa. bukan tak ada filem yang bagus di pawagam..ada tapi ini lah rasa nya filem lawak yang berjaya mendapat tempat di hati aku dan anak-anak. rasa nak tengok sekali lagi....jom!...

January 29, 2010

Kenapa aku harus berdiam...

ye selagi aku diam selagi itu aku akan terus di landa keresahan tahap maksima...jadi aku harus memadat kan rutin harian aku. aku harus bangun menulis macam dulu-dulu juga untuk menghiburkan hati aku sendiri....aku tak mahu tersepit dengan masaalah yang tak kan ada kesudahan nya ini..

aku kat perpustaakan seawal jam 9 pagi. dah lama betul rasanya tak buat entry pasal buku ni. membaca pun dah kurang sekarang tetapi aku sudah memula kan kembali habit aku tidur dengan novel aku semula..masuk sahaja ke lab ni,aku teruja sekali dengan bau buku yang sangat aku suka dahulu. pinjam 4 buah novel untuk aku habis kan pembacaan hujung minggu ni. nanti aku ulas..setidak-tidak nya aku lupa masaalah. belah petang aku ke kolam ikan. bermain dengan anak-anak talapia...korang pernah rasa anak-anak ikan mengigit manja kaki korang tak...syok weh!macam ke refleksologi lah pulak. rasa geli tapi best.tak payah aku nak gi urut urut kaki kat spa...hulur je kaki dalam kolam beratus anak ikan datang membelai kaki aku. syok gila...hehehehe.

close pasal ikan...ni aku nak cerita pasal sorang makcik biru...menjadi tandatanya pada aku. tengah hari semalam sewaktu aku mengambil adam sekolah aku terserempak dengan seorang makcik...memakai baju biru sedondon dengan tudung biru nya beg biru.kasut biru dan payung biru. macam nila berjalan di tengah panas. aku jumpa di kawasan paya di mana aku pernah bertemu dengan makcik berbaju hijau sedikit masa dahulu...pelik pada aku sebab aku tak pernah jumpa makcik ni lansung.yang pasti hati aku berdetak tak kala melihat gaya birunya itu....manusia kah? atau hantu kah?...

January 28, 2010

Aku ada

menjawab pertanyaan kawan-kawan....aku ada. aku tidak ke mana-mana. cuma sekarang pergerakan aku terbatas sedikit. lebih banyak menyelesaikan masaalah peribadi yang tertimpa-timpa hadir dalam hidup aku kebelakangan ini. aku ingin masaalah aku selesai secara berhemah. kesabaran aku yang aku terap kan sudah punah ranah saat ini jalan terbaik yang aku pilih aku harap mampu mencorak satu kehidupan yang lebih sempurna buat aku dan anak-anak.aku ingin memula kan satu frasa baru dalam hidup aku. terpaksa lelap kan mata harung segala rencah hidup yang aku lalui saat ini. aku tidak ke mana-mana...bila lapang aku akan kembali menulis...ada sesuatu yang aku ajar pada korang...mudah-mudahan ini akan membuka mata hati kita melihat sesuatu yang adakala nya tak terjangkau..akal.

teman-teman...hafal al iklas sebanyak 6666 kali. habis seberapa yang boleh. hikmah nya. aku cerita kemudian hari atau kalian akan meyedari nya sendiri gud luck to you all...doa kan aku berjaya menghadapi kemelut hidup aku ini.

January 23, 2010

terubuk masin dari Kuching..dan jiwa kacau

selama aku bernafas kat dunia aku ni...aku tak pernah dapat pun hadiah bila aku menyambut harijadi aku.walaupun bungkusan yang aku terima hanya terubuk masin dan udang kering...kedua benda ini sangat aku hargai kerana ia kiriman eorang kawan yang pada awal nya hanya aku kenali dalam YM..setahun yang lepas.terima kasih pada dia yang aku anggap istimewa dan aku sayang walaupun kini aku rasa dia dah tak ada sangat hadir dalam hidup aku...

jiwa kacau....kembali mengacau hidup aku. ye kisah seorang sahabat dan aku.benar lah kan bila hati jatuh sayang susah sangat nak lupa..tak akan lupa sebenarnya. manusia macam aku.insan macam aku yang punya satu hati kalau sudah suka itu lah sahaja yang aku letak kan segala rasa. sayang nya rasa yang aku ada mudah pula di permainkan orang apa yang aku mau dalam dunia persahabatan aku ini...? tiada apa pun sebenarnya. aku hanya mahu satu sahaja..pengertian yang aku perlukan kawan aku.susah sebenarnya nak menjadi terbaik pada orang lain.hati berkata lain..mulut menuturkan lain bicara. bicara yang menyinggung hati dan perasaan...maaf kepada teman ku itu.mungkin tanpa sedar aku telah meluka kan hati nya.