BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

January 29, 2010

Kenapa aku harus berdiam...

ye selagi aku diam selagi itu aku akan terus di landa keresahan tahap maksima...jadi aku harus memadat kan rutin harian aku. aku harus bangun menulis macam dulu-dulu juga untuk menghiburkan hati aku sendiri....aku tak mahu tersepit dengan masaalah yang tak kan ada kesudahan nya ini..

aku kat perpustaakan seawal jam 9 pagi. dah lama betul rasanya tak buat entry pasal buku ni. membaca pun dah kurang sekarang tetapi aku sudah memula kan kembali habit aku tidur dengan novel aku semula..masuk sahaja ke lab ni,aku teruja sekali dengan bau buku yang sangat aku suka dahulu. pinjam 4 buah novel untuk aku habis kan pembacaan hujung minggu ni. nanti aku ulas..setidak-tidak nya aku lupa masaalah. belah petang aku ke kolam ikan. bermain dengan anak-anak talapia...korang pernah rasa anak-anak ikan mengigit manja kaki korang tak...syok weh!macam ke refleksologi lah pulak. rasa geli tapi best.tak payah aku nak gi urut urut kaki kat spa...hulur je kaki dalam kolam beratus anak ikan datang membelai kaki aku. syok gila...hehehehe.

close pasal ikan...ni aku nak cerita pasal sorang makcik biru...menjadi tandatanya pada aku. tengah hari semalam sewaktu aku mengambil adam sekolah aku terserempak dengan seorang makcik...memakai baju biru sedondon dengan tudung biru nya beg biru.kasut biru dan payung biru. macam nila berjalan di tengah panas. aku jumpa di kawasan paya di mana aku pernah bertemu dengan makcik berbaju hijau sedikit masa dahulu...pelik pada aku sebab aku tak pernah jumpa makcik ni lansung.yang pasti hati aku berdetak tak kala melihat gaya birunya itu....manusia kah? atau hantu kah?...

January 28, 2010

Aku ada

menjawab pertanyaan kawan-kawan....aku ada. aku tidak ke mana-mana. cuma sekarang pergerakan aku terbatas sedikit. lebih banyak menyelesaikan masaalah peribadi yang tertimpa-timpa hadir dalam hidup aku kebelakangan ini. aku ingin masaalah aku selesai secara berhemah. kesabaran aku yang aku terap kan sudah punah ranah saat ini jalan terbaik yang aku pilih aku harap mampu mencorak satu kehidupan yang lebih sempurna buat aku dan anak-anak.aku ingin memula kan satu frasa baru dalam hidup aku. terpaksa lelap kan mata harung segala rencah hidup yang aku lalui saat ini. aku tidak ke mana-mana...bila lapang aku akan kembali menulis...ada sesuatu yang aku ajar pada korang...mudah-mudahan ini akan membuka mata hati kita melihat sesuatu yang adakala nya tak terjangkau..akal.

teman-teman...hafal al iklas sebanyak 6666 kali. habis seberapa yang boleh. hikmah nya. aku cerita kemudian hari atau kalian akan meyedari nya sendiri gud luck to you all...doa kan aku berjaya menghadapi kemelut hidup aku ini.