BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

March 17, 2010

kalau dah gila pancing...

start je cuti sekolah(baru aje hari jumaat)adam aku dah sibuk mengasak aku pergi memancing. smpai tak lena aku nak membuta di siang hari.huh! anak bujang aku.
"jom lah ibu....jom lah" tak tahan aku dengar rengekan anak bujang aku yang tak manja lansung tu.
"pergi rendam dedak.buat umpan" wah! bila aku cakap macam tu aje on the spot dia gi ambik dedak bancuh air bagi kembang dan kepal-kepal kan macam guli.
dengan pancing bodoh pun jadi jugak dia memancing tetapi...
bila dapat ikan lain pulak cerita nya...

" Ibu kol atuk bu...abang tak tahu nak tangal kan mata kail ni..."
"atuk pandai bu...cepat bu..."

huh! bayangkan dia pandai pasang umpan kat mata kail. dia pandai lempar ke dalam kolam tapi bila dapat ikan dia tak tahu nak buka mata kail dari melekat kat muncung ikan tu. apa punye lah mat pancing ni.kata aje terer.sudah nya korang tahu apa dia buat..?dia kepit ikan tu kat perut dia dengan sebelah tangan.berhempas pulas pulak nak bukak mata kail tu..aku tukang tengok sebab aku nak dia tahu benda tu macam mana.biar dia guna otak dia yang tak bijak sangat tu.

pst!pst! sebenarnya aku geli tengok ikan tu hidup-hidup aku biasa pegang ikan mati aje....huhuhu pandai je cakap anak aku kan.
hari tu dia dapat tiga ekor ikan bukan untuk aku masak tapi untuk dia buat main smpai mati percuma je ikan tu...dan tugas aku dengan mak dan ayah aku adalah menakutkan dia...akibat kenakalan nya hantu ikan akan datang makan dia waktu malam.biar dia tahu...ikan tu untuk di makan bukan untuk dia bawak ke tempat tido sampai mati ikan tu dia keja kan.