BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 12, 2010

World cup 2010

MAKAN BOLA
TIDUR BOLA
MANA MANA PUN BOLA...
JANGAN BUKA TUDUNG SAJI BINI HIDANG BOLA SUDAH LAH GENG...!

June 11, 2010

Jawapan logik...

Sudah hampir lima bulan aku tidak bermesra dengan ank aku yang no.2...sebb dia lebih gemar mengikut ayah nya bekerja...walaupun dia sendiri tidak bekerja(apa kudrat anak aku tu) dia gemar kan kapal terbang yang turun naik kat KLIA tu...happy lah bagi dia.
dengan rasa terpaksa dia mengambil giliran bersama aku pula di Pulau ini...wah! seronok pula dia membilang kontena yang lalu lalang kat westport ni.

"adik tu lori apa?'...
"kontena lah ibu.."
"eh..kenapa kontena tu pendek?"
"sebab iye tak panjang lah..."

erk! tercekik aku dengar jawapan yang logik dari mulut anak aku itu. aduhai! aku yang cerdik pandai ni pun boleh terkena dengan anak sendiri...bijak kanak-kanak sekarang kadang-kadang tak terjangkau akal kita sebagai orang dewasa...

ada masa nya kita sebagai orang dewasa tak tahu mengguna kan akal dan logik. tetapi kanak-kanak ada kalanya memiliki daya imginasi yang sangat tinggi..ada masa nya anak-anak aku mmenonton tv dan melihhat jenayah pembuangan bayi mereka akan berkata...kesian baby...ambik lah ibu.
jika kana-kanak boleh menilai erti kasihan...mengapa insan yang sedewasa ini tak mampu menilai erti kasihan...sudah rapuh sifat kemanusian mereka sendiri.kadang-kadang aku sendiri memikirkan nya berhari-hari...mengapa?...

June 9, 2010

kembali menjadi warga kota!




13 tahun lepas...masa klcc tu ada lagi.semasa bas mini masih menjadi nadi kuala lumpur aku dah melepak kat dataran merdeka tu...masa tu seronok lah jadi warga kota...apatah lagi duduk kat desa pandan tu di mana aku boleh mencuit2...kawan-kawan artis tu. lepas tu aku mula rasa bosan tahap gaban...mula lah hati aku ada kat umah mak bapak aku. best lagi duduk kat kampung.gelap gelita pun aku happy...

hari ni...dengan rasa tak best nya aku kembali menjadi warga kota.warga pulau indah yang sarat dengan kontena2....betapa jauh bezanya sebuah viva baru dengan kontena.aku rasa macam kontena tu suka memperlekeh kan aku aje...aduhai.hehehe...

malam tadi sempat aku ke i-city...wah!bertuah lah pula menjadi warga shah alam ni.malam-malam boleh pergi melepak ke taman yang penuh dengan lampu...berwarna-warni..ia membuat kan aku tertanya-tanya...berapa bil elektrik taman ni ye?..ada rumah salji juga...bila masuk memang rasa sejuk.kapas-kapas memutih umpama salji.okey lah tu walaupun bukan real...meh kita saksikan kan lampu-lampu tu

June 8, 2010

Laluan dia

pakcik R datang kerumah aku dengan badan yang merah...bagaikan udang di bakar.kelihatan kulit nya meregang bagaikan di siram air panas.kalau terkena benda tajam harus kulit pakcik R terluka.kesian aku melihat dia yang datang meminta di bantu.
Ayah dengan rela hati mencari kan daun- daun herba bagi di buat mandi untuk tiga hari berturut-turut...

hari pertama...

aku yang terkena.aku dan anak-anak selesa tidur di ruang tamu sejak kebelakangan ini.itu pun sebab cuaca panas yang tak bertapis-tapis..aku tidak tahu pukul berapa aku tersentak dari tidur. aku kira sudah terlalu lama aku melelapkan mata..puas aku cuba tidur kembali tetapi payah sangat nak tidur bila dah terjaga.tergerak hati mahu ke dapur membancuh milo suam...aku bingkas bangun sebaik sahaja aku berpusing...
alamak! dia duduk di atas kerusi...putih!bersih!..alahai...lemah lutut di buat nya. perkara yang aku sangat tidak suka....bila orang datang berubat aku yang akan tahu apa yang mengganggu mereka.sangat-sangat tidak aku gemari segalanya nya...ada masa nya aku cool tetapi ada masa nya aku tetap seorang yang penakut..

hari kedua...

Pakcik R mengadu dia terganggu dek kehadiran lembaga putih di rumah nya. sah! dia juga menunjukan diri nya yang sebenar.ayah hanya mengucap panjang...ini lah padah nya jika melakukan sesuatu tanpa mengira had. mahkluk ini sudah di ganggu laluan nya. laluan nya termasuk ke dalam rumah pakcik R...ya kita tidak melihat tetapi mahluk halus itu benar-benar wujud sebagaimana kita melata di muka bumi Allah ini....

hari ketiga...

Pakcik R datang juga menghabiskan saki baki pengubatan nya...dan ayah meminta dia mencari ubat pada sesiapa pun jua yang lebih arif...kesanggupan tiada pada ayah.sehingga hari ini bila aku berjumpa pakcik R aku tahu dia semakin hari semakin menderita....

June 7, 2010

Kesekian kali nya...

masuk yang ini...sudah dua kali aku ke mecc mines wonderland.apa lagi kalau bukan ke pameran buku...dan merayau dengan hero and heroin aku.kali ni lama sikit aku di kl...di samping menghabis kan masa senggang aku dengan anak-anak...aku juga menghabis kan masa aku untuk menanti kelahiran baby..hehehe bukan aku punye baby.adik bongsu aku akan melahirkan nya dalam masa-masa terdekat ini....so aku akan praktik kan ilmu aku semasa bekerja di klinik bidan dahulu untuk adik aku.tanggungjawab aku jugak lah sebagai kakak...

percaya tak kini aku hanya update blog aku sebulan sekali.mood yang tidak dijangka-jangka bila aku asyik dengan novel n telenovela dtv...disamping tugas rutin aku menjadi ibu yang paling sibuk untuk anak-anak aku.wah!aku benar-benar di hambat masa dan waktu...hingga kadang-kadang aku terfikir juga...di manakah masa senggang untuk diri aku sendiri...ye kini aku tidak ada masa untuk diri aku pun.membelai diri aku sebab tiada siapa yang mahu memandang nya...melainkan rumah dan anak aku.serta buku yang sentiasa tersusun di tepi katil aku....