BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

December 9, 2008

Aidiladha di Kuala Lumpur

dah beberapa hari aku tak tengok laptop aku...sebab aku tak cukup tangan nak bawak naik keretapi..dah lah orang ramai,tapi demi suami dan anak-anak aku yang dekat sana tu aku pergi lah juga...seronok ke dekat sana...?huhu...tak tahu lah nak cakap sebab hari hujan sepanjang je sepanjang aidiladha nak pergi tengok orang sembelih lembu pun tak dapat...
sebut pasal orang sembelih lembu...aku cukup terkejut bila aku pergi ke bank...ada lembu tetambat dekat tiang elektrik betul-betul dihadapan bank.bukan tu sahaja ada juga lembu yang duduk dalam garaj..canggih betul orang dekat selayang ni...tapi itu bukan lah kerja orang kita,sebaliknya orang burma yang sudah menjadikan kg Selayang Lama tu seperti kampung dia juga...
Aku sempat juga ronda-ronda menjenguk Bukit Antarabangsa...ya Allah! sedih tengok keadaan nya.memang ibarat di landa gempa bumi yang dasyat..itu semua ujian Allah terhadapa umatnya,kaya belum tentu mampu melawan takdir Allah.pengajaran nya kat kita semua..jangan duduk di kaki bukit....sambil tu sempat lah aku tengok rumah datuk K dengan Siti Nurhaliza..hehe..penuh dengan akar menjalar di dinding dan kereta Datuk K yang berflat number KBJ.....
korang mesti tertanya-tanya kenapa blog aku sepi tak ada gambar...pertamanya aku memang tak ada kamera macam korang.keduanya aku memang tak ada kamera...sedih,nak buat macam mana...sikap aku yang penuh dengan kecincaian ini tak pernah mengutamakan kamera tu sebagai barang wajib yang aku perlu ada...aku tak minat ambik gambar atau bergambar...satu-satunya gambar yang aku ada gambar ic je...kalau ada pun semua gambar yang orang curi-curi ambil...hancur semuanya!..nanti lah aku kumpul duit beli kamera...

0 ulasan: