BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

December 20, 2008

Kahwin Mualaf...


Aku sebenar nya tertarik dengan satu artikel didalam majalah mastika Januari 2009 yang kini berada di pasaran...kisah seorang gadis dari seremban yang mahu mencari jodoh di kalangan Mualaf.Bagus juga jika benar si gadis mahu membimbing mualaf tersebut ke arah kebenaran.alangkah murni nya niat sigadis.tetapi mampu kah dia..?

Pengalaman aku...aku sendiri berkahwin dengan anak seorang saudara baru.Ibu mertua aku adalah keturunan cina bangsa kek.unik berkahwin dengan mereka yang bukan sebangsa...aku boleh kenal lebih banyak budaya mereka.aku dan suami meraya kan juga tahun baru cina setiap tahun..sekadar menghormati adat dan budaya mereka.keluarga cina suami ku ini pula cukup faham akan keislaman kami...mereka akan meminta orang melayu memasak untuk kami jika kami bertandang...

cuma...yelah,bukan senang mahu membimbing saudara baru.arwah bapa mertua aku selalu melahirkan keluh kesah dihatinya kerana dia kurang berjaya mendidik mereka.termasuk lah suami aku juga.jadi tugas membimbing jatuh ketangan aku...alhamdullilah suami ku ini masih mahu mengikut kalau hendak di bandingkan dengan yang lain...mengikut tahap yang aku mampu.aku sedaya upaya cuba menjadi contoh pada sang suami.pada anak-anak...aku tahu bukan satu tugas mudah mahu membimbing golongan ini...sentiasa di duga dah teruji kesabaran.

Unik nya..muka anak-anak aku,tak seorang pun mengikut aku..melayu.semua dah jadi rojak...mata sepet,yang macam komunis pun ada.yang rupa melayu hanya yang sulong.yang dua lagi..memang copy habis muka nenek diaorang.jeles gak aku...penat aku mengandung 9 bulan 10 hari keluar jer...tengok muka..alahai!tapi mereka lah yang paling aku sayang dan yang paling comel aku rasa kan...hari-hari nak cium...huhuhu..... tak caya cuba tengok puteri bongsu aku ni...si amoi.

December 19, 2008

Buah Dokong











penah makan buah ni...buah ni terkenal di pantai timur.dulu masa aku kecik-kecik aku heran kenapa ayah aku tanam pokok buah ni,sebab iklim kat negori ni tak sesuai dengan buah ni.dah lah tu pulak masa ayah aku buat promosi sapa nak tanam pokok buah ni orang kampung sume pakat boikot siap kutuk-kutuk lagi.tapi ayah aku ni buat muka poyo je.dia tanam jugak di celah-celah pokok getahnya...
15 tahun berlalu..aku melihat sendiri pokok ini membesar.tak pernah lah berbuah.tahun lepas pokok getah di sekeliling pokok dokong ini di tebang.tak lama kemudian..kami dapati ia berbunga dan seterusnya berbuah.masyaallah..punya lah lebat buah dia.60 batang pokok berbuah semuanya..alhamdulillah.murah rezeki kami sekeluarga nak makan...
Tak lah pulak kami mampu nak makan.ayah aku dengan selamba nya pergi beli neraca,kutip buah dua tiga tong ikan duduk melepak kat depan kedai.satu jam kemudian dia balik dengan muka ceria nya.manakan tidak...sejam punye keja dapat empat ratus.selama sebulan setiap hari banyak itu lah yang dia dapat...tak kaye.!!ayah aku je.aku tak....aku tumpang makan je.sedap....lain kali bila musim datang lagi..aku ajak lah korang datang.duduk je atas pokok makan.gerenti tak nak turun.
Orang yang suka kutuk dulu,melopong tak percaya.yang tak nak membeli anak benih dulu siap mintak ayah aku belikan...itu lah ayah aku dah kata.berbudi pada tanah lumayan hasilnya walaupun penat ia berbaloi..

December 18, 2008

demam selsema..batuk.

demam kura-kura.mengigil satu badan. hidung tersumbat macam kena sumbat dengan kacang kuda.batuk menjadi-jadi tapi ais bantai jugak...itu lah aku hari ini.berjangkit-jangkit dekat anak-anak aku pulak.
nak pergi doktor aku malas...tahan jelah...huhuhu..

December 17, 2008

Kursus di Corus Hotel Kuala Lumpur


Ni aku nak tunjuk gambar aku masa kat corus hotel pada 17hb.11.2008 hingga 20hb.11.2008.aku dengan kawan-kawan aku menghadiri kursus portal..semalaya.tengok argh...ini pun ehsan kawan aku noni.PPIK Ayer Itam negeri sembilan

December 16, 2008

Hari yang paling malang...

Aku semngat nak pergi keja.sebab dah ramai budak-budak datang nak belajar dengan aku....malangnya,hari ni bila aku pergi je kat office aku...aku tengok bilik tu dah kena pecah dah lah tu...lenggang jadinya bilik tu.komputer aku lesap semuanya....
entah sapa lah punye keja dok penaya aku.sakit hati aku.dah lah aku bersusah payah ambik tender ni....penat aku ke hulu kehilir mencari orang yang sanggup nak belajar,sekali bila dah jadi mcm ni....hampa sangat rasanya. nak menangis pun ada.ada kemungkinan aku pun akan hilang kerja..apa-apa pun aku terpaksa lah tunggu dalam masa dua minggu ni tengok apa cerita pihak kementerian.
memang patut aku rasa risau giler...dalam masa seminggu ni.rupa-rupanya barang berharga tu akan lesap.sebab tu aku tak ada mood dua tiga hari ni...fikiran aku melayang-layang je ntah kemana.nak update blok pun malas.rupa -rupa allah mahu menguji aku sekali lag..huwa!!