BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

December 27, 2008

Rendang,kenduri dan rahmat hujan







Kenduri Kawin?...Rendang?...habis rendang dua kawah!terkejut aku dua ekor lembu termasuk yang aku sedekah dekat pengantin habis licin...sodap tol rendang tu,rata-rata orang semua kata sedap.siap tapau bawak balik.itu lah penangan rendang orang n. sembilan....tengok lah pulak berapa puluh biji kelapa dia guna untuk buat taik minyak tuh...lauk lain yang ada pejeri nenas,gulai lomak cili api dengan sambal ayam.terangkat betul makanan aku hari ni...
Hujan plak tetiba..rahmat tu...rahmat kat pengantin baru lah..apa lagi.Hujan kalau kat palong ni membuatkan suhu serta-merta bertukar menjadi mcm dekat genting highland.kalau panas plak macam gurun sahara....paneh. kalau dah sejuk tu memang lah sedap duduk bawah selimut,nak bangun pun malas...macam aku lepas solat subuh sambung tidur,maklum lah cuti sekolah.selagi anak tak bangun aku pun tak lah bangun lagi...hehe,tu yang terlajak sampai pukul lapan pagi....apa tah lagi dekat pengantin baru tu,mau tak keluar bilik..kot depa tak malu lah..

December 26, 2008

Akikah Hawa...alhamdullilah



alhamdullilah..tercapai juga hajat aku dan suami nak buat akikah untuk puteri bongsu kami.hawanie...antara berani dan takut aku snap jugak gambar-gambar ni...ngeri aku tengok tapi si hawa selamber derk...je tengok.besar gak lembu ni.harga nya 2500.00,daging nya ada 90 puluh kilo.daging lembu ni lah aku buat masak rendang.tumpang kat umah makcik yang buat kenduri kawin esok..
rezeki pengantin ni lah...









Tahi Minyak....

aku dah lah tuang gi rewang kat umah makcik ni...kebetulan plak pihak Felda nak aku tolong diaorang laksana kan majlis perjumpaan dengan peneroka..aku pun blah lah sekejap.datang-datang ke aku terus snap gambar kawan-kawan aku tengah perah kelapa nak buat tahi minyak...mcm ni lah cara nya.agak ketinggalan zaman cara-cara memerah santan ni tapi orait lah jugak kan dari guna tangan.sekurang-kurang nya makcik-makcik yang dah tak larat ni tak payah lah memerah lagi.guna je mesin ni...tahi minyak ni selalu orang guna nak masak rendang...rendang orang negori ni memang macam ni lah..tahi minyak nya di masak asing,daging dam rempah ratus nya di masak lain...esok aku snap plak gambar rendang yang dah jadi...gerenti kecur air liur...sementara tu tengok lah taik minyak ni...








December 25, 2008

Ku lihat hijau







memetik lagu yang anak buah aku suka nyanyi...shahidan suka lagu tu sebab dia jauh kat morocco.bila dia ingat kampung..dia ingat lah nak nyanyi lagu ni(kat morocco mana ada hutan,batu banyak lah),macam sepupu aku tina yang kahwin dengan mat salleh perancis...(dah lama tak balik so tak dapat lah nak tengok kampung dia yang masih hijo ni).dah besar anak dia agak nya,lama tak jumpa...aku bukan nak cite pasal diaorang ni.Aku nak tunjuk kat korang betapa hijo nya kampung halaman aku. di kelilingi pokok getah yang baru nak tumbuh balik selepas di tebang dan di tanam semula ni. Aku teringat nostalgia masa kecil aku,dengan kengkawan aku...mili,ajah,elin,ita dan bujang.diaorang ni semua dah tak ada kat sini.
kat belakang rumah aku aku boleh tengok seluas-luasnya kebun getah. jumlah keseluruhan nya 20 ribu ekar.luas tu...saujana mata memandang.masa aku kecik kebun getah kat belakang tu lah tempat kitaorang bermain panjat-panjat.main harimau nak makan orang,kutip bijik getah untuk di jadikan buah permainan congkak.
tau tak...biji getah bukan setakat boleh di kutip untuk di buat main aje.orang kat sebelah pahang buat masak lemak cili api...rebus dulu biji getah tu,pecah kan pas tu campur je dengan gulai lala,kerang atau apa sahaja yang kita nak..rasa nya entahlah sebab aku tak tergamak nak makan...benda tu aku buat main congkak je..hehehe...

KOCI LABU
















Aku memang tak pernah makan kuih ni..nampak pelik je.tak tahu lah kot kalau korang pernah makan.resepinya pun aku tak tahu.Aku jumpa kuih ni masa aku pergi menjengah makcik selang dua buah rumah dari rumah aku nak buat kerja kahwin sabtu ni..rasanya..hem!memang sedap.teringat pulak aku masa kecik-kecik emak aku suka buat bingka buah sawit...sedap hingga menjilat jari.

December 24, 2008

Kasih Antara Kita

aku cukup tertarik dengan kata-kata dekat depan kulit buku ni."CINTA DATANG TANPA DISEDARI,PERASAAN CINTA ITU SUKAR UNTUK DIGAMBARKAN". Cantik kan bahasa yang berbunga-bunga tu.Buku ni keluaran Creative Enterprise.kisah dia tentang cinta yang di tolak dan cinta yang hadir dari orang yang tak di harapkan.happy ending.ketebalan 584 muka surat.pengarangnya norisah a.bakar.

Cerita Tamil...


malam tadi...aku sempat lah menonton astro chanel kegemaran aku. chanel 122(velitrai)..masuk-masuk je ada plak cerita best dengan hero pujaan aku Bharat. Tajuk cerita tu Palani. aku ni peminat cerita tamil...real aku cakap,kalau nak di bandingkan dengan cerita melayu aku lebih suka dengan cerita Tamil...mcm cerita sivaji the boss,kuruvi,vel,unale-unale,chadramukhi...hero yang aku puja mesti lah bharat,vijay dan rajnikhan...sepuluh kali tengok pun aku tak kisah. setakat tengok cerita tamil kat panggung aku lah orang nya...

tak lah beerti aku tak suka dengan cerita melayu tapi aku tak tahu lah...kalau tengok cerita tamil ni aku boleh terpaku kat depan tv sampai cerita tu habis....pokok nya aku ni orang melayu yang lain dari yang lain.ini semua pengaruh mak sedara aku(isteri adik ayah aku) yang berbangsa india...dia lah yang mengajar aku macam mana nak tengok cerita tamil walaupun aku tak tahu sepatah haram pun cakap tamil....

Jom...Baca Buku Ni....



Hari ni aku bekerja di perpustakaan desa kat kampung aku ni.mengajar dekat sini lah sebab bilik aku kan dah kena pecah so gunalah komputer yang ada dekat lab ni...

Kat lab korang mesti ada buku ni.try cari. ni aku nak copy sikit cerita kat dalam buku ni...gerenti korang ketawa pecah perut....salah satu tajuk nya sentimental baju kelawar dengan indah nya malam pertama...buku ni sesuai untuk orang yang dah kahwin dan akan mendiri kan rumahtangga.pembaca nya tentu lah orang perempuan aje...sebab dengan membaca buku ni kita tahu lah perangai lelaki ni macam mana.terutamanya suami kita yang kadang-kadang bukan boleh caye sangat pun(bukan semua ye macam tu)...buku ni buku motivasi sebenarnya...untuk para isteri dan juga para suami....tetapi di garap menjadi satu cerita yang menarik denga dialog yang kelakar giler...aku membaca sampai berair mata sebab gelak tak berhenti sampai kepenghujung buku...share baca dengan suami gerenti dua-dua pun akan rasa bahagia je...

December 23, 2008

seindah warna pelangi


Aku baru aje habis membaca buku ni. Boleh lah aku bagi 4 bintang.Jalan cerita nya menarik.sehari suntuk aku membaca buku ni.Kisahnya tentang kecurangan seorang isteri yang di ketahui oleh suami nya. Yang mengejutkan si isteri bermukah dengan adik berlainan ibu...adik sendiri hingga melahirkan anak luar nikah. disebab kan dendam si suami mengahwini perempuan lain dengan harapan si isteri akan sedar diri. Isteri kedua selalunya di manja suami...berlainan pula didalam kisah ini.Isteri kedua menjadi hamba suami...kesudahan nya ..korang baca lah sendiri ye.Cari je kat perpustakaan...aku pun cari kat perpustakaan juga hehe....

December 22, 2008

Istana Seri Menanti











ehsan ayah aku...yang pergi bercuti-cuti di negeri sembilan...ini adalah istana Seri Menanti yang terletak di Bandar DiRaja Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan.Istana terletak lebih kurang 20 kilometer daripada pekan Kuala Pilah.
Unik nya istana ini,ia di buna tanpa menggunakan sebatang pun paku.Tiang-tiang nya hanya di pasak.Istana ini mempunyai 99 batang tiang untuk membolehkan ia berdiri megah.
Tuanku Antah ada lah raja yang pertama menduduki istana ini.(Gambar di atas). Istana ini memakan masa 3 tahun untuk di bina oleh seorang tukang berbangsa melayu.

Pagi Isnin yang ceria...


Ni anak bujang aku..Adam(nama yang aku copy dari novel ADAM-RAM)..malam tadi aku layan dia tengok astro cerita budak-budak dia lah TRANFORMER. aku pun layan lah sekali...okey juga cerita tu.action komedi.
Pagi ni aku ceria lah sikit,walaupun tak cukup tidur.namun begitu hal kehilangan komputer aku masih menyesak kan dada....bila aku teringat sakit hati aku. ada lah informasi beberapa orang dekat sini yang memberikan sedikit maklumat tentang komputer aku.walau pun...sukar nak percaya tapi cakap begitu boleh juga membawa kepada penyiasatan polis...ni anak aku ni,kata nya nak jadi polis biar dapat tangkap pencuri komputer ibu kesayangan nya....insyaallah,aku harap ADAM benar-benar jadi AKU DARAH ANAK MALAYSIA...hahaha....

December 21, 2008

kisah cinta aku....


apa pulak kena mengena garfield dengan kisah cinta aku ni...?
nak tahu garfield ni umur dia dah sebelas tahun...elok lagi,cantik.aku jaga macam jaga diri aku sendiri sebab cik abang sayang aku yang bagi....
macam mana aku jumpa suami aku erk...?
entah aku pun tak tahu.yang aku ingat masa tu hari raya.ada orang datang rumah.aku buat air je...hidangkan lah.wanita melayu lah pulak kan mesti lah tertib.tak ada lah niat lain pun..hanya menunaikan arahan ayah aku suruh buat air. tahu-tahu...seminggu kemudian,sedang aku syok kerja...mak aku telefon.suruh balik kampung dengan segera. aku ingat kan apa benda lah...bila balik je,alahai...adat orang meminang.ada cincin tanyanya...menanya yang empunya diri sudah berpunya atau belum. aku gelak je...hehe,tak kan nak cakap nak.malu lah aku...yang best nya masa tu saham aku memang melambung naik...pagi suami meminang,petang ada lagi orang meminang.Mamak penang..kenalan ayah aku.tapi ye lah...jodoh aku dengan anak cino ni..(aku suka panggil suami aku macam tu...manja lah konon)...aku tak reti bercinta.buta kayu pasal cinta. mak ayah kata kawin aku pun ikut je lah...alhamdullilah dah sebelas tahun kami bersama....bulan dua nanti ulangtahun kami yang ke 12...ada banyak suka duka yang kami alami.di duga dan terduga...asam garam rumahtangga kan.indah nya....kami hingga sekarang bercinta lagi.walaupun anak dah tiga.kadang-kadang sebelum tidur..kami bersms,walaupun duduk sebelah je...maklum lah anak aku...telinga lintah,dengar je apa aku cakap.tok sir nak romantik sikit....huhu....

Rambutan Berbuah Lagi la...




dah lama sangat aku tak jenguk kawasan belakang rumah aku.kejap tadi aku pergi lah menjenguk..mak datuk!patut lah mak aku bising,semak giler.aku pun capai cangkul menarah...sedang syok aku menarah rumput yang panjang tu...mata cangkul aku pulak patah.nak repair aku tak tahu plak.


last-last aku duduk bawah pangkin tempat keluarga aku selalu melepak.bawah pokok rambutan.eh..eh.pokok rambut gading aku ni berbuah lagi.tak pernah putus pulak buah dia..seingat aku bulan lima ke enam dia baru je berbuah....sedap tau rambutan kuning ni.isi dia lekang...aku suka duduk atas pokok dia makan sebab rendah sangat.tempat anak-anak aku memanjat.