BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

January 3, 2009

Alahai!kawan aku....


hari hujan hari ni..dah dua hari,hujan turun macam air(hehehe...memang lah air).aku nak pergi kerja susah.nak balik kerja susah.maklum lah kenderaan aku bumbung nye langit.moto cabuk je,itu pun aku tunggang tanpa lesen(ulu kampaung mana ada polis)....moto cabuk tu lah kawan baik aku.yang selalu terabai...kekadang sampai kering tuti dia...tadi aku baca blog lela...ye lah lela.aku rasa wajib aku masuk blog lela tu sebab aku suke.dan aku pulak jenis yang tak de kawan selain lela,moto cabuk aku,dan dak along.(janda yang tetiba suka bergurau senda dengan aku)..lagi sorang kawan maya aku...aku hot betul dengan budak ni ...aku tengok dia online dalam ym,puas lah aku buzz dia...haram kot di reply..kenapa ha...?apa salah aku kat dia?ada kah aku dah melukan kan hati dia...argh!hujan lagi buat aku tension...sebab line broadband aku dah tentu lah tak clear..bila tak clear...susah lah aku nak bertenet dengan laptop aku.Alahai kawan -kawan aku....!

Outstation....dekat je!




dalam hujan aku dan adam memenuhi tuntutan seorang kawan yang mengada kan taklimat tentang pusat perkhidmatan ilmu komuniti(ppik)..taklimat ini ada lah bertujuan sebagai pengenalan kepada mereka yang tidak tahu apa kegunaan internet itu sepenuhnya terutama nye kepada mereka yang kurang arif tentang komputer...golongan sasaran adalah mereka yang agak berbaya...(berumur)..di harap dengan taklimat ini tempat noni akan di kunjungi oleh ramai pengguna yang celik it...bravo untuk norazlina aziz..ppik ayeritam n9...


January 2, 2009

kopi susu sepatu biru

aku tengah baca noevl ni...aku ingat kejap lagi gerenti habis aku baca..pertama nye cerita ni mengundang ketawa yang tak henti-henti.kedua nye gaya bahasa dia santai sangat-sangat.memang sesuai lah untuk di baca oleh sesapa sahaja....yang ketiganye di sebab kan cite ni bez aku tak sabar-sabar nak publish kat blog aku.
cite nye tentang berkawan di alam maya..macam aku jugak lah suka berchating ntah dengan sape..emilia ada kawan maya bernama mrlapok atau firdaus

dalam masa yang sama emilia selalu bergaduh dengan mat jiran sebelah rumah bergaduh di atas sebab yang remeh temeh...tanpa menyedari mrlapok,firdaus dan mat adalah orang yang sama.....ending nyer...baca lah yer,aku nak habiskan baca buku ni...hehehe

Permaisuri Hati


malam tadi pukul 2.00 pagi aku habis katam baca buku ni..punye lah seksa nak baca.pertama kualiti buku ni sendiri...selak sikit koyak,selak sikit terbarai...memang menggangu betul.cerita nyer..okey lah,tiga bintang jer aku mampu beri.sebab kalau korang pernah baca buku ombak rindu korang tahu lah jalan cerita nya hampir sama...cerita ni tentang zulaikha yang di kahwini iskandar kerana harta.zulaikha seorang gadis desa yang cacat sedikit pada pelipis nye akibat kebakaran yang mengorban kan kedua ibu bapanye...di ejek sebagai kaknaga oleh ipar nye.menjadi orang gaji dirumah mertua sendiri.iskandar begitu bencikan zulaikha namun akhirnya dia jatuh cinta juga pada gadis hodoh itu kerana ketulusan hati budi zulaikha.sayangnye..dalam satu trajedi zulikha hilang.di khabar kan oleh hana kawan baik arwah ibu zulaikha bahawa zulaikha telah mati. wajah zulaikha di ubah dengan rawatan kecantikan dan sering di momok kan bahawa dia sebenarnye telah cuba dibunuh iskandar. ..zulaikha di perguna kan oleh hana bagai membalas dendam pada ayah iskandar...huh!letih plak nak cerita.apa kata korang cari buku ni sendiri.karya jessy mojuru,harga 30.90 keluaran creative enterprise...pada sesiapa yang berminat dengan buku aduhai suami,boleh lah melanggan dengan alaf 21.

January 1, 2009

Azam Tahun Baru...2009

masuk jer tahun baru bermakna lagi 13 hari aku akan jadi bertambah tua...dah 33 umur aku tau.alhamdullillah...aku masih bernafas lagi di muka bumi ini.azam tahun baru....entah!aku tak pernah berazam apa-apa pun sejak dulu sampai lah sekarang ni.dah pernah cuba tapi tak menjadi sebab tak ada semangat nak berazam-azam ni....bagi aku hidup aku tetap hidup aku.tak lebih dan tak kurang...tak tahu lah kenapa aku ni tak bersemangat macam orang lain.agak nyer sebab aku ni jenis selamba jer kut...ada,ada.tak ada,tak ada...mudah sangat hidup aku ni.pada aku hidup pasti..mati pun pasti.rezeki ada dimana-mana.nak dengan tak nak jer...allah dah jadi manusia ni nasib tersendiri...kawin muda,mati muda,ada anak,ada duit,tak ada duit...

December 31, 2008

BARA


Sape pernah baca karya abdul rahim awang ni...sape yang minat dengan cerita action dan fiksyen...sesuai sangat lah baca buku ni.kisah perisik yang boleh jadi apa sahaja.pilot,doktor,mat despacth...mereka di beri nama KPK(komando perisikan Khas)..mereka di latih untuk menjadi satu unit pemusnah dan pengempur.mereka sangat terlatih...hanya mereka yang sanggup meghadapi cabaran sahaja mampu menjadi golongan ini...
terselit jugak kisah cinta...di curangi isteri,di pujuk kekasih hati...aku percaya kawan-kawan aku ada yang dah baca buku ni...jadi ulang lah membaca.aku tak jemu dengan buku ni macam aku leka dengan buku RAM

Jom ikut aku skodeng



"Long jom kita gi jeram..""Buat apa kak?"..."skodeng"..selamba jer aku menjawab.start motor isi minyak...jalan.



tengok-tengok lah gambar ni.ada jantan ada lah betina..macam ikan jer layaknya...kalau air jernih tak pa..orang nampak dia buat apa kat dalam air tu...ni tidak..air keruh,sah...lah buat apa pun orang tak nampak.tetapi ingat Allah maha melihat....dunia-dunia!engkau memang dah sakit sekarang...tunggu masa je nak kiamat....amalan aku?masih zero...subhanallah...

Nostalgia Jambatan Gantung dan pokok Kundang



Pernah makan asam kundang?pada yang bukan hantu asam...sebut jer asam kundang dah mula terangkat bahu dengan memek muka masam,mencebik mulut.pada yang hantu asam pulak...kecur air liur,macam aku memang hantu asam...
ini lah pokok kundang.pokok nyer besar tapi buah nya adalah sebesar duakali ibu jari aku..tak besar tak kecik...masa aku remaja(15tahun) aku selalu lah ke jeram ni dengan kengkawan aku(bukan buat projek yer)...saja jalan-jalan sambil intai buah asam kat tanah wakaf ni.(bukan skodeng ye)..nasib baik adalah yang gugur ketanah...kalau muda mula lah pakat reramai balik dengan kayu...gugur lah buah yang tak masak tu ketanah.cecah garam sedap....penat membaling buah kundang aku akan berkejar-kejaran dengan kengkawan aku kat atas jambatan ni...bergoyang-goyang lah ia seketika bila menerima kehadiran monyet ni(kami lah tu)...dulu sebelum jambatan ni siap (ihsan askar) memang susah nak seberang sungai berjeram ni...memang kena haruk air sungai...kalau tak ujan cetek lah...kalau ujan,jangan kata selipar..orang pun pernah mati kena hanyut air deras ni...bayang kan aku dan kawan aku berkejar-kejaran kat atas jambatan ni...comel tak? ada tak macam Kuch-kuch hota hai...hehehe

December 30, 2008

Budu..oh Budu..

aku masih ingat masa zaman anak dara aku di Kampung Pandan Kuala Lumpur.bekerja sebagai seorang kerani data entry memang meletihkan..jadi balik sahaja ke asrama aku dan kawan sebilik aku budak pasir mas pakat lah tidur sahaja...
Mazlini,entah kemana lah budak tu sekarang...dah balik pasir mas lah agaknya. suatu hari dia bercadang mahu memasak...aku kata tak payah lah masak gerenti kau masak manis belaka..macam makcik kelantan yang jual nasi lemak dekat belakang office aku....dia kata.."tak lah..maz nak buat budu cecah kobis.lagi pedas lagi bez"...
Budak tu pun turun ke bawah dan bawak balik kobis dan seplastik cili api. aku tengok jer dia potong bawang,hiris cili banyak...perah asam limau tuang sebotol budu (yang dah tinggal separuh)..bau nye..alahai!
Dia senduk kan aku nasi panas."try lah kak ida..lepas ni gerenti kak ida gian"
Eh...macam tu pulak.aku pun try lah...takut kawan kecik hati pulak.sekali cecah...nyumnyum!sedap..maka laju lah aku menyuap nasi panas dengan budu cecah dengan kobis mentah...
Nak tahu tak...itu lah makanan aku bila time ujung bulan sebelum gaji.(makanan anak dara tak berduit)...hingga lah hari ni...budu tetap ada dalam peti sejuk aku...dan aku telah mengajar suami cina aku makan budu.dia pun jatuh cinta dengan budu seperti aku yang suka sangat dengan si budu...anak aku aje yang suka cakap "eeee ibu ni suka betul makan katak budu..."....erk!!!!!!

December 29, 2008

Boleh tak aku hidup gembira

boleh ke aku gembira kalau masaalah datang mencurah?
bila jiwa aku tertekan aku rasa macam nak lari..
aku bukan budak-budak lagi
aku dah tua..aku dah ada anak tiga
tapi kenapa susah sangat orang nak faham
dan orang-orang tu bukan orang lain..
parents aku jugak....
bila orang lain buat salah
segala kesalahan tu datang pada aku...
aku jugak yang salah....
aku yang begini...aku yang begitu
semua aku...
aku tak pernah minta semua ini terjadi...
segala nya di atur orang
dan semua yang salah...aku yang tanggung
betapa tak adil nya mereka...
dan air mata aku tumpah lagi....

December 28, 2008

Bosan nye aku.............

aku tak pernah di landa bosan yang maha bosan macam ni...pertama nye sebab anak aku wafi tak ada.jadi tak ada lah orang nak kacau aku dengan suara nye yang serak-serak basah tu...tak adalah aku terpanggil-panggil anje anje..dah dekat sebulan lama nya.apa kan daya suami aku yang bawak dia pergi duduk rumah wan nye di Kuala Lumpur..kalau tak di sebabkan mak mertua aku sakit,aku tak bagi juga anje tu balik sana.sunyi tak ada si debab tu....hawa pula sejak dah pandai berkawan ni dah tak peduli aku lagi...konon nya dia dah besar gajah lah tu sarung selipar duk bawah pokok..macam yang ibu dia suka buat masa mengandungkan dia dulu.aku dengar suara dia menyanyi riang di bawah pokok dengan kawan dia si ica...huh!dia dah pandai pergi rumah si ica tu ajak main....dah besar anak-anak aku.walaupun tak besar mana lagi tp dah pandai bawa diri tu okey lah jugak...kawan-kawan yang lain semua dah pakat nak ada baby lagi...dari atas bukit sampai kebawah semua dah ada kat dalam perut.aku..?teringin juga...nanti-nanti lah.kuato ada lagi sorang nak cukupkan korum 4 orang...hehehe..walaupun susah masa mengandungdan bersalin(semua anak aku di lahirkan besar.yang paling besar 4.16kg)..aku tetap mahu kan nya..kerana mereka lah harta aku yang paling berharga...tak ada duit aku tak kisah janji anak aku ada...adam daniel,wafie daniel,wafa hawanie...mereka lah raja dan ratu di hati bonda....syahdunye hati aku.arghhhhhhh....

Pernah tengok cerita Nancy Drew...?


korang pernah tengok cerita nancy drew tak..?alah cerita budak perempuan yang suka sangat menyiasat perkara-perkara yang misteri tu...
buku ni anak aku yang pinjam.Adam...suka dengan buku penyiasatan ini.tukang baca...aku lah.sebab dia masih merangkak lagi membaca.aku pun tumpang jugak lah sekaki baca buku ni.
teringat pulak aku masa aku sekolah rendah dulu. buku ni lah yang selalu aku pinjam dekat lab.sampai kan ke toilet pun aku dok usung buku ni. sebenarnya sejak dulu lagi aku minat novel-neovel macam ni,sejak dari mula nak hidup. dah lah tu di tambah pulak..dengan adventure aku dan pak sedara aku yang gemar bawak aku naik pajero dia gi masuk hutan....cari akar kayu untuk research dia....memang aku ni adventure orang nya.setakat gi panjat hutan gunung aku biasa lah pergi masa zaman anak dara dulu.setakat tengok orang histeria,aku dah biasa sangat. nanti-nanti aku cerita lah kat korang adventure aku...minggu depan aku nak pergi adventure aku dengan kelab belia tempat aku ni...pergi mana erk...tungguuuu...

Kejora di kaki langit...


aku belum pun baca lagi buku ni jadi aku tak tahu apa inti dia.hasil tulisan Darma mohammad.ketebalan 540 keluaran creative enterprise jugak.nilah aku petik sikit isi buku ni..nanti korang cari korang baca lah ye...
APA YANG AKU PEROLEHI HARI INI ADALAH HASIL KERJA KERAS YANG BUKAN SEDIKIT.SEGALA-GALANYA MENUNTUT KESABARAN...SEGALA-GALANYA MENUNTUT PENGORBANAN.DEMI HARAPAN DAN IMPIAN SEORANG IBU,AKU GAGAHI DIRI BANGKIT DARI TIMBUNAN KEKALUTAN,LELAH DAN KEKECEWAAN.KALA ITU TAK ADA SIAPA PEDULI TENTANG HARGA SEBUAH JIWA,MAKNA SEBUAH CINTA,DERITA DAN NILAI SETITIS AIRMATA.TIDAK ADA SESIAPA YANG PEDULI DAN MENGERTI..NAMUN AKU NEKAD.SESEKALI TIDAK AKAN MENGIZINKAN KESUSAHAN LALU MENJEJAKI KEJAYAAN KU HARI INI.AKU INGIN MENJADI KEJORA MENYINAR MALAM YANG KEGELAPAN,MENYERI TAMAN ANGKASA YANG LUAS.KALAU TIDAK PUN CUKUP LAH SEKADAR MENJADI KEJORA DI HATI MEREKA YANG AKU KASIHI DAN SAYANGI...ending dia...of course lah happy

My Baby Girl


"Psst Nyah! Kua kena beli motor baru"Bisik lavender.
"Apa hal?"
"Beli moto yang ada tiga seat tu.Ala ..Macam moto orang jual sayur atau putu mayam.Macam motor orang cacat tu..."
"Baik kau diam kalau tak mahu aku belasah!huh!"
"BILA AKU TAK NAK,DIA NAK.BILA AKU NAK DIA BUAT DAAK AJA"..
Karya Nass Alina Noah keluaran creative enterprise,ketebalan muka surat 478. harganyeRm22.90...cite budak-budak sekolah tapi bez,kelakar....cerita cinta seorang tomboy.tomboy pandai bercinta gak...perempuan tetap perempuan...yang di kurniai kan hati dan perasaan cuma keadaan aje yang menyebabkan golongan ini jadi begitu...