BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

April 23, 2009

Bukit Putus

orang negeri sembilan memang tahu sangat lah tempat ni..kalau nak ke Kuala Pilah memang taka jalan lain melainkan terpaksa lalu bukit yang bengkang-bengkok macam ular kena palu ni. aku nak cerita kisah rakan aku yang terpaksa melalui bukit putus ini tengah malam buta.waktu tu memang tiada satu pun kenderaan yang berselisih dengan kenderaan mereka.

dalam satu kereta ada tiga orang budak lelaki yang memang penakut gile.ntah bagaimana mereka terpaksa balik ke kampung mereka kerana mendengar berita salah seorang dari keluarga mereka sakit tenat.mereka pun beranikan diri pulang lewat tengah malam itu.
sampai di kawasan bukit putus..masing-masing terpaksa menahan rasa hati yang ketakutan.berbagai cerita menguasai akal fikiran mereka.entah dongeng entah kan benar mereka sendiri tidak dapat membuktikan kesahihan cerita tersebut. sehinggalah bila mereka tiba pada satu selekoh yang tajam..dari jauh mereka melihat kelibat seorang lelaki membawa pancing turun menyusuri lereng yang berbukit.
"malam-malam buta memancing..."tegur A
"ye lah..! gila agak nya...lagipun mana ada sungai kat bawah tu.." sahut B
serentak dengan itu mereka terbau sesuatu yang busuk.seperti telur tembelang pecah.mereka terus terdiam.sah lah itu bukan manusia.
sampai dipekan Kuala Pilah pun mereka masih terdiam tanpa kata-kata sehingga lah si C bersuara..

"SORRY LAH GENG.AKU TAK SENGAJA TERKENTUT TADI.."

la..patut lah busuk!
"Hoi...berapa harikau tak membuang?"...terus C kena ketuk kepala

5 ulasan:

Syahiddmilikku said...

wakakaka...
angker giler kentut budak tu..

zairi said...

aku x penah jumpa apa2 stakat ni.penah lalu sesorang pukul 2 pagi.alaa..jangan pikir kan sangat takut ni.lagi kita takut,lagi la ada je yang datang nak mengacau.

IdaAnuar said...

alang...memang angker!hingga menusuk kerongga hidung

zairi..aku pun selalu gak lalu lewat tengahmalam kat situ.tapi tak pernah jumpa sebaliknya kat palong jugak yang aku terjumpa....

Sulela said...

Hahahaha...cite kentut lagi. Blog aku, ko dan Atan...harharhar

Anonymous said...

ampes!
memang nak kena sula budak c tu!