BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 4, 2009

mancing,bohsia dan hospital




huh! dalam masa tiga hari aku boleh gi memancing dengan anak-anak dan suami aku dekat tasik bera.pas tu gi tengok wayang cerita bohsia.esoknya anak aku pulak masuk wad sehari sebab semput...macam hal.


gi mancing kat bera...bez dapat lah haruan 2 3 ekor sebab hari hujan lah pulak ditambah dengan orang yang ramai hari itu.


tegok wayang....weh!dah lama aku tak gi tengok wayang.kali terakhir aku tengok wayang cerita madagaskar kat summit square selayang.pas tu dah bertahun aku tak jejak kaki ke panggung wayang..maklum lah anak aku kecik-kecik lagi.tapi sewaktu aku berjalan-jalan di kiara in bahau adam beriya-iya sangat mengajak aku tengok cerita bohsia.puas lah aku terangkan..cerita tu tak sesuai untuk kanak-kanak.tapi dia masih degil pada tahap gaban dia...maka aku pun terpaksa angkut adik-adik dia yang kecik tu tengok wayang..nasib baik lah diaorang tak banyak hal...


cerita nya..alah! cerita melayu..biasa lah ada sedikit kualiti. nak bagi 3 bintang okey lah...cerita mat rempit,bohsia...gejala yang semakin melampau.


di sebab kan terkena hujan dan di tambah dengan aircond panggung.adam pulak masuk hospital sebab semput yang terlampau...biasa lah anak bujang aku kalau dah duduk situ tak kena gas 2 atau 3 kali..jangan harap boleh balik.dah biasa sangat dia kat hospital tu. orang kat situ pun dah kenal adam tu..dengan sakit dia.dengan mulut dia...macam-macam terjadi dalam masa 3 hari ni...


7 ulasan:

mamai said...

antara mancing,bohsia dan hospital..mancing yang aku suka tak kira laut atau darat janji mancing...

Syahiddmilikku said...

owwhh..
adam ada semput ke mak long?
x tau pulak alang..
bagi dia makan telur ayam kampung dengan madu setiap pagi insyaallah berkesan. bagi dia 3 kali seminggu pun ok dah.
Sian la kat mudak kicik encem tuh..

IdaAnuar said...

mamai...sama lah kita.memnacing tu memang seronok.pancing paling mahal yng saya ada hadiah dari sepupu. harga nya 7rts.lumayan kan

alang..hosptal dah jadi umah no2 adam tu.insya allah maklong akan buat apa sahaja.dia aktif..bila sakit jadi lepat.

Sulela said...

Ko buat apa ngan ikan tu Da? Ko kan tak makan ikan darat? hehehe

Macam anak lelaki aku la, sebulan sekali kene masuk gas. Anak pompuan aku dah jarang kene. Doktor kata makin besar, lelah tu akan hilang sendiri...huhuhu

IdaAnuar said...

ada kat dalam tong air umah aku..tunggu bapak aku tebas dia.tu lah kan harap anak aku pun tu jugak

mamai said...

woi set mu lebih mahal dari set aku yang terjun ke dalam laut semasa di phontom bank.....ada masa boleh le kita memancing beramai2

IdaAnuar said...

mamai...boleh.tapi saya lebih suka mancing sungai.laut tak gi lagi.pernah lah sekali gi candat sotong..mabuk laut weh.