BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

July 17, 2009

Bagaimana nak jadi orang...?

semua orang tahu bagaimana nak jadi orang...bukan orang-orang okey! tapi ramai yang tak tahu bagaimana mahu menjadi seorang insan...yelah dalam dunia ni mana ada manusia yang berjaya menjadi insan yang cukup sempurna..ada kerjaya,ada family bahagia,ada segalanya...
ada orang...ada harta tapi tak ada keluarga..sorang jer hidup pun tak happy juga
ada orang ada family..ada anak isteri...tapi tak beruwang...pun tak happy juga
ada orang ada banyak masa nak buat macam-macam tapi tak tahu nak buat apa pun tak happy juga.ada orang tak ada masa langsung hidup kerja jer 24 jam pun tak happy juga sebab tak ada ruang santai dia...ada orang tiada pegangan agama free thinker pun tak happy juga sebab dia tentu tercari-cari petunjuk dan hidayah Allah...ada juga orang yang kuat pegangan agama nya tapi tak happy juga sebab takut nak buat apa-apa segalanya kena fikir kan dosa...
macam mana aku nak jadi orang...pertanyaan arwah sepupu aku sebelum dia maut akibat penangan dadah...dah tahap menghidap aids.memang dah terlambat pertanyaan itu...aku hanya mampu jawap...manusia ni susah nak jadi orang.tapi kalau nak jadi orang-orang bila-bila masa kau boleh jumpa...dah takdir kau ...kau sendiri cari penyakit sebab apa sebab orang-orang yang memperlekeh kan engkau sejak engkau kecik. Korang nampak tak bagaimana tekanan mampu merubah hidup orang menjadi orang-orang.jadi bagaimana kita nak jadi orang kalau sekeliling kita penuh dengan orang yang suka menjadi orang-orang...terpacak mengikut telunjuk dunia yang hipokrit ni...penuh tipu daya.iman aku pun belum cukup kuat mengatakan tidak pada keduniaan..tak tahu lah kot ada orang kat luar sana yang betul-betul dah jadi orang dan cool menghadapi dunia tanpa sok sek sedikit pun....

8 ulasan:

mamai said...

manjadi orang tu tak susah tapi nak memahami sifat orang tu yang susah

IdaAnuar said...

mamai...nak buat orang pun tak susah.ye lah betul kata kau itu..memahami orang itu yang susah.

Orkid Edyliyne said...

hidup ni kan memang banyak dugaan kan...
jadi bagi kitalah...
mungkin macam mana kita cope with it....
macam kita buat selamba-selamba je...
sebab tu kot bila orang lain putus cinta masih lagi berbekas sampai berkurun lamanya...
kita bila putus, oh putus eh? oklah putus...
tapi ada kalanya kita fikir juga kenapa perlunya hidup ni kan...
tapi tak sampai membebankan diri pun... sekadar tanya dengan diri sendiri je...
yelah tengok orang bersusah payah hidup nak kenal diri sendiri...
sampai kawan kita kata, kita ni heartless...
itu yang hempeh punya cakaplah..
kalau yang best punya cakap..
baguslah tu tak payah pening nak fikirkan diri sendiri sampai tak senang duduk...
itu jelah...

IdaAnuar said...

orkid...ye lah orkid.ragam hidup.asam garam rempah ratus semua ada kat situ...cuma kalau pandai gaul sedap lah jadi nya..kalau tak memang ke longkang lah jawapnya...

Beruwang said...

ramai orang tak jadi orang sebab mereka tak tahu mereka orang harapan

zai said...

Salam Ida,
Sebenarnya tak susah nak jadi orang nie..tapi manusia ni mudah tertipu dgn syaitan sbb tu bila dah tak der perasaan boleh jadi lebih teruk dari binatang..
Ibarat kata pepatah..kalau nak jadi baik kenalah berkawan orang yg baik2..dan kalau nak jadi soleh kenalah berkawan dan menuntut ilmu dengan para alim-ulama..tak gitu..??

Mak Jemah said...

saye sangat bersetuju part last entri ni..tekanan org sekeliling merupakan faktornya

IdaAnuar said...

beruwang...macam mana nak tahu kita ni harapan orang?...

kak zai..betul lah kak zai.dunia sekarang macam-macam.susah nak tackle dunia ni...

oren...siapa yang bagi tekanan kat oren?