BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

July 15, 2009

Cinta Pertama

aku saja nak tanya pembaca sekelian...nak bincang dengan anda tentang topic ni.
apa agaknya pandangan anda tentang cinta pertama...kalau ditakdirkan anda berpisah dengan cinta itu adakah anda akan frust tertonggeng.macam mana pula di saat anda back to single samaada janda atau duda adakah anda akan kembali kepada si dia yang juga sudah single kembali?
apa rasa nya cinta pandang pertama itu...?
itu yang aku nak tahu sebab aku bute cinta..hehehehehe.mamai...ko kan pakar bab macam ni sebab ko selalu tulis pasal kecewa.

7 ulasan:

mamai said...

ida huh aku pakar kecewa yer hehehe macam tau2 aku pernah kecewa...

okay pandangan aku tak perlu

Must be ada sebab kita putus dengan yang pertama samaada kita salah atau dia yang salah.

biasanya bila kita bersama semula sukar kita atau dia nak terima antara satu sama lain seperti dulu. masing2 mungkin terlalau berhati2 supaya tak berulang perkara yang lalu mungkin...
akibatnya terlau menjaga hati pasangan dan berahsia dan lebih teruk kita memendam perasaan. and one fine day bila kita tak boleh tahan ianya akan explode dan situation become more worst..

kita akan mengungkit kisah lalu dan saling menyalahi antara satu sama lain.

well mungkin ada kebaikannya sebab kita dah mengenali hati budak sidia tapi adakah kita rasakan ianya mmg betul2 sesuai untuk kita atau kita teriam kerana kesian or perasaan sayang cinta lama....

ok pada aku senang cinta tidak semestinya bersatu...

cinta itu process kita mengenali antara satu sama lain dan mencari keserasian.

andai tiada keserasian dan kedua2 pihak saling tidak boleh menerima maka apa perlu kita kesalkan dengan perpisahan kerana itu adalah terbaik buat kita supaya tak merana di kemudian hari...

maaf panjang pulak hehehehe
aku bercakap atas pengalaman aku. ada yang tak dapat ku nyatakan...

aku mungkin salah....

Orkid Edyliyne said...

cinta pertama...
tak pastilah...
ini bagi pandangan pihak saya pulak...
biasanyalah kalau seseorang tu mengalami cinta pertama tu, pasti cinta itu yang dia ingat walaupun satu hari nanti dia dimiliki orang lain...
ia tak semestinya benda tu kita cinta, so kita akan miliki benda tu...
kalau tengok dia bahagia pun rasanya dah cukup...
but, sakit sikitlah...
tapi untuk nak kembali bersama tu rasanya payah sikit...
biasalah itu yang pertama terasa hebatnya satu cinta tu dan berpisah...
perpisahan tu pun di consider perpisahan yang pertama yang paling menyakitkan...
jika diberi peluang untuk balik pun mesti dah susah kan...
itu apa yang saya rasalah...
cause memang a bit hurt kalau orang yang kita sayang tu yang menyakitkan kita...
actually not a bit, but a lot...
itu je kot...

dina said...

cinta pertama? ye, aku percaya cinta pertama ni. aku alami...mungkin. bila terkena panahan cinta pertama ni, saat2nya memang kita ingat. renungan mata, gelak tawa, adus... semua tu terpahat dlm ingatan le. Tapi tak semestinya cinta pertama berakhir dgn perkahwinan. Cinta tak semestinya bersatu...

(apesal kata2 aku ni jiwang)

Sulela said...

Aku...mmmm....tatau nak kata apa la Da sebab cinta pertama aku dah membawa aku ke jinjang pelamin. Aku amat bahagia sekarang...hehehe

Mak Jemah said...

fuiyyo..cinta pertama..no comment..
x reti cinta2 ni..
hukhu

IdaAnuar said...

wah...terima kasih kat mamai,orkid.dina , lela dan cik oren kita....pendapat korang sangat di hargai...ye cinta pertama tak semsti nya menjadi kenyataan tetapi andai ada jodoh..tak kan ia kemana-mana...

alizarin said...

Hmm..topik yang menarik..terasa nak komen jugak setelah sekian lama jadi silent killer..opps, silent reader...

Cinta pertama kite masa kat skolah menengah (form 5)..Lepas masing2 masuk Universiti yg berlainan..Last2 kite yang mintak putus...

Dia agak profesional, sbbnya lepas putus, dia masih kawan ngan kite mcm biasa..walaupun masa tu dia dah ada makwe lain dan kite pun ada pakwe lain..

Nak dijadikan cerita..makwe dia tinggalkan dia dan pakwe kite tinggalkan kite jugak...hmmm..nasib la..

Nak dijadikan cerita lagi, kite dan dia berkawan semakin rapat, alhamdulillah tuhan permudahkan segala urusan perkahwinan kitorang, walaupun masa tu masing2 baru keje tak sampai setahun dan takde duit simpanan lagi.

Setelah kite kenal dia hampir 9 tahun (form 5 sampai keje)..akhirnya..memang itulah jodoh kite..semoga berkekalan bahagia hendaknya.