BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

September 1, 2009

Kegilaan aku...!

bukan gila nak kena masuk tanjung rambut ea...tapi kegilaan baru aku terhadap jubah pelbagai fesyen.nak jadi muslimah sejati kah aku?..hehehe(pst..pst! rahsia tau...aku ni nakal sikit)
thank u to riq coz sudi baca blog aku ni..kawan baru aku nih

aku ke firts lady masa aku shoping,shoping ari tu..okey aku angkut 3 pasang jubah dengan sepasang blouse. ramai jugak lah yang shoping hari tu sampai terlanggar orang sana sini.(3 pasang tu mak mertua aku belanja.harap anak dia sepasang pun belum tentu ada)ni aku tunggu jubah dari chidan yang bertapa kat arab tu..ntah bila nak balik anak sedara aku tu.

kenapa aku gila sangat dengan jubah ni ae...ye lah fesyen dia menarik.lagi satu aku ni suka yang senang-senang jer..sekali angkat dah terbukak semua.hahahaha...tak lah kengkawan.tahun ni aku nak ubah stail aku pulak.asyik baju kurung aje..ubah lah sesekali apa yang patut tu.dan tahun ni aku tak tahu pula kenapa aku jadi gila berbelanja...sedang aku sangat pasti aku tak kaya mana..harap duit yang masuk macam air sabun tu aje lah. tapi aku jadi gila tengok benda yang cantik tu...entah sejak bila aku jadi macam tu aku pun tak sedar. tanpa di pengaruhi sesapa aku dah pandai memilih pulak sekarang..kenapa erk.aku ada krisis identiti ke..?

KE AKU DAH GILA SEBAB ORANG GILA TU...?

6 ulasan:

mamai said...

apala kau nie Ida apa kau ikut orang gila tu....

wah shopping sakan kau yer

Orkid Edyliyne said...

belanja...
bestnya...
raya fever dah sampai...
seronoknya nak raya...
=)

Syahiddmilikku said...

patut la nak jubah..kekekek..
bulan 4 taon depan nih insyaallah..
alang singgah mekah, alang carikkan okeh..
mak longku nak jadik arab pulak dah..
ngahahaha...

dina said...

aku tahun ni pun berjubah da, kekeke... taktahu le nape rasa cam jubah tu cantik gile bila aku pakai (sebenarnya nak ckp mcm aku ni cantik gile bila pakai jubah) hahaa... aku tahun ni beli kaler purple dgn pink... betul kata kau, senang jek, nak buka angkat jek kan... hahahaha...

mamai said...

mana kau ilang nie..

IdaAnuar said...

mamai....aku pun tak tau kenapa aku leh ikut orang gila tu...

orkid...teringat lak lagu raya ni..ish!syahdu nya

alang...bulan 4 tahun depan balik ea...wah!tak sabau nak tunggu jubah dari arab saudi ni

dina...kita memang cantik bila berjubah.maklum lah tutup aurat..huhuhu.

mamai...aku ada.apasal kau tak msg jer tanya aku