BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

February 20, 2009

awan...


hari ni sambil aku baring-baring...aku rasa macam sayu je tengok awan ni..dalam kepala aku masih sempat terfikir kata-kata laksamana sunan terhadap haryani...lalu di tulis di atas mushaf.
AWAN KALAU DAPAT DI CAPAI..MAKA SAKTI LAH HAMBA....(betul ke ayat tu?)
rasa macam nak usik je awan tu...boleh tak?

Boleh ke macam ni..?


lubang kat pokok rambutan ni aku dapat masa aku tengok apa lah anak aku buat bawak air dari bilik air pas tu curah kat dalam batang pokok ni...
besar jugak lubang ni..lantas aku pun tanya anak aku..
"anje buat apa.."
"yam tok.."(siram pokok)
"apa pasal lak siram pokok.."
"Dia nak num.."(minum)
"Ni lubang apa..?"
"Ulut iye lah..."(mulut dia lah)
"mana pokok ada mulut.."
" Ni..anje tak air.."(ni anje letak air)...
"Itu bukan mulut dia."
" itu lubang dia.."
"Macam mana plak dia ada lubang?"datang si abang bertanya..
aku tak tahu nak jawab.datang suami aku yang kekadang fius terbakar tu gi cakap
" Kesian pokok tu ...ni musim panas,elok lah bebudak tu siram..menyerap gak air tu kat dalam batang dia.."
aku tertanya-tanya plak...boleh ke macam ni?sebab setahu aku orang siram pokok kat pangkal pokok bukan tuang air dalam lubang yang ada kat pokok tu...

aktiviti kitaorang semalam...








ini lah aktiviti yang kitaorang buat dalam masa sehari...belajar buat manik pas tu gi cat pagar sekolah agama lak..buat amal kan


February 19, 2009

kesudahan nye




setelah sekian lama,lebih kurang sebulan aku duduk dekat lab (tumpang orang)akhir nye aku balik duk kat office aku nih....dimana kat sini lah bebudak datang melayari internet termasuk lah aku sekali yang mengguna kan stremix kat sini untuk update blog aku...broadband pun ada jugak...punca nye petugas lab tu tak suka kerja dengan orang lain.melainkan dia sorang aje

February 18, 2009

aneh nye...dunia

cuba korang bagi tahu aku...
kalau customer ramai..menyemak ke tempat korang keja?
macam aku ni...
aku mengajar it..
duduk dekat lab..
tak kan aku nak kacau keja orang lab tu kan..?
baik aku buat keja aku...
tapi dia kata nanti tempat dia semak...
budak-budak tak ada tempat nak duduk..
pada hal...bukan ramai pengunjung pun..
dan aku pulak...ramai yang datang belajar it..tahu aje lah benda macam ni orang lebih suka
petik jer dengan jari...
semua ada..berbanding buku..(buku pun penting jugak)..
apa kes dia ni ku pun tak tahu..
ada orang kata dia ni tak suka kerja dengan orang lain..
kerja dia tak boleh kesana kemari
kerja aku boleh duduk lepak rumah orang ajar it...
kerja aku boleh buat sesuka hati...
kerja aku boleh buat aku selalu kesana kemari..
mana nak sama dengan kerja dia yang duduk aje kat lab tu...
bos aku tak macam bos dia cerewet..
bos aku cincai sebab aku ontime..kerja siap...
tendion aku dengan keanehan orang ini...
sebab suka kerja sorang-sorang macam tunggul...
tak apa aku redha...dan aku akan duduk office aku balik...
lagi aku senang...aku tidur pun orang tak nampak...

February 17, 2009

Lawak bodoh...!

"semalam A kai masuk lagi"
"banyak lah dia dapat lauk dia tu.."
"standart lah a kai kalau tak dapat sepuluh eko bukan dia lah.."
"aku kan..kinzhir mati kena tembak ,aku makan.."
"Gilo...haram lah woi!"...
"Mana pulak haram...aku kata halal jer..."
"kureng apa otak ko..."
"Apa plak kureng...tak betul apa aku cakap.."
"Dah nak mati agak eh...buang tebiat.mana ada orang islam makan benda alah tu.."
"Bila pulak aku kata aku makan benda alah tu..."
"habis ko kata khinzir mati kena tembak ko makan.."
"habih kalau dia mati aku tak boleh pulak ke MAKAN?"
..............................................................!!?

"ada aku kata khinzir kena tembak,daging dia aku makan..."
"cuba ko baca betul-betul...

"KHINZIR MATI KENA TEMBAK,AKU MAKAN"

"ye lah ko tak kata pun ko makan dia...ko cuma kata ko makan...

huwaaaa...!lawak ko memang bodoh.

"aku nak makan aku bukan kira kalau dia dah mati kena tembak kan!kan!"

nak aje aku zass budak nih....!

February 16, 2009

Dunia ku...

tiba-tiba aku ingin menjadi
seorang pencinta tegar
pada dunia ku sendiri...
tiba-tiba aku rasa..
aku tak ada idea nak tulis blog lagi..
tiba-tiba aje aku rasa...
aku nak menulis cerpen dan puisi macam dulu-dulu..
dan tetiba jer aku rasa...
bosan dengan komputer aku..
aku tak tahu kenapa
mungkin sebab tadi aku tahu..
cermin mata aku bertambah lagi powernye
menanda kan rabun aku dah tahap gaban...
argh...dunia aku...tak ada yang berubah
melainkan aku bertambah rabun...
jadi aku memang di tahap malas ala badak air..

Kena lagi...

dengan penuh perasaan aku dan kengkawan bercerita tentang kebuluran dan kemiskinan
"kesian kan...ramai betul orang mati tak makan kat afrika ni..."
"dah susah nak dapat makanan...camne nak buat.."
"derma lah banyak mana pun...tak jugak mampu nak bagi diaorang makan..."
" kita ni dapat makan ikan masin pun dah alhamdullilah.."

tiba-tiba datang budak dua alam ni...pakat tak nak layan.dah tahu dah...mesti kena punye.

"korang cerita apa ni...serius jer nampak"
"sibuk lah ko...gi main jauh-jauh.."aku jawab tapi kawan aku yang lagi sorang...
"kitaorang cerita pasal afrika..kesian ramai orang mati tak makan..."
"nape plak nak kesian...kau ni yang tidak-tidak aje..."
"kau ni memang buta hati lah tak ada perasaan ke apa..."
"apa pulak buta hati ...betul lah tu,buat apa nak kesian..."
"melampau lah kau ni..."
"apa pulak melampau...cuba kau fikir..." Dia meletakan jari nye dekat kepala..
pas tu dia sambung...

"semalam aku gi ziarah pak mat meninggal dunia,mati...tak pulak aku tengok dia makan..."
"iye lah orang mati tak makan...mana ada orang mati makan"
"ha..tau pun kau...mana ada orang mati makan,yang kau kesian kenapa?"

sadis aku dengar!bernanah telinga..nak tak hendak...aku gelak jugak.

kesimpulan nye...ayat biar betul...kebuluran bermaksud orang mati sebab tak dapat makan..bukan ORANG MATI TAK MAKAN.
"

February 15, 2009

Petang Semalam...

bila jam sudah menunjukan ke angka 6 petang...askar-askar aku mula lah duduk berkumpul dekat tepi moto cabuk aku tu...dengan bunyi yang bermacam-macam.
"nek to bu..."
"ngok mat pit bu.."
maka aku pun dengan suami aku bawak lah diaorang melakukan riadah rutin diaorang tu..berempat satu moto.kadang-kadang aku buat jugak lawak bodoh...
"dah tak muat moto ni bang..."
"ye lah budak dak besar-besar lah pulak".
"kita tambah aje lah kayu kat belakang..senang."
"ibu ni mcm orang asli pulak.."
dah kenyataan nye moto tu memang dah tak muat untuk kitaorang.tak kan berjalan dalam kampung nak naik kereta...tak menasabah.nanti orang kata aku menunjuk pulak.

sampai dekat kawasan paya(nak gi rumah aku memang kena lalu paya ni..paya ni BERHANTU) tiba-tiba suami aku berhenti dan pusing balik..
"nape..?"
"cuba tengok nih..apa tu bu.."
suami aku pun tunjuk kat atas jalan.ADA BULU...WARNA HITAM.BANYAK PULAK TU...
aku pun heran.bulu apa pulak lah ni...lalu aku teringat cerita orang kampung selalu nampak lembaga kat paya nih...aku pun apa lagi,cepat-cepat ajak suami aku blah...
"pontianak tertinggal rambut kat atas jalan lah agak nye.."
"mulut....eee,cabul"
musykil betul aku....bulu apa lah agak nye tu...