BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

March 27, 2009

Cerita Kawan Aku


semalam aku berbual dengan kawan tentang cerita hantu....bez cerita nih...jom kita baca sesama


" kau tahu simpang PD dengan P3 tu...?"

"Tahu...Nape..?

" Ko tahu orang selalu jumpa hantu kat situ...?"

" Tahu ...tapi cerita ko versi yang mana pulak..."

" Macam ni cerita dia....


Musim orang kawin menyebab kan mamat dengan sebat(nama main ambik jer)...selalu lah melepak menunggu acara kemuncak joget lambak berlangsung.walaupun dia tak kenal dengan owner kenduri tu..biasa lah budak-budak muda.

Mamat tak suka sangat berhibur.memang dia clean...berbanding sebat yang suka minum todi dan ambik ganja. maka pekena lah si sebat dengan benda haram itu kat rumah orang kawin tadi.


masa balik...jam lebih kurang satu pagi...si sebat dengan macho nye membawa motorsikal dan si mamat menjadi pembonceng....nasib jer tak accident...dengan mamai nye sebat memperlahan kan motosikalnye apabila sampai di satu selekoh. sebab dalam mamai dia boleh nampak seorang makcik membawa dua orang anak nye berjalan tengah malam buta.senyap sunyi tak ada makluk lain.

si mamat bertanya.." Kenapa makcik?'

" Moto pancit,pakcik kau gi betul kan kat palong4."

" kat palong3 kan ada makcik..'

" entah tak tahu lah pakcik kau tu.."

' Tak pe lah makcik ...kami jalan dulu lah nak tumpang kan pun tak muat ni..'

" Tak apa..makcik jalan lah perlahan-lahan..."

" Pergi dulu ye makcik..."

" Yelah nak..."

Si sebat pun menyetat moto dan segera berlalu. mamat tidak sedap hati. dia menoleh ke belakang...tetapi mamat melihat..MAKCIK TU DAH GHAIB DENGAN ANAK-ANAK NYE SEKALI... berderau darah mamat. berlainan pulak si sebat...dia tak heran sebab dia tengah hayal.


sejak itu mamat tidak pernah lagi turun ke mana-mana joget lambak lagi walaupun kawan-kawan nye puas memujuk...

Moral nye kat sini...jangan balik lambat-lambat.nanti momok tunggu...kat tepi jalan

March 26, 2009

Dinihari dan orang gila



Dinihari tahun 1988,sewaktu itu aku baru sahaja berusia 12 tahun...aku terjaga dari tidur apa bila mendengar bunyi riuh rendah di halaman rumah(masa tu rumah kecik jer...rumah FELDA)

"Ha...pintas!Pintas!"

"Ha..cepat,cepat"...

aku pun melihat apa yang bising sangat . aku melihat mak aku duduk di dalam gelap dengan sebatang kayu. memandang ke arah tingkap.

"Apa tu mak bising-bising?" Selamba aku bertanya.

" Ish,,,diam tu nak tangkap orang gila..'

Demi mendengar sahaja perkataan gila aku dah boleh agak sape yang buat hal..sama macam tahun-tahun sebelum itu. memang kejadian ini bukan lah pelik.

"Ha..dah dapat! dah dapat!..." Aku mendengar suara orang bersorak. Dah dapat lah tangkap tu. aku pun meninjau di sebalik tingkap. aku boleh melihat orang gila tadi di serkup dengan Guni sambil meronta-ronta. Kesian pulak aku tengok...tapi kalau tak di buat begitu sure dia mesti mengganas...

Bila sebut orang giler aku teringat cerita ayah aku tentang orang gila kat kampung dia..

si hamba allah otak mereng ini kehulu-ke hilir hanya berkain pelikat tanpa memakai seluar dalam.(korang boleh bayang kan lah macam mana)..suatu hari beliau teringin nak minum air kelapa muda.maka beliau pun memanjat pokok kelapa tersebut. di jadikan hal..tiba-tiba kain yang dia pakai terlucut lalu jatuh ke bawah(bayang kan apa jadi dia kat atas tu)...di sebab kan dia mereng,otak tak betul...jadi dia memang tak boleh duduk diam-diam atas pokok tu....lalu lah seorang makcik di bawah pokok kelapa itu maka dia pun menjerit...

"JANGAN PANDANG ATAS,PANDANG BAWAH"!

kalau korang lah jadi makcik tu mesti korang pandang atas kan...nak tengok siapa lah yang terjerit-jerit tu...APA JADI KAT MAKCIK TU BILA DIA PANDANG ATAS.!!!!

ahahahaa....makcik tu terus pengsan bila tengok manusia ada ekor kat depan tengah panjat pokok kelapa!!

March 25, 2009

misteri makcik tua!

sekitar tahun 1990..aku terpaksa bersekolah sessi petang.dan macam biasa kawan baik aku zaimee akan bersama aku mengekori aku ke sekolah....tengahhari itu,aku bergerak keluar dari rumah kira-kira pukul 12 tengah hari.memang time benda mistik ni suka berjalan-jalan...
ingat tak entry aku kat paya di mana aku mendengar suara orang ketawa dan membasuh...kali ini aku jumpa makcik pulak dekat paya tu...boleh plak dia bertanya..
"dik ...kat mana umah hasnah,isteri ismail"
"makcik ni siapa...tak pernah nampak pun" aku bertanya lah jugak sebab aku memang kenal hasnah tu termasuk la saudara mara dia.tak kan makcik ni aku tak kenal..makcik ni sangat pelik pada pandangan mata aku..
bajunye serba hijau dari atas ke bawah,kasut,handbag hingga ke celak mata berwarna hijau...pelik lah tu,mesra alam sangat makcik ni.
aku pun tak lah banyak cerita..lantas aku tunjukan lah rumah makcik tu.
di jadikan kisah keesokan hari nye...si zaimee membuka cerita
"eh! ko ingat tak makcik mesra alam semalam tu"
"ha...nape...dia kan gi umah cik nah"
"mana ada...aku siap tanye ciknah ada tak sedara dia cari...dia kata tak ada pun."
"eh!biar betul..
ke mana ye makcik tu hilang? selepas itu lah aku mendengar cerita ciknah tentang kain nye yang sudah siap di basuh di angkat oleh entah sesiapa...dan di rendam dalam bilik air. sejak itu juga aku dapati ciknah selalu sahaja sakit...misteri sakit ciknah itu....dan aku juga mendapat tahu...arwah ciknah mewarisi saka ibunye...adakah makcik hijau itu saka arwah ciknah?...
entah....aku tiada jawapan nye

March 24, 2009

cuti-cuti ke Pahang











Selepas balik dari Temerloh hari ahad kelmarin aku sempat singgah di Tasik Bera...hijau kan? tersangat lah mendamaikan suasana di sini.Masuk sahaja ke jalan utama untuk sampai ke tasik ini lebih kurang 4 kilometer..aku dapat mendengar berbagai bunyi unggas berlagu-lagu.tenang dan mendamaikan..hutan yang masih belum tercemar memang sesuai untuk mereka yang mahu kan kedamaian..di tasik ini ada tersedia chalet,hotel dan asrama dengan kadar bayaran yang berpatutan.tersedia juga package yang menarik.kat sini kita boleh memancing,melawat kampung orang asli yang terletak di seberang tasik....kalau nak adventure boleh lah cuba jungle tracking(aku suka masuk hutan nih)..berkayak atau jungle tracking waktu malam...ada juga di sedia kan bbq..bayaran nye memang berpatutan. ada juga river cruise...wah!memang bez..dan aku dah merancang dengan kengkawan aku nak gi sini bermalam...sapa nak ikut? JOM LAH!...

March 22, 2009

Jom Gi Temerloh...











ari ni Ahad...adoi lah! letih tapi aku happy sebab dapat gi ke Temerloh sekali lagi.ke Hospital sebenarnye melihat anak angkat mak aku masuk hospital gara-gara tak cukup kayu nak potong dia gi potong tempurung lutut dia...kesian.tapi aku tak nak cite pasal dia sebab aku tak leh ambik gambar dia..aku tak sampai hati.aku hanye nak tunjuk kat korang...ikan patin,ikan talapia sungai pahang...di mana pekan temerloh paling terkenal dengan kesedapan ikan patin nye..di ingat kan kalau bawak RM50 jer jangan mimpi nak makan ikan patin cap temerloh...sebab mahal.tapi kalau beli kat tepi sungai sepanjang jalan dari bera ke temerloh memang murah .sekilo RM14 jer...kata orang ikan ni kalau di masak tempoyak memang sedap.aku tak makan ikan patin sebab aku memang geli dengan ikan berkulit ala-ala pelakon tamil tu...(jangan marah ye)...