BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

April 17, 2009

Aku tertarik

aku tertarik dengan entry sulela tentang suara yang mengejutkan dia daripada tidur. ini menyebab kan aku teringat pada sesuatu yang hingga kini sering mengejutkan aku bila tiba waktu sembahyang subuh...
kalau korang masih ingat dengan entry aku tentang gangguan yang aku alami sewaktu mengandung baby no.2..makluk ini juga lah yang sering menguis ibu jari kaki aku setiap kali aku terlajak,tak dengar azan subuh(tidur mati lah tu...hehehehe.)...waktu nya mesti 6.30 pagi.mula-mula ia terjadi aku hanya mendengar suara di dalam mimpi yang mengatakan..."DAH MASUK WAKTU SUBUH"..itu sahaja sudah membuat kan aku terjaga...belum lagi,aku melihat kelibat orangnya kebilik air,lalu depan aku dengan muka basah berwuduk.itu belum lagi suara nya mengaji sayup aku dengar pukul 1 pagi...tak lagi dengan cakaran di dinding yang memberi petanda-petanda salah laku individu yang rapat dengan aku. juga bukan lagi suara halus yang memberitahu bersedia atas apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi....
istimewa sangat kah aku hingga aku di beri keistimewaan yang begini....yang menakutkan aku pernah melihat wajah orang lain di sebalik wajah seorang pesakit yang di rasuk hantu...sangat menakutkan....sulela..alangkah baik nya kalau kau juga boleh menjadi seperti aku boleh melihat bukan sekadar mendengar.lela..kita boleh belajar bersama dengan chiddan. dia lebih arif bab yang begini...itu lah sebab nya aku nak sangat pergi kursus rawatan secara islam itu...hehehe..jeng!jeng!jeng!..gasak lah,dak lela dah termasuk di dalam kumpulan mata dan telinga yang terbuka hijab nya....chidan dan aku dah ada geng!

permasaalahan dan penyelesaian

......aku tak suka nak jadi manusia hipo yang pandai bermuka-muka.maksud nya depan belakang ada muka.belakang makan depan pun makan...aku bukan begitu orang nya. aku sibuk sesangat...membuat surat bagi menjawab pertuduhan seorang hamba allah yang dah jadi kaduk naik junjung. yang menjadi kan diri nya macam berkuasa besar.kalah PM. padahal dia hanya ketua cawangan sahaja...dan yang lebih malang nya dia hanya menumpang di felda palong 7 dia bukan anak peneroka melain kan anak tiri peneroka.mengapa pula dia yang berlebih hendak menentukan hala tuju kitaorang belia di sini....sudah lah dia menghabiskan duit kerajaan dengan projek yang entah apa-apa.nampak maju sekali tetapi akhirnya menjadi projek gajah putih,sarang maksiat kat palong7 ni. ..membiarkan belia terkontang-kanting . bila kitaorang bangun dan tegak berdiri dia boleh cuba mencantas kami dengan pelbagai alasan. parti pembangkang lah...menyokong pembangkang lah. tanpa di selidik kenapa dan mengapa. itu lah yang cuba aku dan team aku jawab saat ini....kiranya persatuan kitaorang dah jadi macam medan politik pula. apa yang tak best nya memo tersebut telah dihantar kepada PM sekarang. tak ke melampau...dan aku nekad mencabar beliau ini.bukti kan siapa yang mempunyai sikap paling buruk sebagai pekerja dan pemimpin...dia atau pegawai felda yang bertugas. cukup lah dia menjadikan masyarakat felda palong 7 terpecah dua. kami akan cuba membetulkan masaalah politik kotor saudara ini...cukup-cukup lah menjadi pemimpin talam dua muka. aku tak peduli lagi kalau aku dan team aku terpaksa menghadap parti UMNO sebab salah laku beliau ini...bukti kesalahan nya ada di tangan kami. jangan sampai terburai...memalukan diri sendiri sudah lah wahai saudara yang berkenaan

April 16, 2009

aku dah bosan

aku dah bosan dengan situasi orang lain yang sebab kan aku jugak jadi huru hara. aku dah menyampah dengan mereka-mereka yang tak pernah fikir hati aku dan perasaan aku....kalau orang lain mungkin aku tak peduli tapi ini keluarga aku sendiri...jadi sebelum aku jadi gila,aku nekad nak blah dari diaorang dan aku rasa aku tak nak dah balik kesini.....jadi bila korang tengok blog aku tak hupdate tuk masa yang lama di masa akan datang korang tahu aje lah aku tengah uruskan pemidahan aku...buka akaun stremx dan beli laptop baru..huhuhuargh....aku tension giler ni

April 15, 2009

neon kota









apa aku boleh kata tentang Kuala Lumpur di waktu malam....Cantik! Gambar ni aku ambil di sekitar KL..tak pro sangat sebab aku ambik dengan hp jer...tapi okey lah....

April 13, 2009

Pesan Untuk Semua

...hahaha...aku akan on the way ke Key ell jap lagi...esok nak ke Fedlot di mount kiara.temuduga..yeyeye.dah siap dah beli kasut tumit tinggi dengan blouse nak pakai esok.mintak-mintak ada lah rezeki anak-anak aku....lepas temuduga aku nak ke Felda pula. ada urusan rasmi dengan Dato Ramli.ish...sejak dua menjak ni urusan aku dengan dato-dato jer...ntah apa hal aku pun tak tau.yang aku tahu...aku busy sangat. nak update blog pun petang-petang aje nak baca blog kengkawan pun lambat-lambat aje. tapi wajib pagi-pagi mesti pekena dak lela aje...lela,ni dua ari aku tak ada ko jangan rindu lak kat aku ye....jaga diri korang