BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

April 23, 2009

Bukit Putus

orang negeri sembilan memang tahu sangat lah tempat ni..kalau nak ke Kuala Pilah memang taka jalan lain melainkan terpaksa lalu bukit yang bengkang-bengkok macam ular kena palu ni. aku nak cerita kisah rakan aku yang terpaksa melalui bukit putus ini tengah malam buta.waktu tu memang tiada satu pun kenderaan yang berselisih dengan kenderaan mereka.

dalam satu kereta ada tiga orang budak lelaki yang memang penakut gile.ntah bagaimana mereka terpaksa balik ke kampung mereka kerana mendengar berita salah seorang dari keluarga mereka sakit tenat.mereka pun beranikan diri pulang lewat tengah malam itu.
sampai di kawasan bukit putus..masing-masing terpaksa menahan rasa hati yang ketakutan.berbagai cerita menguasai akal fikiran mereka.entah dongeng entah kan benar mereka sendiri tidak dapat membuktikan kesahihan cerita tersebut. sehinggalah bila mereka tiba pada satu selekoh yang tajam..dari jauh mereka melihat kelibat seorang lelaki membawa pancing turun menyusuri lereng yang berbukit.
"malam-malam buta memancing..."tegur A
"ye lah..! gila agak nya...lagipun mana ada sungai kat bawah tu.." sahut B
serentak dengan itu mereka terbau sesuatu yang busuk.seperti telur tembelang pecah.mereka terus terdiam.sah lah itu bukan manusia.
sampai dipekan Kuala Pilah pun mereka masih terdiam tanpa kata-kata sehingga lah si C bersuara..

"SORRY LAH GENG.AKU TAK SENGAJA TERKENTUT TADI.."

la..patut lah busuk!
"Hoi...berapa harikau tak membuang?"...terus C kena ketuk kepala

April 22, 2009

aku busy...



kerja aku kalah wakil rakyat...nampak sikit tapi ada beratus helai kertas yang aku kena buat kan emel..pas tu ajar orang nya..pas tu keyin dalam excel..pas tu cukup bulan emel kat bos...lepas tu kalau salah...jangan harap claim akan dibayar cepat0cepat.simple kan....wargh! aku tension sebab aku kena update data hp baru....

hampes,crempes nye manusia...!

baca tajuk korang dah tahu kan aku tengah marahhhhhhhhhhhh giler. Hp aku pulak kena kebas dek tangan panjang yang tak berwajah.banggang nye manusia. hp murah tu pun nak kebas. aku tak heran hp tu...langsung tak heran.yang aku heran kat dalam tu menimbun no hp..pakwe makwe pakcik makcik aku....wawaawa!termasuk lah no. pakwe aku yang kat morocco n indon tu...kalau aku dapatkan balik no yang sama pun aku kena gak buat keje...mencari no mereka semua.memang jahat nye manusia.kau tanggung lah dosa cilok hp murah aku tu....dah lah aku kena bekerja dengan ikhsan hp aku.mana tak nya segala gambar berkaitan keja aku ada kat dalam memo hp tu...mati aku nak korek balik gambar-gambar tu...tak sempat nak download dalam komputer aku...dah 1oo kali aku melalak mengenangkan betapa bertimbun nya keja aku nih...kena lah aku merayap sekali lagi.repeat mana yang patut...tolong!tolong!

April 20, 2009

untuk shahidan











cekur , kunyit,ibu dan ayah..harta paling bernilai kat chidan...gaya ibu nya memasak..hui! korang tahu sambil masak dia sempat alihkan cekur yang dah penuh sepasu ni kat tempat yang lebih besar.tanpa aku tanya ibu chidan memberitahu ini cekur yang alang tanam sebelum dia naik kapal terbang....kunyit tu pulak dia saja suruh aku ambik gambar konon nya nak bagi tahu chidan...ibu dah berjaya tanam kunyit..hahahaha! ayah chidan tu pulak...lagi terer,dari seawal jam 9 pagi tangan ajaib nya tak berhenti mengurut orang..yang terseliuh,yang patah...semua datang.aku pulak dengan selamba nya menyuruh ayah chidan membuat sistem nombor...susun kerusi kat luar.ikut angka giliran......selalu aku lah yang lepak kat umah chidan nih.bila hujung minggu..sambil aku selesaikan beberapa hal aku...untuk alang chidan...upload lah gambar-gambar ini..apasal tak kol time maklong ada kat situ?