BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 9, 2009

Susah macam mana pun...

Susah macam mana pun...
seksa macam mana pun...
terpaksa mintak kat orang...
aku tetap nak jugak...
macam ni...
boleh bercinta dengan kekasih gelap dalam terang aku ni...
aku mesti cari dia..sebab...
aku cintakan dia dan
aku sayang sangat dengan dia...
kadang-kadang..aku tak ingat dah benda lain..
aku ingat dia aje...
korang mesti pelik..apa lah dak ida ni.
ada suami tapi nak bercinta lagi pulak...
suami aku itu je lah sorang yang aku ada..
cinta aku ni pun adalah sorang jugak yang aku ada...
korang nak tau apa dia...
ni ha..yang ada ABC sampai Z
dengan tikus ni ha...ada otak jugak lagi...
Komputer lah..apa lagi..
aku cilok ibu chidan nye komputer...menyusup ke dalam bilik dan...jeng-jeng..
lantas aku membelai cinta hati aku ni sepuas hati...

May 6, 2009

Apa nak dikata.

Kesian dengan nasib seorang kawan menyebabkan aku terfikir kenapa tidak aku minta pendapat kawan aku yang lain..pendapat di atas pendapat.Kawan aku ni perempuan baru berusia 29 tahun tetapi dalam usia yang sebegini muda telah ditakdir kan jodoh nya berkahir sekelip mata.Tapi aku rasa dia seorang yang cukup kuat dan tabah.Dia ternyata seorang wanita yang redha dengan ketentuan ilahi.

Namun nak di jadikan cerita datang seorang lelaki...suami orang tetapi belum mempunyai anak selepas 6 tahun berkahwin..bayangkan perasaan seorang lelaki yang merasa egonya pasti tercabar bila orang memperkata kan tentang kehadiran seorang bayi dalam hidupnya...yang tak bez nya mengapa kawan aku ini juga yang di cari sebagai galang ganti keburukan si isteri yang sering di canangkan...owh!aku kesian dengan si isteri..kalau lah dia tahu siapa suaminya itu.
aku sering sangat dah jadi penyelamat kawan ku ini..selamat kan dia dari di jejaki oleh jejaka ss ini.puas lah dia menerangkan ,menolak malah berkeras kata-kata tidak mahu akan lelaki ini..tetapi lelaki ini memang bodoh tak faham bahasa..
kalau di terima...orang akan tetap meyalah kan kawan aku ini...maklum sahaja lah.dia janda.nanti di kata orang dia jugak yang tak sedar diri sedangkan lelaki itu yang tak sedar diri nya sendiri...habis cam no...?

gambar kursus hari tu




dua gambar ni aje yang aku ada itu pun ikhsan kawan aku...yang terkena rasuk tu yang berbaju hijau....aku dah temuramah dia apa dia rasa masa kena rasuk tu...dia hanya kata dia nampak langit lepas tu tak tahu apa-apa lagi.sedar-sedar dia boleh tanya aku..kak kenapa tangan saya sakit.tengkuk saya pun sakit ni....aku takut nak jawap.takut dia buat hal plak dalam kereta nanti...begitu lah rupa nya orang tak sehat ni..masa makan tengahhari lagi dia dah kata..badan dia rasa seram sejuk.rasa takut...tapi aku pulak saspek dia ni sakit sehingga lah ketika kejadian itu berlaku...suara nya menjerit sangat nyaring.bagaikan pontianak...seram giler.

May 5, 2009

rembulan..

Dalam pekat malam...
Aku dongak ke langit..
ku tersua bintang bergemerlapan....
ku terlihat rembulan berseri cahaya..

Kusatu kan menjadi untaian..
Untaian sang pujangga malam...
yang lara di hatinya..
yang sendu di jiwanya..
gemerlap bintang bukan penerang
limpah cahaya rembulan bukan penyuluh..
tak mampu jua membasuh..
lara dihatinya
sendu di jiwanya...

May 4, 2009

mancing,bohsia dan hospital




huh! dalam masa tiga hari aku boleh gi memancing dengan anak-anak dan suami aku dekat tasik bera.pas tu gi tengok wayang cerita bohsia.esoknya anak aku pulak masuk wad sehari sebab semput...macam hal.


gi mancing kat bera...bez dapat lah haruan 2 3 ekor sebab hari hujan lah pulak ditambah dengan orang yang ramai hari itu.


tegok wayang....weh!dah lama aku tak gi tengok wayang.kali terakhir aku tengok wayang cerita madagaskar kat summit square selayang.pas tu dah bertahun aku tak jejak kaki ke panggung wayang..maklum lah anak aku kecik-kecik lagi.tapi sewaktu aku berjalan-jalan di kiara in bahau adam beriya-iya sangat mengajak aku tengok cerita bohsia.puas lah aku terangkan..cerita tu tak sesuai untuk kanak-kanak.tapi dia masih degil pada tahap gaban dia...maka aku pun terpaksa angkut adik-adik dia yang kecik tu tengok wayang..nasib baik lah diaorang tak banyak hal...


cerita nya..alah! cerita melayu..biasa lah ada sedikit kualiti. nak bagi 3 bintang okey lah...cerita mat rempit,bohsia...gejala yang semakin melampau.


di sebab kan terkena hujan dan di tambah dengan aircond panggung.adam pulak masuk hospital sebab semput yang terlampau...biasa lah anak bujang aku kalau dah duduk situ tak kena gas 2 atau 3 kali..jangan harap boleh balik.dah biasa sangat dia kat hospital tu. orang kat situ pun dah kenal adam tu..dengan sakit dia.dengan mulut dia...macam-macam terjadi dalam masa 3 hari ni...