BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 14, 2009

Apa Barang la...!!!

satu petang yang tenang aku dan anak-anak duduk melepak kat tepi padang futsal. Tengok adik-adik belia aku main bola. Bila dah nampak aku kat situ maka ramai lah yang datang berkumpul...yang girl nya lah.borak-borak sambil tengok diaorang main bola..
"wei! apa lah wei...bola dah kat pintu gol pun tak leh masuk ke...?"
ada lah sorang budak tu...terjerit-jerit ,layak kera rupa nya..
datang pulak sorang kawan aku ni..
" ko ni apahal lah pulak..."
"napo...lak? ko tak nampak ko,bola ado kek pintu gol pun tak leh score...kaki tak bobodung."
"Ko ni apa barang la...aku tak nampak pun pintu kat gol tu..."
" Ko ni apa cite...."
"cite apa plak...ado ko nampak pintu kek situ tak..?"
"memang lah tak ado...."
"dah tu yang ko jadi boruk..terjorit-jorit macam kono belacan apahal..."

aku yang ada kat situ puas lah menahan gelak..tak baik gelak kan kawan yang tak pasal-pasal kena sebijik.logik lah tu...kat gol mana ada pintu...

May 13, 2009

BUNGA HATI

Bunga hati..
menjulur putik...
kembang setaman...
mekar sejiwa...
Hati berbunga ria...
melihat wajah mulus nya...
tenang hati mengusik sukma..
setangkai resah..berdendang pilu..
bagaimana hendak ku baja hati..
agar bunga mekar mewangi...
di dada awan...
di kaki langit...
bagaimana hendak ku rebut hatinya...
agar mampu kuhiasi di jambangan...
di sudut kamar hati ku yang kering...

Apa cerita hari ni...

Tak ada apa cerita melainkan masuk ke blog kengkawan..tinggal kan komen dan update blog aku plak.semua blog kengkawan aku boleh masuk kecuali blog dak apisz..entah apa kena internet eplore cannot open this web...apa barang lah internet aku ni.atau komputer aku yang tak ada antivirus ni dah kena viurs..tapi masuk blog lain okey aje..pelik nau lak aku rasa.
aku di landa masaalah bila aku bangun aje dari tidur hari...aku tak sedar apa-apa hingga lah aku buka komputer dan pandangan aku kabur giler.
Alahai!...sah lah power spek aku ada masaalh lagi.baru jer 3 bulan tambah power nak tambah lagi...huhuhu.kenapa mata aku semakin blur macam ni...?bila aku berkata-kata suami aku dah bising..tu lah hadap lagi komputer pas tu hadap lagi buku tu 24 jam...entah bila nak sudah.mengidap lah sendiri..kesian kat aku kena marah cam tu sekali.Tapi aku yakin jap lagi dia ajak lah aku gi tambah power lagi..sebab dia cukup tahu isteri dia tak boleh buat apa tanpa cermin mata..

May 12, 2009

spirit of the coin

korang pernah main benda berhantu ni...dalam bahasa lain nya quija.aku tak pernah tapi aku cukup tertarik pada satu artikel dalam mastika jun 2009 tentang jangan seru saya dalam hidup awak.
kisah seorang kakak yang bermain permainan ini dan telah terpanggil roh seorang lelaki bernama roslan.bekerja sebagai penternak dan berasal dari utara. siap boleh bertelefon lagi tapi dengan syarat hanya selepas jam 12 malam.dan yang aneh nya..mereka boleh pulak jatuh cinta...
sekali baca macam cerita dongeng aje..dua kali baca rasa macam betul...tiga kali baca aku dah tak tahu dah..benda macam ni ada ke dalam kehidupan.ada sesapa tahu dan pernah main benda ni...? aku nak sangat tahu pasal benda ni sebab...aku ni peminat Tok Awang Ngah.

Bukit Repah

sebelum aku menulis..sory lah gambar tak ada.sebab ini cerita yang aku dengar dari mulut seorang pakcik yang memang berasal dari sini.

pernah ikut jalan senaling kepis rompin? masuk dari pekan Kuala Pilah ke pekan senaling setrusnya menghala ke kepis anda akan melalui sebuah bukit yang agak curam berhampiran dengan felcra kepis sebelum simpang ke rembang panas,jika anda dari Kuala Pilah.Nak tahu apa yang misteri kat bukit tu?...begini cerita nya.
Riwayat penduduk asal kepis itu sendiri menceritakan kepada aku..sesiapa yang berhajat melalui jalan itu hendak lah bersikap baik.jangan takbur.di katakan di atas bukit itu terdapat sebuah keramat.terjadi satu kejadian...beberapa individu dari melaka datang lah ke daerah itu untuk menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangsung. entah dimana silapnya..ada lah di antara mereka terlepas bahasa.you now...orang melaka.selepas majlis ringkas tersebut mereka pun bergerak pulang menaiki sebuah kereta.sampai di bukit tersebut..tiba-tiba enjin kereta berhenti tanpa sebab.puas lah mereka mencari punca masaalah tersebut tetapi hampa. salah seorang penumpang tersebut adalah penduduk asal kawasan itu..hanya diam tanpa kata. sehingga lah lalu seorang pemuda yang agak pandai hal ehwal kereta menolong mereka.puas juga mencari punca kerosakan tetapi hampa sekali..hingga lah dia berkata."macam ni lah pakcik.kita tolak ..pakcik terus masuk gear". dengan kehendak allah...enjin yang mati hidup semula.
mereka pun meneruskan perjalanan pulang ke melaka. jam sudah menunjukan ke angka 1 pagi.
dalam perjalanan itu...penduduk asal kepis itu bertanya." maaf cik nak tanya...macam mana majlis perbincangan tadi ada masaalah ke?...maka bercerita lah mereka,memang ada yang terlepas cakap.
di dalam hati pakcik tadi berkata...patut lah.kebetulan semasa kereta itu berhenti beliau telah turun sekali dan mendengar seperti suara orang tua mengeluh keletihan seperti mencungap diatas bukit tersebut...sah lah memang kerja ORANG TUA tersebut...kadang-kadang ia akan melintas merupai seekor ular melintas dan besar nya bukan kepalang....bukit tu memang sunyi di waktu malam...aku pernah lalu kat situ.tapi alhamdullilah..segalanya lancar.

J

May 11, 2009

Kenduri Kawin




Perkahwinan yang wajib aku hadiri...sebab ini sepupu aku. meriah sangat-sangat sebab ini lah pertama kali mak sedara aku kenduri kahwin. dengan pulut impit cecah kaya yang dibuat sendiri. fuh! memang class kenduri ni...menantu mak sedara aku orang melaka....lauk-lauk nya pun memang bez..pendek kata ini lah majlis berkumpul kaum kerabat mak aku.sorang aje tak ada....chidan.huhuhu.yang lain semua ada.