BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

June 13, 2009

cahaya api....


begini lah lebih kurang imej yang aku nampak di kebun getah berhampiran paya di belakang rumah aku...
apakah itu...?
Aku melihatkan dalam jangka masa yang agak panjang..sebelum ia terbang ke langit.Adakah ia jin...? syaitan..? hantu...?(erk..bukan sama ke tu?)

June 12, 2009

Slot 3...Cara-cara mengatasi gangguan...

AMARAN! ANDA HARUS MEMBACA SLOT 1 DAN 2...BARU ANDA BOLEH MELAKUKAN PERUBATAN INI...!!!!!!

1) Letak kan tangan kanan anda ke atas kepala pesakit kemudian baca lah ayat-ayat berikut berulang kali dengan kuat di telinga pesakit.

A) Al Fatihah
b) Al-Kursi
c)Al Falaq
d)Al Nas
(Ia sangat sesuai untuk bayi yang menangis tanpa sebab)

2) Perdengar kan ayat - ayat berikut(CD nya ada di Jual..Jika tidak hafal)Lebih baik jika di hafal
a)Al Fatihah
b)Al baqarah(ayat 1 - 15)
c)Al Baqarah (ayat 163-164)
d)Al baqarah(ayat 255-257)
e)Al baqarah(ayat 285-286)
d)Al'imran (ayat 18-19)
e)Al a'raf(Ayat 54-56)
f)Al Mukminun(ayat 115-118)
g)Al soffat(ayat-1-10)
h) Al ahqaf(ayat 29-32)
i)Al Rahman(ayat 33-35)
j)Al hisy(ayat 21-24)
k)al jin(ayat 1-9)
l)Al iklas
m)Al Falaq
n)Al Nas
Perdengar kan ayat-ayat ini setiap hari pagi dan petang selama sebulan penuh

3)Baca kan surah yassin pada air mutlak dan beri kepada pesakit minum dan mandi selama 7 hari berturut-turut

4) Perdengar kan bacaan surah Al dukhan,al soffat dan al jin selama 2 minggu berturut-turut setiap hari

5)Berdialog dengan jin dan perintah kan ia keluar dari tubuh pesakit

6)Jika histeria berlaku asingkan pesakit antara satu sama lain

7) Rawat pesakit yang awal-awal di serang histeria

AMARAN!!! BILA ANDA BERDIALOG DENGAN JIN ANDA TIDAK BOLEH TERPEDAYA DENGAN TIPU MUSLIHAT JIN TERSEBUT

Slot 2....tanda yang harus kita fahami

Tanda-tanda histeria dan gangguan mahluk halus.....terdapat tanda umum yang boleh di jadikan garis panduan dalam menentukan seseorang itu adalah mangsa sihir,saka,kerasukan,histeria dan lain-lain gangguan.

1)Sakit tulang belakang tanpa sebab
2)Sakit kepala yang luar biasa
3)Sakit di bahagian rusuk kiri@kanan
4)Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab
5)Sakit di bahagian perut tanpa sebab
6)Istihadah
7)Terasa ada seseuatu yang mengekori anda
8)Terasa ada sesuatu yang melintasi belakang anda
9)Sering sesak nafas(waktu maghrib dan t.malam)
10)Timbul rasa takut tanpa sebab
11)Nampak bayangan yang menakutkan
12)Nampak mahluk aneh
13)Terasa ada yang menolak ketika di dalam tandas
14)Sukar lelapkan mata
15)Seringkali mimpi yang menakutkan
16)Bermimpi binatang (ular,kala dan lain-lain)
17)Dihimpit sesuatu ketika tidur
18)Mimpi bayi @ kanak-kanak
19)mimpi jatuh dari tempat tinggi
20)Mimpi ke tempat kotor sunyi dan menakutkan
21)Terdengar suara menyergah ketika tidur
22)Terasa ada yang menyentap kaki ketika tidur
23)Seringkali pengsan tanpa sebab
24)Takut menziarahi jenazah
25)Ada bisikan yang meminta melakukan perbuatan yang salah
26)Ragu-ragu tentang keimanan
27)Rasa seperti hampir menemui ajal

Kesan-kesan..................ia akan meninggalkan banyak kesan antaranya boleh membawa maut,gila binggung,perpecahan dalam keluarga,sakit,andartu,hilang pekerjaan dan lain-lain.

June 11, 2009

slot 1..konsep rawatan dalam islam

Hukum menuntut ilmu perubatan...fardu kifaya

Hukum mengajar......wajib ke atas yang mengetahui ilmu perubatan

Hukum berubat.......wajib ketika tidak dapat menanggung kesakitan,harus jika dapat bersabar

Hukum mengambil upah...harus sebagaimana yang di sebutkan di dalam hadis yang di riwayatkan Abu said al khudri yang mengenakan upah sebanyak 30 ekor kibash sebagai imbalan rawatan 7x al fatihah

syarat-syarat perawat islam.....islam,berakal,baligh

ciri-ciri perawat islam........akidah ahli sunnah wal jama'ah,berkeyakinan alquran boleh memberi kesan kepada jin,mengetahui hal ehwal berkaitan jin,mengetahui bentuk dan tipu daya syaitan,berkhawin,menjauhi maksiat zahir dan batin,taat pada allah dan rasul,zikir yang berterusan,iklas.

syarat-syarat jampi....hendaklah menggunakan kalamullah@nama-nama allah.,dalam bahasa arab dan bahasa yang mudah di fahami.,tiada unsur pemujaan.

Huku tangkal....haram: tamimah(tali hitan,kayu koka,batu dan lain-lain
harus:Ta'wizd(kepingan logam,kayu@kain yang di tulis dengan al quran @nama-nama allah)

sumber:pusat rawatan terapi alquran
(ini yang aku pelajari...dari ustaz abdul Malek Bin ladzim)

Aku nak turun ilmu ni...sape nak?

GANGGUAN MAHLUK HALUS
DAN
AMALAN MENGATASI MENURUT AL-QURAN
DAN HADIS...

sapa nak belajar?..kalau ada sambutan aku buat entry ni...
sebab ini adalah ilmu yang sangat berharga...
tanpa bayaran...

kenapa?why?oh...tidak...

aku nak tulis sikit jer..
aku kecewa bangat ni...
frust menonggeng..
nampak nya lepas ni...
aku kena buang semua baju warna merah lambang MU aku...
sebab...sedih nak cakap
tapi aku cakap jugak lah...
pujaan hati aku
cristiano ronaldo...
dah beralih arah ke Real Madrid....huwaaaaaaaaaaaaaaaa....!

Ikut jangan tak ikut..!


Selalu aku perhatikan dia.Bila ada sesuatu hal kat pasar tu...aku akan nampak pengikut setia dia tu.tapi aku tak pernah ingin bertanya...apatah lagi menyelidik. sebab pengikut dia tu asyik jengilkan mata bila aku pandang dia...

Tapi aku tetap tak puas hati.aku tetap nak tanya jugak pada dia suatu hari nanti...sehingglah pada suatu hari aku tak nampak lagi pengikut setia nya lagi..peluang lah untuk aku bertanya..

"mr..kegen...apa sal u sorang hari ni..mana itu orang?"

" Orang apa?"..

"itu lah yang selalu ikut u..bagai baju kuning bawa lembing mata tiga.."

" eh! u mana tahu ni..."

" Tahu lah...dia selalu ada ikut belakang u..."

"oooo..itu penjaga i lah..."

" penjaga u..mana datang?"

" siam mari..."

patut lah nampak macam sami siam. malam itu mr kegen menunjukan kan pada aku lukisan yang siap dengan mentera ...sebijik macam pengikut setia yang selalu aku nampak setiap malam mengekori mr kegen.

" eh ! pelik lah macam mana u boleh nampak...?"

"tak tahu...tapi saya nampak.."

" macam mana dia punya muka...?"

" macam biasa aje lah...cuma mata dia merah sikit dan sentiasa besar..selalu pandang saya macam nak makan...mungkin sebab saya nampak dia.."


apa yang aku nampak...? hantu beb...! yang di katakan menjadi pelindung mr kagen.Apa perasaaan aku bila nampak dia...? biasa sebab...dia macam manusia jugak..cuma mata nya shaja yang merah macam biji saga...aku tak takut sangat sebab aku pernah nampak yang lebih ngeri bertenggek kat atas pokok...entry lain lah aku cerita.habis pulak kisah hantu aku korang tahu..nanti tak leh buat koleksi lagi..huhuhuhu

June 9, 2009

teringat!

" Hai cik adik...baru balik?"
Pertanyaan pakwe sebelah rumah hanya kami jawab dengan senyuman.
"Hai cik adik..hang beli pa tu...nampak sedap ja"...loghat kedah yang maha pekat.
"Amboi...cik adik sombong na..."
setiap hari kecuali hujung minggu pakwe ini akan menyapa. dan macam biasa kami menjawab dengan senyuman sebab nampak tak manis kalau anak dara dok terkinja-kinja melayan pakwe.walaupun pakwe tu kami kenal sangat.

pakwe tu memang selalu sangat ambik MC kat tempat kami bekerja.
"Aku tak larat lah nak keja ri ni...bak mai sehari MC..."
" Nak MC boleh tapi mai naik atas dulu...sembang dengan kitaorang..."
"Awat nya...aku penat gila ni....malam tadi tak tidoq.."
" Alah..kejap ja...mai lah sat...ramai nak jumpa hang ni.."
" Brapa hari MC hang boleh bagi..?"
"Berapa hang nak..hang cakap ja..."
" Sehari cukup lah...aku ada shooting kat TV3..."
" Boleh..mai naik cepat..."
bila pakwe glamour ni naik aje...kitaorang memang dah tunggu sebab nak dia conteng apa-apa sahaja kertas yang terletak atas meja...termasuk lah aku.bagi gambar masa aku kawen dulu.
" cantik...awat muda lagi dah kawen..?"
" dah jodoh bang...orang nak kawen ja lah.."
"patut lama tak nampak hang..."
"mengintai kitaorang ye..?"
" tak sengaja...tiap kali hang pa balik aku dok sidai baju...maklum lah bujang."
selepas itu aku tidak pernah lagi berjumpa dengan abang glamour ini...tetapi aku rajin juga baca cerita tentang dia kat suratkhabar..ahad lepas aku dan anak-anak sempat jugak gi tengok wayang cerita lakonan beliau...jangan pandang belakang congkak......

June 8, 2009

pancing mengena!

Kalau dah kaki pancing tu berpanas berhujan pun aku akan ikut suami aku dengan kengkawan nya gi jugak memancing...
pagi tu..kitaorang bercadang nak pergi memancing haruan dekat lubuk berhampiran dengan rumah aku tetapi jauh la ke dalam kebun getah.lepas makan tengah hari dalam pukul dua kitaorang pun meredah lah jalan tanah merah yang berlekuk seribu mencari lubuk haruan...cari punya cari...lubuk kami tak jumpa kami jumpa sungai..besar jugak lah sungai tu. so kitaorang pun mencari lah port masing-masing...aku dengan suami aku leka dengan hal kitaorang. adalah dalam satu jam lebih memancing...sekor ikan pun tak lekat.aku pun dah naik bosan lantas mengajak suami aku cari port lain..baru aje nak bangun...kecebur!!!!?
"Oii...ko memancing ke ko mandi?" suami aku menjerit ke arah kawan nya. sebab bunyi orang yang terjun sungai tu dekat sangat dengan kawan nya. senyap...tiada sahutan. aku dah start pandang hubby aku...cuak!
"oii..." hubby aku melaung...sayup-sayup aku mendengar suara kawan suami aku menyahut.
"Oii...dah lah tu jom balik..."Lama kami menunggu tapi kawan kitaorang tak jugak muncul.Adalah dekat sejam...bila jam dah menunjukan angka 6 baru dia terpacul.
" EH! bang..tak mancing ke yang tercongok kat moto ni buat apa..?"
"Kau gi mana tadi...?"
" Aku kat hulu jauh...sikit.kat sini tak ada ikan lah bang.."
"Habis sape yang mandi kat sungai tadi..."
" Mandi apa lak bang...tengok lah air sungai tu..tak lalu nak mandi"
Aku dah senyap...." eh! dah lah jom balik...anak kat umah tu kang apa lak cerita.."
Malam tu...anak kecil aku menangis tak berhenti....aku dah syak mesti ada benda mengganggu.
"mano kau poei memancing tadi ni..."Ayah aku bertanya selepas dia menawarkan kepala anak aku..
" Tu ha..kat sungai kat kebun acik..."
" Ada dengar apa-apa ke..?"
" Ada ..nape lak yah?"
" Nasib tak baik lah kau tu..sekor ikan tak dapek..dio yang ikut balik"
ayah aku menyambung..."kek sungai tu memang ado...silap hari bulan ikan sebesar tong dram pun kau boleh jumpa...tapi jangan ingat itu ikan..."
Apa yang ada?....sah lah mahluk halus yang kita tak nampak.salah satu pengalaman aku memancing kat dalam kebun huhuhu...tapi aku tak pernah serik.sebab syok sangat memancing ni...sekarang ni anak aku dah besar sikit..semua aku angkut gi mancing.tapi aku dah tak pernah gi kat sungai tu lagi