Susah macam mana pun...
seksa macam mana pun...
terpaksa mintak kat orang...
aku tetap nak jugak...
macam ni...
boleh bercinta dengan kekasih gelap dalam terang aku ni...
aku mesti cari dia..sebab...
aku cintakan dia dan
aku sayang sangat dengan dia...
kadang-kadang..aku tak ingat dah benda lain..
aku ingat dia aje...
korang mesti pelik..apa lah dak ida ni.
ada suami tapi nak bercinta lagi pulak...
suami aku itu je lah sorang yang aku ada..
cinta aku ni pun adalah sorang jugak yang aku ada...
korang nak tau apa dia...
ni ha..yang ada ABC sampai Z
dengan tikus ni ha...ada otak jugak lagi...
Komputer lah..apa lagi..
aku cilok ibu chidan nye komputer...menyusup ke dalam bilik dan...jeng-jeng..
lantas aku membelai cinta hati aku ni sepuas hati...
May 9, 2009
Susah macam mana pun...
May 6, 2009
Apa nak dikata.
Kesian dengan nasib seorang kawan menyebabkan aku terfikir kenapa tidak aku minta pendapat kawan aku yang lain..pendapat di atas pendapat.Kawan aku ni perempuan baru berusia 29 tahun tetapi dalam usia yang sebegini muda telah ditakdir kan jodoh nya berkahir sekelip mata.Tapi aku rasa dia seorang yang cukup kuat dan tabah.Dia ternyata seorang wanita yang redha dengan ketentuan ilahi.
Namun nak di jadikan cerita datang seorang lelaki...suami orang tetapi belum mempunyai anak selepas 6 tahun berkahwin..bayangkan perasaan seorang lelaki yang merasa egonya pasti tercabar bila orang memperkata kan tentang kehadiran seorang bayi dalam hidupnya...yang tak bez nya mengapa kawan aku ini juga yang di cari sebagai galang ganti keburukan si isteri yang sering di canangkan...owh!aku kesian dengan si isteri..kalau lah dia tahu siapa suaminya itu.
aku sering sangat dah jadi penyelamat kawan ku ini..selamat kan dia dari di jejaki oleh jejaka ss ini.puas lah dia menerangkan ,menolak malah berkeras kata-kata tidak mahu akan lelaki ini..tetapi lelaki ini memang bodoh tak faham bahasa..
kalau di terima...orang akan tetap meyalah kan kawan aku ini...maklum sahaja lah.dia janda.nanti di kata orang dia jugak yang tak sedar diri sedangkan lelaki itu yang tak sedar diri nya sendiri...habis cam no...?
gambar kursus hari tu

May 5, 2009
rembulan..
Dalam pekat malam...
Aku dongak ke langit..
ku tersua bintang bergemerlapan....
ku terlihat rembulan berseri cahaya..
Kusatu kan menjadi untaian..
Untaian sang pujangga malam...
yang lara di hatinya..
yang sendu di jiwanya..
gemerlap bintang bukan penerang
limpah cahaya rembulan bukan penyuluh..
tak mampu jua membasuh..
lara dihatinya
sendu di jiwanya...
May 4, 2009
mancing,bohsia dan hospital
